Followers

Tuesday, April 26, 2011

Poco-poco: Haram atau tak haram?

Undang-undang 'Islam' kembali menjadi bahan ketawa masyarakat dunia. Menjadi bahan ketawa kerana dalam undang-undang 'Islam', tidak pernah ada keseragaman. 

Hari ini jika kita ke Perak, kita melakukan tarian poco-poco, maka ianya haram. Haram melakukannya adalah berdosa. Sementara itu, jika kita pergi ke negeri-negeri lain selain Perak, hukumnya harus. Harus bererti buat tidak salah, tidak buat juga tidak salah.

Penaakulan mantiknya adalah, sesiapa yang melakukan tarian poco-poco HANYA dibumi Perak akan berdosa di mata Allah SWT. Sesiapa melakukan ditempat lain, tidak pula ditimpa dosa. Ini baru dalam Malaysia, bagaimana jika poco-poco dilakukan di Thailand, Indonesia, Singapura dan Laos?

Saya pernah ingat fatwa berkaitan rokok. Haram bagi sesetengah negeri, tidak haram bagi negeri lain.

Satu soalan cepumas yang saya ingin tanya pada so called ulama: haram adalah sesuatu yang Allah tentukan. Jelas dalam Quran apa yang haram dan apa yang halal. Islam adalah deen, cara hidup dan bukan agama atau religion. Ini bererti, hanya ALLLAH supreme authority, dan bukan manusia.

Jika sesuatu itu tidak HARAM bagi Allah kerana tidak dinyatakan dalam Quran, bagaimana manusia biasa yang juga bukan Rasul boleh menghukum haram sesuatu perkara. Peruntukan mana yang mereka gunakan bahawa bagi pihak Allah mereka boleh mengharamkan sesuatu yang Allah tidak haramkan dalam Quran. Dan Quran adalah Kalam Allah, Allah berkata-kata melaluinya, word by word.

Apabila saya katakan Islam adalah deen, dan bukan agama, ini bererti sebenarnya Allah tidak pernah memfranchisekan deennya untuk diinterpretasi sesuka hati oleh orang atau golongan tertentu lalu hingga boleh mengharamkan sesuatu yang tidak haram. 

Saya tahu ijma ulama. Jika ada yang tidak setuju dengan sesuatu fatwa maka ianya tidak menjadi ijma. Lagi sekali kembali ke persoalan asas: dimana ulama mendapat authority selain Quran atau hadis mereka boleh mengharamkan sesuatu yang tiada dalam Quran dan hadis. Pertikaian - atau perbezaan pendapat - tentang sesuatu hukum terjadi kerana ianya tidak dinyatakan dengan jelas dalam Quran. Jika sudah jelas, tidak ada pertikaian lagi.

Pada pandangan saya yang jahil ini, ulama lebih baik kurangkan campurtangan urusan hari-harian umat Islam yang tidak ada kena mengena dengan akidah. Soal sehari-harian mereka - kesukaan, hobi, minat - yang selalunya melibatkan feqah ini perlu dikurangkan larangannya selagi ianya tidak menyalahi akidah.

Saya tidak mahu Islam menjadi 'agama' yang penuh dengan 'don't, don't, don't, don't' dan lagi 'don't, don't, don't'. Lagipun, Islam adalah deen, bukan agama, dan Allah telah menurunkan panduan dalam Quran apa yang haram dan apa yang halal. Quran sudah mencukupi.

1 comment:

DukeOfUMNO said...

salam bro...

Mohon link kan blog aku di sini...tengkiu...