Followers

Monday, April 25, 2011

YES Untuk Demokrasi Digital.

Sampai ke Intercontinental, saya mencari-cari di mana tempat pendaftaran untuk program yang dianjurkan oleh Blog House Malaysia. Kemudian saya terserampak dengan  Tony Yew, Setiausaha BHM. Beliau memaklumkan, stafnya masih belum membuka meja pendaftaran dan minta saya menunggu seketika.

Saya duduk di sebuah booth. Booth itu adalah booth YES, iaitu perkhidmatan rangkaian internet 4G. Banyak sebenarnya persoalan mengenai YES sebelum ini. Adakah ianya sama saja dengan Maxis, Celcom atau Digi, atau berlainan. Berapa laju sebenarnya 4G itu? Berapa bayaran sebulan, dan sebagainya.

Semua soalan ini diajukan kepada seorang staf YES yang kebetulan baru sampai untuk membuka boothnya. Beliau menjawab satu per satu dengan sopan, tapi saya masih kebingungan.

Antara jawapannya yang saya ingat adalah tidak seperti Maxis dan Celcom, YES berorentasikan penggunaan, megabite, bukan bulanan. Contohnya, jika kita menggunakan package Maxis seperti saya untuk Blackberry, untuk asses internet tanpa had saya perlu membayar RM 120 sebulan. Sebagai pengguna, kita tidak tahu sebenarnya berapa megabite atau gigabite yang kita guna dalam sebulan itu.

Adakah ianya berbaloi dengan RM 120? Mungkin kita menggunakan minimum beberapa megabite saja namun kita tetap membayar RM 120 sebulan kerana sudah terikat dengan perjanjian. YES akan menyelesaikan masalah ini. YES akan mengenakan bayaran kepada pelanggannya mengikut penggunaan dan bukan mengikut perjanjian bulanan. Ironinya, makin banyak penggunaan, YES akan beri ribet lagi.

Pada sebelah petang, saya telah mendaftarkan diri untuk menyertai bengkel YES. Saya makin faham bahawa YES merupakan revolusi baru dalam internet. Terbalik dari perkhidmatan Celcom atau Maxis, YES adalah khidmat internet tapi boleh menghantar SMS dan berbual-bual seperti telepon melalui internet. 

YES mempunyai beberapa device untuk tujuan berbeza. Untuk pengguna individu, mereka boleh dapatkan alat yang dinamakan Go. Ianya seperti broadband, cuma mempunyai kelajuan 4G. Untuk kegunaan pejabat atau rumah, YES menyediakan alat yang dinamakan Zoom. Ia merupakan wi-fi seperti router. Untuk kegunaan ramai hingga 5 individu yang mobile, YES menyediakan alat dinamakan Huddle. Seperti Zoom, Huddle merupakan router yang mudah alih dan kecil, senang dibawa ke mana-mana. Akhir sekali, YES mempunyai handphone berkuasa 4G, rekaan Samsung yang dinamakan Buzz. 

Di akhir bengkel itu, kami dihadiahkan Go yang bernilai RM99, dengan pengaktifan yang bernilai RM50. Kami juga diberi kredit sebanyak RM10 dalam gadget yang dibekalkan. Terima kasih YES.

 Sri Tri Buana bersalam dengan PM, gambar ihsan Outsyed The Box

Saya telah menyentuh serba sedikit ucapan PM semalam. Satu istilah yang catchy adalah 'digital democracy' atau demokrasi digital. Jika zaman-zaman revolusi terdahulu seperti Revolusi Perancis, Revolusi 1911, Revolusi Amerika dan sebagainya, segalanya tercetus dek pamplet-pamplet. Thomas Paine, penulis pamplet  "Common Sense' merupakan beberapa individu yang menyemarakkan Revolusi Amerika.

Sekarang, dunia menjadi semakin tanpa sempadan. Untuk mengimport idea - dan mengeksportnya - manusia tidak perlu lagi pamplet-pamplet. Aneh jika kita fikirkan bagaimana sebuah kerajaan seperti Mesir boleh tumbang kerana facebook. 

Boleh dikatakan, dalam PRU ke 12, BN dikalahkan oleh cybertrooper PR. Berbekalkan laptop, dan handphone sahaja, cybertrooper PR telah menyerang kerajaan dengan cara yang luarbiasa - dan unconventional ketika itu. Pembesar UMNO dan BN memandang sepi kebangkitan digital ini dan PRU ke 12 adalah pelajaran pahit bagi mereka.

Namun BN cepat bertindak. Bagaikan cendawan tumbuh, cybertrooper BN membentuk entiti dan dengan segera membalas serangan. Saya masih ingat peringkat awal kemunculan blog-blog BN, mereka dicemuh kerana kononnya kurang umphh.

Namun kini, nama-nama seperti Parpu Kari, GAP dan Gomo menduduki antara top 5 dalam ranking Alexa. Adakah UMNO berubah? Jawapnya, tidak keseluruhannya. Pemimpin seperti Datuk Seri Najib, Muhyidin Yasin dan beberapa pembesar UMNO mungkin menyedari realiti baru ini, tapi kebanyakkan pemimpin UMNO, terutama di bahagian-bahagian memandang sepi dunia digital.

Mereka masih ditakuk lama, dan masih merasa pendekatan kuno ke akar umbi lebih ampuh. Mereka tidak menyedari, revolusi sudah lama berlaku, dan internet sudah menerobos ke rumah-rumah pengundi lebih pantas dari segala. 

Pendapat umum sangat penting. Antara rahsia kejayaan Turki Uthmaniyah adalah kerana mereka mengambil berat terhadap pandangan umum. Ketika itu, mereka meletakkan 'mata' dan 'telinga' mereka di masjid-masjid terutama pada hari solat Jumaat. Mereka ingin tahu apa pendapat rakyat mereka tentang segala hal.

Kini, dengan hanya menekan butang kita boleh membaca berbagai-bagai pendapat. Blogger, kata PM, adalah rakan, bukan musuh. Ini menunjukkan kedinamikan pentadbiran Datuk Seri Najib.

Katakan YES untuk demokrasi digital.

P/S: Don't worry Tuan Syed Akbar, if Utusan and NST forget your name, we bloggers immortalized your name.

No comments: