Followers

Monday, May 30, 2011

Semua Orang-orang Mursyidul Am.

Tajuk ini diambil dan diadapt dari filem 'All the President's Man'. 

Beberapa hari lagi, PAS akan mengadakan muktamar yang akan menyaksikan beberapa pertandingan menarik di post nombor dua dan naib presiden. Presiden, kekal dan tidak ditandingi.

PAS parti yang memberati 'kepimpinan ulama'. Masalah kepada PAS apabila HANYA 'ulama' memimpin, parti berkenaan akan statik dan tidak ada progres. PAS memerlukan suntikan dari golongan yang 'bukan ulama', atau golongan dari pendidikan sekular tapi memahami aspirasi PAS.

Ini sebenarnya dilema juga. Dalam pertandingan tempat nombor tiga, kita meyaksikan 'kepimpinan ulama' bagaikan ketandusan calon. Salehudin Ayub, Mahfuz Omar, Husam Musa dan Nizar Jamaludin bukan ulama. Walaupun Mujahid Yusuf, Nik Amar mungkin bleh dianggap 'ulama' namun jawatan naib ini mungkin bakal menyaksikan ianya dikuasai oleh 'bukan ulama'.

Bahkan sekarang hanya Tuan Ibrahim Tuan Man yang layak dikategorikan sebagai 'ulama'.

PAS mengamalkan budaya tidak berkempen terang-terangan. Namun demikian, ini bukan bererti tidak ada 'politiking' dalam PAS. Umum mengetahui, dalam PAS ada puak yang ingin bekerjasama dengan UMNO dan ada yang lebih pro-Anwar.

Ironi, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz antara orang kuat golongan yang pro-Anwar yang mendapat julukan 'Erdogan'. Bukan juga satu rahsia apabila Nik Aziz pernah membuat kenyataan yang 'bisa' terhadap Nashrudin Mat Isa kerana Timbalan Presiden itu antara tokoh dalam PAS yang kuat menyokong kerjasama dengan UMNO.

Nik Aziz bagaikan tidak dapat menerima kekalahan anak didiknya, Husam Musa yang tewas kepada Nasharudin dua tahun lepas. Husam dan Dr. Dzulkefly Ahmad merupakan orang kuat 'puak Erdogan'. Ini meresahkan Nasharudin Mat Isa yang menyandang jawatan Timbalan Presiden, dan sekutu kuat Presiden, Haji Hadi.

Haji Hadi juga tokoh yang menyokong kerjasama dengan UMNO, dan kurang senang kerjasama dengan Anwar dan DAP. 'Memukul' Nasharudin Mat Isa sebenarnya 'membahasa' Presiden PAS itu agar jangan terlalu kuat menyokong kerjasama dengan UMNO.

Nasharudin sendiri Ahli Parlimen Bachok, mengharapkan orang Kelantan pengundinya di negeri kubu PAS itu. Keretakan akibat perbezaan pendapat ini menimbulkan desas desus Nasharudin mencari kerusi di Selangor. Beliau tidak lagi di'rahmati' oleh Tok Guru.

Sepatutnya, dalam organisasi PAS Presiden merupakan orang yang memegang kuasa eksekutif. Mursyidul Am hanya berperanan sebagai 'consultative figure' sahaja. Namun dalam PAS, sebagai 'ulama besar', sudah tentu Nik Aziz mempunyai pengaruh dalam menentukan calon yang juga menentukan hala tuju PAS.

Jika kuasa Presiden merupakan 'executive in nature', kuasa Nik Aziz merupakan'divine'. Dan 'kuasa divinity' merupakan senjata yang lebih ampuh dalam PAS.

Nik Aziz ingin Husam memenangi kerusi naib presiden, dan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden. Ini kerana, Nasharudin yang tidak disenangi mungkin akan kalah kepada 'the most charismatic clown in PAS history'  iaitu Mat Sabu lantaran goyangnya keadaan Nasharudin Mat Isa. Kemudian muncullah tokoh 'ulama' iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai 'deus ex machina'.

Dalam muktamar yang lalu, perwakilan memilih Nasharudin Mat Isa sebagai simbol sokongan terhadap Haji Hadi,dan golongan 'ulama'. Nik Aziz berkempen secara terang-terangan untuk Husam ketika itu. Namun Husam tetap tewas. 

Kita lihat antara 'ulama' Haji Hadi dan 'ulama' Nik Aziz, siapa yang lebih berpengaruh kali ini. Saya merasakan, Nik Aziz berjaya mempengaruhi pengundi agar menerima Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden dan Husam sebagai Naib pada muktamar ke 57 PAS ini. Dan ini mungkin merupakan 'political masterstroke' terakhir beliau.

Semuanya orang-orang Mursyidul Am.


Saturday, May 28, 2011

Monolog STB.

Saya meluahkan 'stream of consciousness' saya melalui sebuah blog baru: Monolog STB. Blog Sri Tri Buana dikenali sebagai blog politik dan isu semasa. Monolog STB pula adalah luahan peribadi, sudut pandangan peribadi saya dan cara saya memandang dunia.

Topiknya merangkumi segala yang hati nurani saya ingin perkatakan, berkaitan segala topik yang saya alami, atau perhatikan.

Thursday, May 26, 2011

Minyak KJ.

Sudah lama saya tidak menulis tentang KJ. Sekarang ini ada sesuatu yang menarik tentang beliau. 

