Followers

Friday, April 29, 2011

Ayam Den Lapeh.

Saya buat polisi tidak mahu menulis hal politik pada hari Sabtu dan Ahad. Pada kedua-dua hari ini saya suka buat posting minat saya yang lain samada muzik, seni, sejarah, falsafah dan apa saja selain politik. Semalam, semasa saya melayari blog-blog rakan blogosphere, saya terjumpa lagu Ayam Den Lapeh versi Oslan Hussein. Selalunya saya dengar lagu ini versi Anita Sarawak atau Elly Kasim. Cuba layari blog Rabiah's Hijrah.





Mari kita dengar versi Elly Kasim:



Kita bandingkan dengan versi Anita Sarawak:



Dan ini yang terbaik. Penyanyinya tanpa nama. Tidak dikenali, malah bukan orang Melayu pun.





Note: posting ini dijadualkan utk esok tapi kerana kesilapan teknikal ianya sudah dipublish awal. Harap saya dimaafkan.

3 comments:

BaitiBadarudin said...

Assalamualaikum Sri Tri Buana,
Terima kasih kerana sudi memberi promosi percuma untuk blog Rabiah's Hijrah.
InsyaAllah, saya akan lebih tekun menulis tentang semangat Kaum Muda dan gagasan Maphilindo (1930an-1960an) melalui watak Aji Din.
Kesemua versi Ayam Den Lapeh yang sdr pautkan dalam kiriman ini istimewa seperti penyanyi-penyanyinya juga.
Semoga sdr sekeluarga menjalani hujung minggu yang nyaman dan tenteram.

sri tribuana said...

Wa alaikumsalam,

Welcome

Dot said...

nostalgia 60'an menjelma semula. zaman kanak2 merangkumi nyanyian & humming lagu ini semasa bermain dgn rakan2 sekampung. walaupun bukan semua perkataan minang aku pahami, namun irama yg menawan hati menjadi tarikan!
tkasih tuan s.t.