Followers

Friday, April 15, 2011

PRN Sarawak: PKR Endgame.



Selepas penamaan calon PRN Sarawak pada 6hb April lalu, seorang YB dari Pahang yang turut serta datang berkempen memaklumkan kepada kami bahwa beliau mendapat maklumat Anwar akan berada di Sarawak hingga 20hb April. Ini kerana, menurut YB berkenaan lagi, dia sungguh yakin PKR akan berjaya menawan Sarawak dan membentuk kerajaan.

Dalam blog Anwar sendiri, yang mengangkat artikel dari Malaysian Insider, Anwar bernada yakin kejutan akan berlaku di Sarawak. Pakatan Will Go 'Far Beyond' Two Thirds. merupakan tajuk posting berkenaan. Dalam artikel ini, Anwar berkeyakinan dia bukan hanya sekadar menafikan 2/3 kerusi kepada BN, malah sangat meyakini PR akan membentuk kerajaan. 

Dalam blog rbf online, bloggernya menyatakan beliau mendapat sms dan panggilan telepon benar ke BN akan tewas di Sarawak. Untuk mengetahu dengan lebih lanjut, baca sini. Saya sendiri sebenarnya mendapat beberapa sms dan panggilan bertanya benarkah BN makin teruk di Sarawak. Ini kerana khabar-khabar angin yang mereka dengar tentang Sarawak. Sebenarnya ini semua strategi akhir mesin propaganda PKR kerana jika BN terus kekal di tangan BN, mereka akan mengadakan cerita kena beli, tabur duit last minit dan sebagainya.

Anda yang berhujah, jika tidak takkan Anwar berani membuat kenyataan sebegitu. Datuk Najib sendiri sudah  mengeluarkan keyakinan beliau Sarawak kekal ditangan BN, bagaimana Anwar dengan berani mengatakan matlamat mereka bukan hanya sekadar menafikan 2/3 kerusi kepada BN.

Siapa tidak kenal Anwar. Anwar boleh sahaja berjanji, kemudian bila gagal buat muka 'toya' dan meneruskan pembohongan lain. Ingat 16 September? hingga pada 16 September beliau mengatakan dalam masa beberapa jam lagi 'we have the numbers and it increase by hours'. Sekarang sudah berapa tahun ma? 

Kita tidak hairan jika PKR gagal selepas 16hba April nanti. Dengan muka selamba Anwar akan pulang ke Semenanjung dan membuat pembohongan demi pembohongan. 

Ini hakikatnya.

1 comment:

TokAyah said...

Kita tunggu dia balik kita tengok mana dia mau cabut dengan kes saipol yang semakin hampir dan pendedahan lelaki dalam video seks dgn cin doll........yahooooooooooooooooooooooooooooooo Siaplah kau paria.......