Apabila ura-ura Ron 95 akan dinaikkan, dan subsidi akan ditarik secara beransur-ansur,tiba-tiba KJ menjadi jaguh kumpulan marhean. Bukan saya setuju minyak dinaikkan dan subsidi ditarik tetapi saya cuma rasa pelik bagaimana manusia ini masih mampu berkata-kata tentang sesuatu yang bapa mertuanya pernah lakukan - dengan lebih teruk hingga BN hilang lima negeri.

Itu belum diambil kira kerugian negara kerana kehilangan blok L dan M yang didedahkan oleh Tun Dr. Mahathir sebelum ini. Dalam rundingan dengan Brunei untuk mendapatkan Limbang, Malaysia kerugian sebanyak 100 billion USD ketika era Pak Lah berkuasa(read KJ).

Shaifudin Nasution mengungkit kenyataan Khairy Jamaludin pada tahun 2008 apabila beliau menyokong dan memberi rasional kenapa harga minyak dan subsidi perlu ditarik. Beliau bersutuju kerana itu keputusan mentuanya. Dan rebate sebanyak 600++ itu juga beliau mempunyai kepentingan melalui Pejabat Pos.

Pada tahaun 2008, KJ bercakap bagi pihak elit yang memegang kuasa, dan sekarang bagi pihak marhein. How chameleon!

KJ semakin lama semakin mengarut, ditambah dengan flip flop seperti mentuanya. Pernah buat kenyataan tidak akan bertanding di Rembau dan akan sambung belajar. Pernah beri gambaran akan bersara dari politik dan tidak mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda.

Lepas tu tiba-tiba pula masih akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda, dan soal parlimen Rembau, perkara antara "saya dan PM", katanya pula. Baca sini.

Terkini, KJ juga minta dalam isu kepentingan kaum iaitu Melayu, beliau menegaskan jangan terbawa-bawa dengan emosi hingga melukakan kaum lain. Dan jika soal kepentingan kaum, kaum mana yang emosinya tidak terusik jika kaum mereka disentuh. Baca sini.

Ini bukan kenyataan yang bijak dari seorang Ketua Pemuda UMNO. Mungkin ini kenyataan kenegaraan dari seorang PM, tapi bukan Ketua Pemuda UMNO yang secara tradisi adalah pendesak dalam kerajaan, dan extreme dalam menjaga kepentingan Melayu.

Begitu juga dengan isu biasiswa, KJ lebih menyebelahi Wee Ka Siong dari menuntut MARA menambah lagi dana untuk kepentingan bumiputera. Belum diceritakan soal mempertahankan Islam. KJ lebih ghairah mengenakan Big Dog yang mungkin ada permasalahan peribadi dengannya dari mempertahankan Islam.

Kejanggalan KJ berpolitik ini menyebabkan terkeluar artikel oleh Syed Hasan Ali: KJ Perjuangkan Agama Mana? Pembaca boleh baca dalam blog Big Dog Com

Dalam usaha beliau untuk kekal relevan dalam politik Malaysia, banyak usaha-usaha terdesak -dan kenyataan  tidak bijak - dari Ketua Pemuda UMNO ini. Apabila mendedahkan seramai 120ribu ahli Pemuda tidak berdaftar pemilih, KJ sebenarnya menjerat lehernya sendiri kerana terbukti beliau lebih minat bermain twitter mengupdate keputusan perlawanan Red Devil dari mendaftar pemilih ahli-ahli Pemuda. Ringkasnya, selain bermain twitter dan bercakap, KJ tidak buat kerja.

Mungkin KJ sudah makin kehabisan 'minyak' agaknya.






Wednesday, May 25, 2011

Menjelang Muktamar PAS

Haji Hadi kekal sebagai Presiden PAS, walaupun desas desus ramai ahli PAS yang tidak senang dengan kepimpinan beliau. Haji Hadi tidak ditandingi kerana 'malu alah' dan kerana beliau seorang 'ulama'. Namun keluh kesah dari berbagai group, terutama group Nik Aziz sudah berbunyi Haji Hadi akan diberi peluang sepenggal sahaja lagi. 

MSO telah berbunyi dalam Tinta Merahnya. Haji Hadi tidak ditandingi kerana masih ada rasa hormat dari ahli PAS, selain dari tidak ada tokoh yang berani. Namun mesej tetap dihantar kepada puak Haji Hadi yang lebih senang bekerjasama dengan UMNO dari DAP.

Nasharudin Mat Isa mesti disembelih. Pukul anak, sindir menantu. Haji Hadi dikekalkan, tetapi sekutunya dalam kerajaan perpaduan dengan BN mesti dilanyak. Namun masih tidak ada tokoh yang layak, dan berani kerana malu alah juga.

Akhirnya muncul Mat Sabu, bulldozer yang agak tercabar dek imej khalwat satu ketika dulu. Insan yang mula-mula melabelkan Anwar sebagai 'Al Juburi' ketika Anwar dalam UMNO, dan sekarang mendiamkan diri apabila Anwar 'terpaksa' memusuh UMNO kerana mengikut Mursyidul Am PAS yang membenci UMNO lebih dari DAP.

Jika dibandingkan kedua personaliti ini - Nasharudin dan Mat Sabu - PAS sepatutnya memilih Nasharudin. Mat Sabu hanya orator, penjual ubat yang enak bila berbicara. Ubatnya belum tentu boleh menyembuhkan. Mengejutkan semua, di saat akhir, Tuan Ibrahim Tuan Man, mengosongkan jawatan naib dan memberi persetujuan bertanding jawatan nombor dua - menyertai Nasharudin dan Mat Sabu. Jawatan Timbalan akan menyaksikan perlawanan tiga penjuru - dua 'ulama' dan seorang 'fulamak'.

