Followers

Tuesday, April 19, 2011

PRU ke 13 Tahun Ini?

Sekarang sampai masa kita membicarakan PRU ke 13 pula. Walaupun ramai yang beranggapan - termasuk saya - BN masih memerlukan masa selepas PRN Sarawak ke 10 baru-baru ini, namun tidak mustahil PM akan mengadakan PRU ke 13 dalam tahun ini juga.

Ini mungkin kerana momentum kemenangan PRN Sarawak baru-baru ini, walaupun pengkritik samada pro-BN dan pro-pembangkang berpendapat adanya gelombang 'pemberontakkan' rakyat Sarawak terhadap BN. Mungkin ini persoalan subjektif, kerana secara relatifnya selepas PRU ke 12, BN yang kelihatan lemah berjaya mengembalikan sokongan kepada BN, dan tidak kalah teruk seperti yang digambarkan oleh mesin propaganda Pakatan Rakyat.

Memenangi 2/3, walaupun tewas 16 kerusi, bukan keputusan yang buruk langsung. Jika diukur dari mana-mana piawaian sekalipun, PRN Sarawak adalah kejayaan yang cemerlang. Cuma kita datang dari 'best' to 'better', dan kita merasa perit kerananya.

Namun demikian pola yang semakin nyata adalah dalam PRU akan datang BN perlu sedia bertempur tanpa undi kaum Cina, atau hanya sedikit yang BN boleh harap dari MCA, SUPP dan Gerakan. Gerakan bolehlah kita anggap sebagai sudah 'berkubur'.

Pakar strategi BN masih mempunyai masa bagi merangka strategi bagaimana boleh 'compensate' undi kaum Cina yang merosot. Ada beberapa kelebihan kepada BN ketika ini sebenarnya.

Pertama, kemenangan besar 'hanya' DAP mewujudkan juga rasa kurang selesa pengundi atas pagar yang pro-pembangkang. Kedua, parti yang sepatutnya menjadi tunjang kepada pembangkang iaitu PKR sedang bergulat dengan berbagai masalah.

Mereka tewas dengan teruk di Sarawak dengan hanya memenangi 3 dari 49 kerusi yang mereka bertanding. Walaupun mesin propaganda PKR sibuk spin soal merosot undi popular BN, namun ini tidak dapat menutup kelemahan mereka yang makin tidak dapat diterima rakyat. 

Belum diambil kira perpecahan dalaman PKR, exodus beramai-ramai pengikut Anwar, beberapa siri pendedahan peribadi dan akhlak Anwar serta kes liwat. Walaupun ini tidak besar kesannya, namun sedikit sebanyak ia telah mencalarkan imej Anwar.

Ketiga, PAS juga mengalami beberapa siri kekalahan dalam PRK. PAS telah mengalami kemerosotan undi dari kalangan Melayu. Bermula dengan majoriti tipis di 'homegrown' PAS iaitu Manik Urai(65 undi), kalah lagi di kawasan mereka iaitu Galas, tewas di Tenang, Merlimau dan Kerdau, PAS mendapati undi kaum Cina yang selama ini hasil perkahwinan 'muta'ah' ini merupakan beban sekarang. Apalagi apabila DAP semakim racist, belligerent dan 'militant'. Stigma 'PAS tunggangan DAP' semakin menjadi igauan buruk PAS.Dan mereka semakin kehilangan pengaruh dikalangan orang-orang Melayu.

Dengan kelebihan yang ada ini, juga dengan tanda-tanda pemulihan ekonomi Malaysia, tidak mustahil PM akan membubarkan Parlimen dalam tahun ini juga. 

No comments: