Anwar menutup tirai pilihanraya dengan keyakinan PR akan menang dan membentuk kerajaan. Mari kita jenguk analisa berat sebelah Anwar berkaitan dengan PRN Sarawak di sini.
Anwar meramalkan BN akan tumbang dengan hanya memenangi hanya 21 dari 71 kerusi yang dipertandingkan. Beliau juga meramalkan, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah teruk dikerusi DUN Balingian. Tan Sri Taib Mahmud hanya akan mendapat 34% undi sahaja, manakala sepupunya mendapat 38% dan calon PKR, Suriati Abdullah akan mendapat 28%.
Kononnya menurut laporan Zentrum Future Studies, PR akan mendapat 31 kerusi, bebas sebanyak 4 kerusi dan Parti Kebangsaan Sarawak akan memenangi 15 kerusi.
Indahnya angan-angan Anwar. Saya teringat Hitler menjelang kekalahan German dalam Perang Dunia Kedua. Setelah sekian banyak tenteranya terkorban, Hitler sering mengalami ilusi yang dia masih mempunyai tentera simpanan dan sebagainya. Dalam ilusi Hitler ketika itu, German akan tetap menang walhal Tentera Sekutu sudah menghampiri Berlin dari Timur dan Barat.
Begitu juga dengan Anwar. Beliau bukan berangan untuk mengurangkan pengaruh BN tapi boleh merebut 31 kerusi. Ini merupakan propaganda murahan dari Anwar supaya rakyat Sarawak akan menyokong PR. Malangnya analisa yang tidak berasas, dan tidak berjejak dibumi nyata in hanya akan ditertawa orang. Keputusan akan berkata-kata dengan sendiri esok. Ingat janji 16 September?
Jika PR tidak dapat memenangi 31 kerusi seperti 'ramalan' syok sendirinya, Anwar akan selamba pulang ke Semenanjung dengan muka 'toya', lepas itu akan menuduh kerajaan BN ada undi hantu, beli undi dan berbagai lagi.
16 September = 16 April.
2 comments:
WAHAI AL JUBURIT...SELESAIKANLAH MASALAH MORAL KAU DULU!
Tengah tengok rancangan 'Tanyalah Ustaz' kat TV9.
Ustaz dok tengah cerita tentang sikap 'ujub'...
Ujub itu perkataan dari kumpulan perkataan 'ajaib'... bermaknanya; 'hebat'.
Maka, nampaknya, Anwar ni ada sifat'ujub'.. sifat yang merasai dirinya amat hebat. Tak ader orang lain yang dia pikir lebih baik dari dia.. Yang lain semuanya lekeh.
Post a Comment