Ini menjadikan imbangan ini makin sukar diramal. Tuan Ibrahim sering dilihat sebagai tokoh yang sober dan low prifile. Tindakan beliau menerima pencalonan ini agak mengejutkan. Masih ada seorang tokoh iaitu MB Kedah, Azizan yang layak bertanding tetapi masih belum memberi jawapan. Ada sumber mengatakan, Azizan mungkin tidak akan bertanding jawatan itu.

Kekosongan Naib ini mengubah pendirian Husam Musa yang berniat bertanding PAS Pusat kepada Naib Presiden. Dalam dunia parti yang mengutamakan 'ulama', pemimpin seperti Husam bagaikan tidak boleh pergi jauh. Namun Husam sebagai anak didik Nik Aziz, mungkin dengan mudah dianggap 'ulama' selepas ini walaupun beliau bukan dari back ground 'ulama'.

Dua Naib Presiden PAS selain Tuan Ibrahim juga bukan 'ulama' jika mengikut kefahaman PAS. Jika kedua-duanya - Mahfuz dan Salehudin Ayub - mengekalkan jawatan itu, dan Husam sebagai Naib yang ketiga maka tidak ada 'ulama' dalam 'political ladder' PAS selepas ini. Kehadiran Husam mungkin boleh mengurangkan kenyataan 'bengong' Mahfuz dan Salehudin dalam hal keduniaan seperti halnya pergabungan Bank Muamalat dan Bank Islam.

Ketika dunia sedang bergerak ke arah pasca modenisme, PAS masih bergelut mendefinasikan 'ulama'. Ulama hanya bermaksud knowledgeable, orang yang mempunyai pengetahuan dan tidak semestinya hanya pengetahuan feqah.

Kesian Husam Musa, beliau dan pendidikannya menyalahi tabii partinya sendiri.


Tuesday, May 24, 2011

Air Mata Lee Kuan Yew





Inilah airmata Lee Kuan Yew selepas Singapura dijatuhkan 'talak tiga' oleh Malaysia. Istilah 'talak tiga' itu digunakan oleh Lee Kuan Yew sendiri dalam memoirnya: Singapore Story. Beliau gagal menahan sebak. Menurutnya, sepanjang hidupnya, beliau meyakini penyatuan Malaysia-Singapura sangat baik untuk kedua kawasan itu.

Menurutnya lagi "You know they are people connected by geography, economics and ties of kinship". Sudah tentu beliau tujukan kepada anak spiritual parti PAP iaitu DAP yang lahir setelah Tunku menolak untuk bertempur dengan PAP di Malaysia.

Lee Kuan Yew tidak sedih Singapura berpisah dengan Malaysia kerana selepas itu Singapura boleh melakar sejarahnya sendiri termasuk mempunyai hubungan baik dengan Israel dan Amerika - sesuatu yang tidak mungkin berlaku jika Singapura masih berada di dalam Malaysia.

Dan dasar itu memberi impak ekonomi yang meransangkan walaupun USA merupakan jaguh demokrasi namun negara besar itu boleh memejamkan mata apabila Singapura memenjarakan pencabar-pencabar PAP seperti Jayaratnam. Beliau juga akhirnya muflis.

Jika Malaysia berbuat demikian, sudah tentu Amerika akan mengutuk atau lebih teruk mengenakan sekatan ekonomi kerana Malaysia negara Islam.

Airmata Lee Kuan Yew itu mengalir kerana dengan terpisah Malaysia dan Singapura, maka gagal cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama dari kaum Cina. Singapura bagi beliau adalah terlalu kecil, seperti kolam kecil baginya sebagai katak besar. 

Komen Tun Dr. Mahathir mengenai Lee Kuan Yew

Namun usaha PAP itu akan diteruskan oleh DAP. Cuma Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng bukan Lee Kuan Yew. Mereka hanya 'politician' dan bukan 'intellectual' yang menurut Tun Dr. Mahathir merupakan kombinasi yang jarang.

Walaupun kedua beranak itu tidak intellectual, tetapi hati-hati dengan 'bamboo network'. Kata Sun Tzu: "Ally with a distance friend while attacking neighbor." Mereka mempunyai Amerika, mereka mempunyai Israel. Kini mereka mempunyai Christianity yang mana sesetengah paderinya termakan pujuk rayu DAP.

AWAS!


Monday, May 23, 2011

Sri Tri Buana.

Nama blog ini diambil dari seorang raja Melayu yang turun ke Bukit Saguntang Mahameru. Dalam buku Kesultanan Melayu Melaka, Muhamad Yusuf Hashim menyatakan raja Melayu yang membuat waadat dengan Demang Lebar Daun bernama Sang Sapurba Taram Sri Tri Buana. Maka twitter saya bernama Sang Sapurba.

Dalam Sejarah Melayu, dinyatakan tiga anak raja yang turun ke Bukit Saguntang adalah Nila Utama,  Krishnan Pendita dan Nila Pahlawan. Antara ketiga anak raja berkenaan, Nila Utama juga dipanggil Sri Tri Buana membuat waadat dengan Demang Lebar Daun dan mengahwini anak Demang Lebar Daun, Wan Sendari.

