Followers

Friday, April 15, 2011

PRN Sarawak: End Game.

Hari ini merupakan hari terakhir kempen bagi parti-parti yang bertanding di Sarawak. Semalam di Samariang, ceramah Anwar dihadiri oleh seramai lebih kurang dua ribu pendengar. Adakah ini pertanda baik buat PKR? Adakah kehadiran ceramah yang ramai boleh diterjemahkan sebagai undi? Atau mereka hanya hadir, pulang ke rumah dan masih mengundi 'the devil they know'.

Anwar, walau bagaimana hebat pun retoriknya, masih lagi gai-jin dalam bahasa Jepun. The stranger, outsider atau 'the devil they don't know'. Saya merasakan di bandar-bandar, pengaruh Anwar mula dirasai, terutama bagi golongan pegawai kerajaan dan golongan muda. Namun ia tidak sampai boleh memenangkan calon PKR di kebanyakkan kerusi mereka - sebanyak 49 kerusi.

Sementara PAS pula tidak memberi impak yang besar kepada PRN Sarawak. Mereka sekadar 'melukut ditepi gantang'. Ramalan saya, Sarawak gagal dalam ke lima-lima kerusi yang mereka pertandingkan.

Sarawak merupakan permainan DAP. It is DAP game all the while. Dijangka kerusi yang bakal jatuh kepada pembangkang datangnya dari DAP. Mungkin satu atau dua dari PKR. Cuma di gelanggang DAP ini nampak pilihanraya Sarawak ini menarik. Ini mencerminkan undi kaum Cina - membayangi Semenanjung dan Sabah.

SUPP telah meletakkan calon-calon yang berkaliber. Antaranya calon Pending, Dr Sim Hui Yang. Beliau merupakan seorang cardiologist(pakar jantung). Malangnya dalam pilihanraya negeri ke 10 Sarawak kali ini, tokoh yang mempunyai masadepan yang baik seperti Dr. Sim mungkin akan terkorban. Hampir semua 'pundit' bersetuju SUPP akan 'routed' dan 'wiped out'.

Jika BN masih berkuasa dengan 2/3 majoriti - dan ini mempunyai kemungkin yang sangat tinggi - kaum Cina mungkin akan kehilangan suara mereka dalam kerajaan. Mungkin tidak akan ada seorang menteri negeri dari kalangan kaum Cina. Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan Karpal akan kembali ke Semenanjung dengan mengibarkan bendera : "Veni Vidi Veci". Sementara nasib kaum Cina Sarawak, terpulang kepada mereka sendiri.

Persoalan yang mungkin relevan sekarang, adakan wabak SUPP yang diramalkan bakal 'wiped out' ini berjangkit ke MCA di Semenanjung? Bijak ke politik kaum Cina jika tanda-tanda pemulihan UMNO sebagai tunjang dan BN keseluruhannya untuk membentuk kerajaan dalam PRU ke 13 nanti, mereka menyembelih potensi-potensi dari MCA untuk berada dalam kabinet?

Atau mungkin kaum Cina 'take for granted' BN tetap akan melantik wakil mereka melalui kerusi senator dan tidak ada apa yang merugikan mereka. Kita saksikan nanti.

Berbalik kepada PRN Sarawak, final analysis adalah seperti berikut: BN kekal majoriti 2/3, DAP parti yang mendapat keuntungan paling tinggi hasil penentangan terhadap 'Peh Moh'(Si Rambut Putih) ini. Manakala PAS tidak memberi sebarang tekanan, namun PKR dengan hasutan demi hasutan terhadap kerajaan BN mungkin berjaya mengumpan pengundi muda dibandar-bandar.

BN menang dengan undi popular yang merosot.


1 comment:

kawie2020 said...

salam tuan,

saya percaya sekiranya BN tumbang di Sarawak, UMNO akan masuk ke Sarawak seperti di Sabah. Ini yang ditunggu oleh ramai rakyat Sarawak. Mungkin benar ataupun mungkin tidak. Hanya hipotesis saya sahaja.