Followers

Thursday, April 7, 2011

Kematian: Yang di tangisi dan yang dipolitikkan.

Ada dua kematian baru-baru ini yang mendapat liputan hangat di media perdana dan alam siber. Seorang pegawai kastam yang sedang disiasat telah ditemui mati pada 10.15am, pada 6 April 2011, diatas gelanggang badminton. Allahyarham Ahmad Sarbini Mohamed, 56 dikatakan terjatuh dari tingkat 3 pejabat SPRM, Jalan Cochrane.

Kematian beliau bagaikan mimpi ngeri kedua SPRM selepas kes Teoh Beng Hock yang juga mempunyai kaitan dengan penyiasatan SPRM. 

Sementara seorang pelajar berusia 7 tahun, Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah mati dikatakan dipukul oleh guru sekolah agama rakyat. Guru berkenaan sedang ditahan reman bagi membantu siasatan.

 Kanak-kanak malang ini masih belum faham erti kehidupan.

Sebelum ini, kematian seorang remaja yang ditembak polis iaitu Aminurrasyid  juga telah menggemparkan negara. Belum diambil kira kematian beberapa remaja yang terjatuh dari apartment dalam cubaan melarikan diri apabila pencegah maksiat cuba menahan mereka.

Ada kematian yang hanya ditangisi oleh keluarga mereka sahaja seperti halnya remaja yang mati dikejar pencegah maksiat. Ada kematian yang menjadi sensasi seperti kes Teoh Beng Hock yang dipolitikkan. Malah seorang pemimpin PAS tanpa segan silu menyalakan lilin kononnya sempena menghormati kematian seorang yang dianiaya penguasa.

 Politik tetap politik

Husam Musa pernah cuba spin suatu kematian di Kelantan apabila empat orang pegawai UPP menghantar seorang suspek ke hospital. Suspek berkenaan meninggal dunia akibat sakit jantung. Beberapa ahli keluarga beliau menyerang empat pegawai berkenaan dan tiga dari mereka melarikan diri. Hanya seorang yang tidak sempat melarikan diri, dipukul dan terpaksa melepaskan tembakan untuk membela diri.

Kematian itu tidak penting bagi orang politik. Apa yang penting, sudut mana yang boleh dieksploitasi untuk membangkit kebencian rakyat terhadap 'kekejaman' kerajaan. Dan kita masih belum tahu pegangan politik empat pegawai UPP berkenaan, BN sudahpun dipersalahkan.

Dalam semua kejadian diatas, saya hanya nampak beberapa kematian yang memilukan. Kanak-kanak yang mati dipukul guru yang kebetulan seorang PAS memilukan. Begitu juga kematian Teoh Beng Hock, Aminnurasyid dan Ahmad Sarbini.

Apapun kesalahan mereka - jika ada - mereka tetap akan diratapi oleh keluarga mereka. Dan tolong hentikan mempolitikkan kematian yang memilukan orang-orang yang menyayangi mereka. Adakah kita makin hilang sifat kemanusiaan hingga sanggup mengeksploitasikan kematian seseorang demi kepentingan politik sebuah parti?

Kematian adalah kematian, dan ianya menyedihkan.


5 comments:

chenerong ular said...

untuk mengelakkan pasukan penyiasat sprm di dalam delima atau serba salah, adalah di cadangankan, sebuah bangunan yang tidak mempunyai tingkat hendaklah di gunakan untuk melakukan sebarang penyiasiatan, soalsiasat yang berhubung kait dengan semua salah laku oleh individu yang di arahkan datang dengan sendiri atas arahan sprm atau yang di tanggkap.

kita tengok, jika ada kecenderungan untuk membunuh diri, mereka mereka itu akan mencari banggunan tinggi di tempat lain atau meluru ke leburaya yang penuh dengan kendraan untuk melepas diri dari malu.

pembangkang memang sentiasa menunggu saat terjadinya perkara begini,untuk membuat berbagai tomahan kepada kerajaan dan agensi yang terlibat, kerana mereka memerlkan isu untuk di sensasikan

Anonymous said...

Astagfirluaalah...kena beristifghar..banyak-banyak lah kita...sebagai umat islam kita kena percaya bahawa membunuh diri itu tidak di benarkan sama sekali..

kepada pihak berkenaan..kaji dan selamatkan malaysia ini dari masalah seperti ini...

Anonymous said...

Tuan,
Arwah Sarbini tiba jam 8.26.Ahmad Sarbini tertunggu tunggu selama 2jam untuk bertemu si Mangkuk hayun.Bayangkan menunggu 2jam saperti perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka.Disiplin mesti d utamakan d SPRM.Astagfirillah!

wawa

Anonymous said...

jika kita tunggu sampai 2 jam pun apa salahnya tunggu jika kita tak ada buat salah apa2, kita yang memilih jalan yang kita nk tujui.

Anonymous said...

Sayangnya mereka bunuh diri kerana takut atau hidup mereka ditakuti fikirlah wahai Rakan semua