Blog gabungan Dato' Ariff Sabri dan Aspan Alias menulis tentang waadat ini dalam posting bertajuk The Ancient Covenant and Punishment. Beliau juga menyatakan bahawa Sri Tri Buana yang membuat waadat dengan Demang Lebar Daun iaitu anak cucu Sri Tri Buana tidak akan mengaibkan anak cucu Demang Lebar Daun walau sebesar mana pun salah mereka. Sebagai balasan, anak cucu Demang Lebar Daun tidak akan menderhaka kepada anak cucu Sri Tri Buana.

Saya mengambil nama blog ini hanya kerana satu sebab: Sri Tri Buana adalah Raja Melayu yang menemui Singapura. Singapura ketika itu dinamakan Temasek. Sekarang Singapura(Negeri Singa) dipanggil Lion City, tetapi sudah hilang identiti Melayunya.

Saya menamakan blog ini Sri Tri Buana kerana saya tidak mahu Melayu yang pernah kehilangan Singapura akan kehilangan Malaysia pula. Dalam Discovery Channel, History of Singapore, nama Sri Tri Buana langsung tidak disebut. Discovery Channel hanya menyatakan Stamford Riffle menemui Singapura, dan mengambil Singapura untuk dijadikan entreport dan membuat treaty dengan HANYA 'local ruler of Singapore'.

Dan sejarah Singapura moden bermula dengan Lee Kuan Yew.

Sesetengah chauvanist Cina di Malaysia merungut sejarah ditulis oleh pemenang dan peranan nenek moyang mereka langsung dikesampingkan. Saya pernah menulis, berhenti merungut, jadi pemenang dan tulis sejarah sendiri. Itu yang Lee Kuan Yew telah lakukan.

Sekarang anak PAP, DAP ingin menguasai Malaysia seperti yang PAP lakukan. Dan sesetengah Melayu merasa wajar untuk mengorbankan Malay Dominance kerana bencikan UMNO. Bukan sedikit pula yang memandang remeh keupayaan DAP untuk menguasai Malaysia dengan hujah DAP hanya mampu menang paling tinggi 40 kerusi.

Mari terus tidur wahai Melayu, jika kamu lemah, kamu tidak layak menjadi bangsa. Dunia hanya untuk bangsa yang kuat. Apabila Melayu sudah tewas nanti, maka sejarah akan ditulis semula oleh pemenang. Bapa Negarawan Malaysia adalah Lim Kit Siang. 

Baru-baru ini, apabila isu gereja dan DAP muncul, apabila Ibrahim Ali berucap tentang Perang Salib, orang Melayu sendiri yang mengutuk Ibrahim Ali. Bukan saya penyokong Ibrahim Ali, atau menggalakkan keganasan lalu menyeru pembaca melancarkan jihad. 

Dalam sejarah Perang Salib dimulakan oleh Kristian, bukan orang Islam. Isunya mengapa Melayu sangat lembik dan suka mengalah. Ada yang bersimpati dengan DAP dan minta Ibrahim Ali di ISAkan. 

Oh Melayu!

Mari kita lihat video dibawah yang saya pinjam dari blog M.I.M. Ini bukan bererti saya menyeru orang Islam membakar gereja dan membunuh orang Kristian. Orang jahat dan orang baik berada di mana-mana. Dalam Islam bersepah orang jahat, dan orang baik. Begitu juga dalam Kristian.

Namun politik yang terancang, dan mengancam keMelayuan dan keIslaman mesti ditentang.







Jika Melayu Malaysia tewas lagi kepada chauvanist Cina DAP, Sri Tri Buana akan ke Brunei atau Indonesia meneruskan perjuangan dalam Alam Melayu, di Kepulauan Melayu.







Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Hulu Langat.

Hujan lebat mencurah-curah pada petang Sabtu sangat luarbiasa. Pada pukul 5 petang, saya sekeluarga dalam perjalanan dari Ampang ke Shah Alam untuk melawat mentua saya yang bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah hari ini.

Hujan yang luarbiasa lebatnya menggusarkan saya. Sesekali, ternampak kilat memancar dengan cahaya yang terang dan dentuman yang amat kuat. Saya jeling melalui cermin, anak saya sedang tidur lena. Nenek saya keresahan - ketakutan - dengan bunyi kilat yang mendentum dan hujan yang teramat lebat. Walaupun baru pukul 5 lebih, langit terlalu gelap seakan-akan waktu sudah malam.

Kami ingin melalui Lebuhraya Duke. Kenderaan bergerak sangat perlahan, malah di Lingkaran Tengah jalan macet. Beberapa kemalangan kecil dan kereta rosak turut memburuk lagi jalan yang sudah sedia macet. Di Duke sendiri saya tidak berani memecut laju. 

Setiba di rumah mentua, saya membuka blog dan facebook. Saya terbaca tragedi yang menimpa Rumah Anak-anak Yatim Madrasah Al Takwa telah tertimbus tanah runtuh. Saya sudah terbaca beberapa status rakan-rakan dalam FB tetapi tidak dapat detailnya.

Setakat pukul 8 malam tadi, 6 disahkan mati, 9 berjaya diselamatkan dan 9 dilaporkan masih tertimbus. Hati saya pilu - sangat pilu. Saya dapat bayangkan bagaimana perasaan mangsa secara tiba-tiba berduka setelah mereka bergembira membuat persediaan menyambut tetamu dari FINAS.

