Followers

Wednesday, April 13, 2011

Weapon of Choice: Jangan Pandang Rendah DAP di Sarawak.

Antara tiga parti politik pembangkang, DAP menunjukkan kesungguhan - keazaman - politik yang tinggi jika dibanding dengan parti lain. Bermula sebagai sebuah parti warisan PAP, DAP sejak penubuhannya tidak pernah jemu memperjuangkan konsep 'Malaysian Malaysia'nya.

Sebagai parti berteraskan kaum Cina, DAP mempunyai segala - kewangan, organisasi yang baik, ketekunan, tenacity, sokongan cuma kekurangan satu perkara: majoriti. Dengan maksud kekurangan majoriti ini bukan dari sokongan kaum Cina, tetapi dari keseluruhan rakyat Malaysia terutama Melayu. Secara direct confrontation, DAP tidak akan dapat mempengaruhi undi Melayu kerana chauvanist mereka.

Namun parti ini tidak akan mengalah. Taktik dan strategi mungkin berubah, tetapi nature dan tenacity mereka sebagai parti yang dominan Cina tidak akan berubah. Walaupun tewas beberapa kali sebelum ini, DAP akan kumpulkan kekuatan, rally semula dan kembali berjuang dan menyerang.

Pada tahun 1980an, dalam Projek Tanjung Satu, DAP berjaya mengalahkan Koh Tsu Koon di DUN Kg Kolam, dan memenangi lagi 9 kerusi DUN pada masa itu.

Pada tahun 1990, DAP bejaya mengalahkan Dr. Lim Chong Eu, Ketua Menteri Pulau Pinang di DUN Padang Kota. DAP hanya memerlukan tiga kerusi sahaja untuk membentuk kerajaan. 

Projek Tanjung Tiga DAP gagal ketika Tun Dr. Mahathir dipuncak kuasanya pada pilihanraya 1995. Namun DAP tidak patah semangat, meneruskan perjuangan dengan nyawa-nyawa ikan. Hingga Anwar dipecat pada tahun 1999, meniup semula semangat kepada DAP. Dengan terbentuk Keadilan, pada tahun 2008, DAP berjaya menawan Pulau Pinang yang diidam-idamkan dari tahun 1980an sebagai sebuah negeri based kekuasaan DAP.

Sekarang DAP mengalihkan pandangannya ke Sarawak. Undi kaum Cina hanya 26% sahaja di Sarawak tetapi selalunya undi mereka collective. SUPP, seperti MCA sedang kelemasan,dan dijangka beberapa DUN yang majoriti pengundi Cina akan jatuh ke DAP. 

Isu Tan Sri Taib Mahmud yang sudah lama berkuasa ini memberi kesan kepada undi kaum Cina.Datuk Seri Najib, PM sendiri kerap datang berkempen ke Sarawak adalah kerana PM lebih popular dikalangan pengundi Cina Sarawak jika dibanding dengan Ketua Mentri. Ini mungkin faktor yang boleh membantu beberapa DUN majoriti Cina kepada SUPP.

Antara kempen ampuh DAP di Sarawak adalah 'Undi SUPP=Undi Taib Mahmud'. Pakar strategi BN telah counter move ini dengan membuat slogan 'Undi BN=Undi Najib'. Menurut Jocelyn Tan, penulis kolumnis The Star, populariti PM adalah 87% dikalangan pengundi Cina di Sarawak jika dibanding dengan hanya 67% populariti Ketua Menteri. 

Masalahnya di Sarawak, sekutu DAP iaitu PKR dan PAS sangat lemah. Tidak seperti DAP yang mempunyai based kaum Cina, PAS tidak berpengaruh di Sarawak, hanya bertanding lima kerusi dan kemungkinan kalah semua. PKR walaupun bertanding di 49 kerusi, namun ianya dijangka tidak menggugat PBB, tambahan perpecahan antara PKR dan SNAP yang bertanding di DUN yang sama.

DAP memerlukan sekutu kuat di Sarawak, yang bukan parti dari Semenanjung. Walaupun DAP sendiri merupakan  parti Semenanjung, namun 26% undi kaum Cina yang dijangka 80% mengundi DAP menjadikan mereka bukan parti yang asing bagi pengundi Cina Sarawak. 

DAP memerlukan 'PBB' versi pembangkang. Lim Kit Siang memerlu senjata pilihan baru. Mungkin bukan sekarang tapi seperti projek Tanjung 1,2 dan 3, kesabaran DAP berbayar juga akhirnya.

Mari kita dengar lagu Fat Boy Slim, Weapon of choice. Bayangkan Christopher Walken sebagai Lim Kit Siang, orang tua tidak sedar diri menari keseronokan.

2 comments:

The Eugenist said...

Salam.. Saudara Sri Tan Buana,

Satu analisis yang cukup menarik.

Sebenarnya, dari mula lagi parti DAP akan mencari "kuda tunggangan" yang sesuai semata-mata untuk mencapai matlamat mereka memperolehi kuasa.

Di Pulau Pinang misalannya, kebencian orang Tanjung (baca Melayu) terhadap Pak Lah telah membuatkan mereka sanggup mengundi DAP dan bukanlah kerana mereka hendakkan DAP sangat.

Sebaliknya, ia merupakan satu tanda protes yang perlu diambil kira oleh pemimpin pada waktu itu.

Sebagai anak tanjung, saya merasa sedikit skeptikal, samada Pulau Pinang mampu dirampas kembali oleh BN atau tidak.

Sejarah menunjukkan bahawa MCA, ketika Tan Sri Wong Paw Nee menjadi ketua Menteri Pulau Pinang, merupakan parti terakhir dari komponen Perikatan, yang memerintah Pulau Pinang sebelum ianya ditumbangkan oleh Gerakan yang ketika itu sebuah parti pembangkang.

Hanya ketika Gerakan menyertai BN, pada tahun 1974 barulah BN memerintah semula Pulau Pinang.

Dalam erti kata lain, agak sukar untuk BN memenangi semula Pulau Pinang melainkan DAP dibawa masuk menyertai BN, seperti mana yang dilakukan oleh Gerakan.

HESMEL FAZNEE FAISAL

sri tribuana said...

terima kasih saudara, selamat berblog