Dalam posting sebelum ini, saya ada menyentuh tentang perihal kaum Cina yang telah menolak BN di Sarawak. Jika di Semenanjung, ianya bukan sesuatu yang sensasi sangat, tetapi apabila DAP diterima di Sarawak, sedangkan Sarawak mempunyai parti kaum Cina sendiri iaitu SUPP, ini mengejutkan Pehin Sri dan sekutu mereka.
Saya pernah menulis, selepas Pulau Pinang, DAP berniat ingin menjadikan Sarawak sebagai negeri 'based' mereka. Jika mengikut kronologi penaklukan Pulau Pinang dalam beberapa siri Projek Tanjung yang bermula dari tahun 1980an, DAP tidak akan putus asa hingga mereka berjaya.
Walaupun hanya 23% pengundi Cina, tetapi majoriti yang berpecah mengikut sub-etnik walaupun bumiputera dan agama yang berbagai(Kristian, Islam dan animisme) memungkinkan Sarawak akan jatuh ke DAP dalam beberapa siri pilihanraya lagi.
Saya juga pernah menulis, DAP bukan lagi 'momok' atau 'boogeyman' bagi menakut-nakutkan orang Melayu. DAP sudah menjadi sebuah parti berteraskan kaum Cina dan mengancam penguasaan Melayu. DAP sudah menjadikan politik Malaysia bukan politik berbagai kaum lagi. Dengan padu sokongan kaum Cina di belakang DAP, politik Malaysia tidak menjadi sistem dua parti tetapi politik berasaskan perkauman Cina versus Melayu(Bumiputera).
Di Sarawak, DAP memainkan sentimen perkauman kaum Cina dan sentimen keagamaan. Selain dari sokongan Cina, DAP mendapat sokongan Dayak Kristian. Tidak salah mereka menyokong DAP kerana ini negara demokrasi tetapi menanam kebencian mereka kepada Persekutuan kerana ditadbir oleh kerajaan Islam membawa keburukan perkembangan demokrasi.
Malaysia telah menjadi 'politik kebencian.'
Dalam masa yang sama, taktik DAP ini membawa bencana kepada sekutu mereka, PAS dan PKR. Dalam politik Malaysia, sebuah parti yang ekstrem akan akhirnya dikesampingkan - kecuali dari penyokong kaum mereka.
UMNO perlu fikir perkara ini baik-baik. Kaum Cina sudah membuat keputusan. Mereka mahu kingdom mereka sendiri, tanpa perkongsian kuasa. Jika ada perkongsian kuasa sekalipun, mereka mahu menjadi abang besar, bukan junior partner lagi.
Hargailah pengundi kita yang kebanyakkan datang dari luar bandar.Merekalah teras, dan tulang belakang yang menyokong UMNO. Jika Pehin Sri sendiri mengakui, bahawa kaum Cina antara yang banyak mendapat faedah dari dasar ekonominya, namun kaum Cina di Sarawak masih menolak BN. Perlu diingat, terdapat 27 orang 'Sarawak Shakers' dari kaum Cina di Sibu sahaja yang diberi hak konsesi pembalakan.
Mereka adalah Tiong Hiew King, Ting Pek Khiing, the Lau brothers (Henry Lau Lee Kong, Stephen Lau Lee Kiong and Vincent Lau Lee Ming), Hii Yii Chiong, Ding Jack Sung, Ling Chiong Ho, Wong Kie Nai, and Yaw Teck Sen.
Bagaimana kaum yang menjadi kaya raya kerana diberi konsesi pembalakan dan berbagai faedah ekonomi lain ini menolak kerajaan yang memberi mereka peluang itu? Manakala penyokong tegar BN terdiri dari orang Melayu, Melananu, Iban dan Bidayuh hanya mendapat......
Kembalilah kepada penyokong kita. Memang meninggalkan terus kaum Cina adalah perkembangan yang tidak sihat bagi Malaysia. Namun, ini bukan pilihan yang dibuat oleh kerajaan BN. Ini merupakan pilihan mereka sendiri.
Jika UMNO terus-terus melukakan hati pengundi mereka di Semenanjung seperti halnya Pehin Sri lakukan di Sarawak, tidak mustahil pengundi akan mengundi pembangkang sebagai protes. Jadi, jangan pedulikan protes kaum Cina terhadap affirmative action, dan sebagainya. Curah segalanya kepada orang Melayu kerana makin jelas, mereka tulang belakang BN. Namun jangan lupa juga kaum India kerana kebanyakkan mereka masih bersama kita.
Alang-alang berdakwat biar hitam.
2 comments:
Sememangnya pemerintah kena jaga orang Melayu dan Bumiputera Sabah n Sarawak jika ingin mengkekalkan pemerintahan BN di Malaysia. Jangan kita perbodohkan pengundi Melayu dan bumiputera selama 53 tahun, tanpa menjaga kebajikan mereka yang setia menyokong BN. Orang Cina 99.9 % tidak akan menyokong kerajaan BN untuk masa akan datang ..... percayalah ; mereka bercita-cita hendak menjadi pemerintah di Malaysia seperti Singapura ??? Pada masa itu pemimpin Melayu dan orang Melayu serta kaum bumiputera akan tahun dimana kedudukan mereka. Orang Melayu dihimpit dengan kemiskinan dan kehinaan yang berpanjangan seperti kaum Red Indian di Amerika....Orang Melayu yang kaya raya dah tentu melarikan diri dengan kekayaan mereka.....Tak percaya tanyalah pengarah dan pegawai-pegawai kerajaan yang kurap.....Dalam bank ada duit juta-juta.......Inilah orang yang merosakkan negara dan bangsa Melayu di Malaysia.....Nak menang jagalah orang Melayu dan kaum bumiputera !!!
Saya setuju dengan tuan. Saya cukup marah apabila cina diberi peruntukan yang cukup besar berbanding Melayu.
Sebagai contoh, sekolah-sekolah cina mendapat bantuan jutaan ringgit tetapi sekolah kebangsaan dapat ribuan je.
Saya amat berharap agar UMNO berikan semula biasiswa kepada anak-anak melayu melalui JPA.
Saya berharap bandar-bandar Melayu seperti Shah Alam dan Bangi dibuka dilagi. Pastikan penghuni dan peniaga Melayu diberi keutamaan dengan nisbah 98 Bumiputera 2 bukan bumi.
Contoh bandar yang mungkin difikirkan sesuai, bandar Jengka di Pahang, bandar Jempol di N Sembilan dan bandar Putrajaya.
UMNO melalui MARA kena wujudkan para pengimport dan pemborong bumiputera agar peniaga dan peruncit dapat harga munasabah dan mampu melawan harga peniaga dan pemborong cina.
Post a Comment