Namun saya pasrah dengan takdir Allah. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang terkorban. Moga Allah menyelamatkan mereka yang masih tertimbus. 

Saya tidak akan buat sebarang posting pada hari Ahad hingga Isnin pagi untuk berkabung.

Al Fatihah.

Saturday, May 21, 2011

O Captain! My Captain!



Dead Poets Society merupakan sebuah drama yang mengisahkan persoalan klasik: sejauh mana ibubapa perlu mould anak-anak mereka kerana ibubapa sering merasa mereka 'know best'. Masalahnya, anak-anak bukan harta benda tapi insan bernyawa yang mempunyai kemahuan tersendiri.

Dead Poets Society mengisahkan dua remaja, Neil dan Todd yang bercita-cita untuk menjadi apa yang ibubapa mereka tidak inginkan. Neil ingin menjadi pelakon, tapi ibubapanya ingin beliau menjadi doktor, sementara Todd pula ingin menjadi penulis. Ibubapanya ingin beliau menjadi lawyer.

Berkenalan dengan seorang guru bahasa Inggeris yang pelik, John Keating yang mempunyai cara aneh mengajar telah memberi inspirasi kepada kedua-dua pelajar berkenaan. Bukan hanya kedua pelajar, malah hampir keseluruhan kelas mereka terpengaruh dengan cara unik John Keating, lakonan Robiin William.

John Keating suka bersiul irama 1812 Overture karya komposer Rusia terkenal Tchaikovsky, memperkenalkan semangat Carpe Diem(seize the day) iaitu sebuah poem nukilan penyair zaman Augustus Caesar; Horace dan paling unik Keating minta anak muridnya memanggil beliau O Captain! My Captain! dari sebuah poem karya Whitman. Keating juga minta anak-anak muridnya menyiat sebuah buku tentang poem yang terlalu akademik, dan minta mereka berdiri atas meja untuk memandang dunia dari kaca mata mereka sendiri. 

Bagi Keating, setiap individu adalah unik.

Keating enggan membentuk anak-anak muridnya. Sebagai guru, beliau membiarkan anak muridnya membentuk diri mereka sendiri sementara beliau hanya menunjukkan jalan. Terpulang kepada mereka sendiri untuk menemui diri mereka.

Todd dan Neil bersama-sama rakan lain telah menghidupkan semula sebuah persatuan yang telah mati, dinamakan Dead Poets Society. Mereka menjadikan persatuan ini sebagai cult, tidak rasmi dan sering mengadakan pertemuan dalam sebuah gua.

Dipendikkan cerita, carried away dengan kebebasan untuk menjadi diri sendiri, Nei telah menjadi pelakon sebuah drama dan beliau tahu bapanya tidak akan membenarkannya. Bapa Neil mengugut untuk menukar Neil dari sekolahnya, Welton dan mendaftarkan dia ke sekolah tentera, untuk persiapan memasuki Harvard jurusan kedoktoran. Tapi Neil tidak mahu menjadi doktor.

Neil minta pandangan gurunya, Keating. Keating menasihati Neil agar berterus terang dengan ayahnya. Neil tidak sanggup menghadapi ayahnya, dan tidak mahu menjadi doktor. Akhirnya Neil membunuh diri.

Setelah Neil membunuh diri, siasatan telah dibuat berkenaan puncanya. Pihak sekolah berpakat untuk mengenakan Keating sebagai scapegoat. Beberapa anak murid Keating setuju untuk meletakkan kesalahan ke atas Keating. Todd dipanggil ke pejabat untuk menandatangani surat yang menyalahkan Keating. 

Tuduhannya adalah Keating yang menggalakkan mereka menubuhkan cult Dead Poets Society dan menggalakkan Neil membantah kehendak ayahnya hingga memaksa Neil membunuh diri. Keating dipecat dari mengajar.

Nolan, pengetua menggantikan Keating mengajar subjek Bahasa Inggeris. Apabila Keating memasuki bilik darjah untuk mengambil barang-barang peribadinya, Nolan telah memberi amaran kepada murid-murid supaya jangan hiraukan Keating. Todd merupakan murid pertama memecahkan kesunyian dan memanggil Keating O Captain! My Captain. Kemudian beliau berdiri di atas meja, sebagai lambang kemerdekaan peribadinya.

Walaupun ketika itu Nolan minta Todd senyap dan mengugut untuk membuang  Todd dari sekolah. Ironinya, makin ramai budak-budak yang mengikuti Todd, berdiri di atas meja dan memanggil Keating O Captain! My Captain.

Keating meninggalkan bilik darjah dengan linangan air mata.

O Captain! My Captain!


O Captain! my Captain! our fearful trip is done;The ship has weathered every rack, the prize we sought is won;The port is near, the bells I hear, the people all exulting,While follow eyes the steady keel, the vessel grim and daring:
But O heart! heart! heart!
O the bleeding drops of red,
Where on the deck my Captain lies,
Fallen cold and dead.
O Captain! my Captain! rise up and hear the bells;Rise up—for you the flag is flung—for you the bugle trills;For you bouquets and ribboned wreaths—for you the shores a-crowding;For you they call, the swaying mass, their eager faces turning;
Here Captain! dear father!
This arm beneath your head;
It is some dream that on the deck,
You’ve fallen cold and dead.
My Captain does not answer, his lips are pale and still;My father does not feel my arm, he has no pulse nor will;The ship is anchored safe and sound, its voyage closed and done;From fearful trip, the victor ship, comes in with object won;
Exult, O shores, and ring, O bells!
But I, with mournful tread,
Walk the deck my Captain lies,
Fallen cold and dead.
-Walt Whitman.
Sajak ini ditulis oleh Whitman selepas kematian Lincoln yang di assasin.

Siboney



Mula-mula saya mendengar lagu Siboney ini dari album Lisa Ono, Romance Latino, yang merakam keseluruhan lagu-lagu latin. Saya membeli cd berkenaan kerana ada dua lagu yang sentiasa mengujakan saya: Besame Mucho dan Quein Sera. Quein Sera adalah Sway dalam bahasa Latin.








Sebelum  Micheal Buble merakamkan lagu Sway, saya sudah pernah mendengar lagu itu versi latin tetapi bukan nyanyian Lisa Ono. Lisa menyanyikan lagu latin dengan suara yang luar biasa mengujakan saya. Dan saya mula berkenalan dengan Siboney.

Malangnya, Siboney versi Lisa Ono tidak ada dalam youtube. Siboney yang ada versi Connie Francis, dan lagu ini menjadi lagu tema filem 2046, lakonan Tony Leung, Ziyi Zhang dan Faye Wong.




Siboney merupakan sebuah bandar di Cuba. Malah ada yang merujuk Cuba sendiri sebagai Siboney. Lagu ini mengisahkan kerinduaan seseorang yang berkelana. Penyanyi merindukan tanah tumpah darahnya, Siboney(atau Cuba). Di bawah adalah terjemahan lirik Siboney:


Siboney I love you I'm dying for your love
Siboney to the sound of the palm I think about you
Come to me that I love and treasure you all you for me
Siboney to the sound of the palm I think about you
Siboney of my dreams if you do not hear the complaints of my voice
Siboney come unless I die of love
Siboney of my dreams I look forward to my caney
Siboney come unless I die of love
Hear the echo of my singing crystal
Siboney of my dreams I look forward to my caney
Siboney come unless I die of love
Hear the echo of my singing crystal
Do not miss out on between the rough manigua

Thursday, May 19, 2011

Pendedahan Terbaru Asia Sentinel: Something Fishy.

Another Brick in the Wall mempersoalkan, mengapa tiba-tiba Asia Sentinel mengeluarkan semula cerita pembunuhan Altantuya. Menurut Asia Sentinel, Amerika Syarikat mengesyaki campurtangan politik dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu. Ini berdasarkan kabel-kabel yang dibocorkan oleh Wikileaks yang dihantar kepada Asia Sentinel.

Semalam, Pahang Daily Online turut menyiarkan berita ini walaupun ianya hanya terjemahan dari artikel Asia Sentinel. 

Menurut ABITW, Asia Sentinel memang portal yang cenderung kepada Anwar. Seorang orang kuat Anwar - Kazi Ahmad - yang menjaga kewartawanan antarabangsa selalu menulis di portal berkenaan. Ini bermaksud, secara tiba-tiba artikel berkaitan dengan Altantuya ini dikeluarkan memang bermotirf politik.

Hasil dari tersiarnya artikel terbaru dari Asia Sentinel ini, beberapa 'tengkorak dalam almari' bekas Perdana Menteri ke lima, Pak Lah dan menantunya - Khairy Jamaludin - turut terdedah. Tidak ada apa yang baru dalam artikel Asian Sentinel ini. Kita sudah dengar tuduhan sebegini oleh Anwar Ibrahim dan artikel terbaru ini juga tidak ada pendedahan terbaru - kecuali 'implicate' Pak Lah yang ingin menggunakan kes ini untuk menghalang Najib dari menjadi PM.

Seperti yang pernah saya tulis, amat mustahak apa yang Napoleon Hill sifatkan sebagai 'accurate thinking' dalam memisahkan fakta dan 'khabar angin'(atau spin). Ketiga-tiga sumber berkaitan dengan kes ini: Raja Putra Kamarudin, Asia Sentinel dan Wikileaks bukan sumber yang boleh dipercayai. Banyak fakta yang bercampuraduk dengan dongeng. Atau sebenarnya banyak dongengnya.

Seperti yang didakwa oleh Asia Sentinel, mereka mempunyai kabel-kabel dari kedutaan Amerika di Malaysia melalui Wikileaks ini juga perlu dipersoalkan. Benar atau tidak wujudnya kabel-kabel berkenaan?

Walaubagaimanapun, dalam interview dengan TV3, RPK mendedahkan beberapa nama yang terlibat dalam konspirasi untuk mengaitkan  Najib dalam kes pembunuhan ini,antaranya: John Pang, Din Merican, Nik Azmi dan Kol. Azmi. Nama Khairy tidak dinyatakan, walaupun di sebut oleh RPK kepada TV3. ABITW mengesyaki ini kerana TV3 masih mempunyai beberapa juak-juak Kalimullah yang ingin melindungi bekas boss mereka.

Apa yang menjadi persoalan kini adalah, mengapa tiba-tiba Asia Sentinel mengeluarkan cerita konspirasi Pak Lah(dan menantunya) yang ingin mengenakan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya? Mengapa sekarang? Apa tujuan Asia Sentinel yang mempunyai pengaruh Anwar ini?

Seperti blogger Another Brick in the Wall, saya mengesyaki 'something big' akan berlaku. Kta tunggu lagi maklumat seterusnya.



Wednesday, May 18, 2011

Tun Dr. Mahathir Di Masukkan Ke IJN.

Tun Dr. Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara(IJN) pagi tadi kerana jangkitan paru-paru. Tun dilaporkan stabil. Dalam Facebook Tun Dr. Mahathir, Datuk Mukhriz bagi pihak ayahandanya stabil dan sedang pulih.


"Update from Admin team): From Dato' Mukhriz, "Tun M is resting & recovering from cough at IJN. Heart is ok. It's rice, prawn curry, fried chicken & long beans for lunch. No visitors pls."
Thank you for all the kind wishes and doa"


Tun dinasihatkan agar tidak menerima pelawat, kecuali keluarga terdekat. Semoga Allah menyembuhkan Tun dengan segera. Amin.

MSO Makin Hilang Kredibiliti.

Sebelum ini, Mohd Sayuti Omar merupakan salah seorang blogger pro PR yang saya hormati pandangannya. Ini kerana beliau sering nampak sedikit neutral dan rasional dalam memberi pandangan. Kadang-kadang beliau balun pemimpin BN, memang wajar kerana beliau blogger pembangkang. Kadang-kadang beliau tegur juga pemimpin PAS jika bagi beliau tidak menjalankan amanah dengan baik.

Akhirnya saya dapati, MSO akan kritik siapa saja kecuali dua orang. Pertama, beliau tidak akan kritik Nik Aziz. Kedua, Anwar Ibrahim. Kita faham jika MSO tidak akan mengkritik Nik Aziz kerana bagi orang PAS, terutama MSO, Nik Aziz merupakan wali dan kebal dari sebarang kritikan. Mengkritik Mursyidul Am PAS boleh membawa malapetaka kepada MSO.

Tapi, mengapa Anwar Ibrahim?

MSO membuat satu posting yang senada dengan pemikiran PKR, atau pengikut Anwar dalam Susupan Petang. Dalam posting berkenaan, MSO memberi maklumat yang kononnya sulit dari seorang tokoh berusia 70an. Tidak dimaklumkan pula tokoh berkenaan dari UMNO atau kerajaan. Tidak diberi hint langsung siapa tokoh berkenaan kecuali 70an, dan begitu ramai tokoh yang seusia dengan informer MSO ini. Cuma dikatakan tokoh berkenaan 'well connected' dan secara literal beliau berkata: "hubungan beliau sebagai bekas pemimpin kanan". Masih kelabu hintnya. Terlalu umum dan meneka dalam kesamaran. 

It could be anyone. Maybe Husin Lempoyang.

Tuduhan beliau berat. Menurut MSO, pemimpin itu memberitahunya bahawa sebelum kes Anwar diputuskan PM Najib mengadakan pertemuan dengan Hakim Negara selama 6 jam. RBf telah membongkar pembohongan ini kerana ada sedikit kesilapan beliau ketika spin isu ini: beliau menyatakan pertemuan itu diadakan pada kelamrin.Baca sini.

MSO memang terkenal sering silap mengeja. Kita faham maksud beliau kelmarin. Posting MSO dibuat pada 16 Mei 201 iaitu hari Isnin. Kelmarin walaupun dieja kelamrin bermaksud hari Ahad. Malangnya, PM Najib sudah berangkat ke luar negara pada hari Jumaat, 9.30 pagi waktu tempatan.

Setelah ditegur oleh Rbf, MSO membetulkan pembohongannya, dengan menambah lebih banyak pembohongan. Beliau membetulkan ejaan, tidak lagi dieja kelamrin, tetapi kelamarin, masih silap tetapi ditambah kelamarin dulu nu, yang diniatkan kelmarin dulu nu.

Rbf membongkar makna disebalik phrase berkenaan. Kelmarin dulu nu dalam istilah Kelantan adalah tiga hari sebelum, bermakna hari Jumaat. PM berlepas pukul 9.30 pagi, jika pertemuan 6 jam ini bermakna PM bertemu Ketua Hakim Negara pada pukul 3.00 pagi. Aduyai!

Isapan jempul(dan mungkin fakta, bukan isapan jempul) bertiup, MSO menjadi penyokong totok Anwar kerana jual beli Siasah antara MSO dan PKR menjadikan MSO kaya raya. Dan kerana duit, orang boleh mengubah prinsipnya.

Tanpa segan silu, dalam posting terbaru,  Paluan Malam MSO sedikit membalun Presiden PAS, Haji Hadi yang menang tanpa bertanding kerana pencalonan Husam Musa tidak mencukupi. Menurut MSO, ini merupakan penggal terakhir Haji Hadi kerana selama 9 tahun Haji Hadi menjadi Presiden, PAS tidak ke mana(Anehnya, PAS berjaya menakluk dua negeri, Kelantan dan Kedah semasa era Haji Hadi).

MSO lebih rela membalun 'kepimpinan ulama' yang menjadi trademark kepada PAS dari membalun Anwar yang sudah banyak terpalit isu moral kerana wang. Wang adalah segalanya.

When the money talks, the truth silence.





Blogger 4 Blogger

Kerp dan isterinya, Molee





Saya tidak mengenali Kerp seperti Rocky's dan Tony Yew. Membaca kisahnya saya turut bersimpati. Kerp atau nama sebenarnya Ahmad Daniel menjadi OKU sejak belasan tahun lagi. Kerp menemui isterinya, Molee tetapi kebahagian mereka sementara sahaja apabila Molee disahkan mengidapi kanser buah pinggang. Pasangan ini memerlukan bantuan kewangan.

BHM atau Blog House Malaysia yang ditubuhkan antara tujuaannya adalah untuk menjaga kebajikan blogger. Tony Yew melancarkan tabung Blogger 4 Blogger atau B4B dalam blognya. Rocky's Bru. turut menyentuh kisah sedih Kerp dan isteri.

Jika anda ingin membantu, sila bank in sumbangan anda ke akaun MBB no 1642 5846 2732  atas nama AHMAD DANIEL SHAH B SHARANI.

2. Hantar email anda dan jumlah sumbangan anda ke mybloghouse@gmail.com dan sumbangan anda dapat dikemaskini kepada Kerp.
3. Untuk mengelakkan sumbangan anda kemungkinan diekploit oleh pihak yang tidak bertanggungjawap, rujuk kembali posting anda ke  www.bloghousemalaysia.com .

Semoga Allah merahmati kita semua dan bakal penyumbang. Masa ini adalah masa Kerp memerlukan pertolongan, suatu hari nanti mungkin kita. Kepada rakan sesama blogger, tolong post dan sebarkan B4B.

Wassalam.

Tuesday, May 17, 2011

PDO Menyiarkan Berita Menghina Mahkamah.

Dalam posting Pahang Daily Online, bertajuk Lawyers For Liberty, Keputusan Hakim Menerima Bulat-bulat 'Segala Bukti' Pendakwaraya Sunguh Memalukan dan Tidak Ada Kredibiliti. adalah sejenis artikel menghina mahkamah.

Lawyers For Liberty(LFL) jelas menghina mahkamah apabila membuat kenyataan sendiri isu berkaitan dengan bahan bukti yang diterima mahkamah. Menurut LFL, keputusan hakim menerima 'bulat-bulat' segala bukti yang dikemukakan oleh pendakwaraya adalah "memalukan dan tidak mempunyai kredibiliti langsung".

Dalam kes melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bahari, Hakim Datuk Mohd Zabidin Mat Diah memutuskan kes berkenaan mempunyai prima facie, dan Anwar perlu mempertahankan diri bermula 6 Jun 2011.

Keputusan ini menyebabkan pengikut Anwar meroyan dan merusuh, hingga merempuh sekatan polis semalam. Persoalan asas adalah: mahkamah tidak menjatuhkan Anwar bersalah lagi, mahkamah baru mengumumkan bahawa dalam kes berkenaan, tuduhan Saiful mempunyai asas berdasarkan bukti, dan sebagai badan yang impartial, mahkamah membenarkan kedua-dua pihak menyediakan bukti dan belaan diri sebelum keputusan dijatuhkan.

Baru peringkat ini saja penyokong PKR sudah meroyan. Saya tidak tahu apa akan jadi kepada Malaysia jika mereka memerintah. Demokrasi akan mati. Pengikut tegar Anwar tidak mahu menerima apa saja bentuk 'law and order' kerana sejak dari awal sudah ditarbiah 'konspirasi, konspirasi dan konspirasi'. PKR adalah parti yang dangkal.

Menurut kenyataan LFL lagi yang suka saya petik sepenuhnya:

“Jika kes ini tidak membabitkan Anwar atau pun jika beliau di dakwa di mana-mana negara lain yang mempunyai sistem perundangan berwibawa, kes ini telah lama dibuang. Pihak yang mendalangi konspirasi pertuduhan sedemikian pula akan menerima padah mereka di mahkamah, kata LFL. “Perbicaraan memalukan ini dan taktik jijik lain terhadap Anwar termasuk penggunan video lucah fitnah bertujuan mengekang penyertaan Anwar dalam pilihanraya umum akan datang,” tambah kenyataan itu. “Kes Anwar sekali lagi menzahirkan azam Umno-BN untuk berbuat apa sahaja bagi menghancurkan musuh politik utamanya iaitu Anwar dan Pakatan Rakyat walaupun ia membawa kepada kemusnahan negara dan sistem undang-undang negara,”.


Dengan kenyataan di atas, jelas LFL menghina keputusan mahkamah dan mereka sepatutnya diambil tindakan. Pahang Daily Online juga perlu diambil tindakan kerana telah menyebar fitnah dan menghasut rakyat supaya tidak mempercayai sistem kehakiman negara yang mana bebas dan terpisah dari pengaruh executive dan legislative.

Mungkin pengendali portal berkenaan dangkal pengetahuan tentang sistem perundangan. 

Monday, May 16, 2011

Breaking News: Anwar Perlu Bela Diri.

Dari Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Hakim memutuskan Anwar perlu membela diri dalam kes liwat Saiful Bahari. Hakim Datuk Mohd Zabidin b Mohd Diah mengumumkan, Anwar perlu membela diri pada Jun 2011.

Seramai lebih kurang 300 orang penyokong Anwar berkumpul di hadapan mahkamah seawal 8 pagi ini. Namun sokongfan mereka gagal mengubah  kedudukan Anwar. Berdasarkan bukti yang ada, Anwar gagal mendapat keputusan memihak kepadanya. Hakim tidak menggugurkan kes ini seperti yang Anwar harapkan

Kita tunggu  hingga Jun 2011 bila Anwar membela diri nanti.

16 Mei: Hari Lahir, Hari Guru dan D-Day.

Pada hari ini ada tiga peristiwa yang menarik. Hari ini merupakan hari lahir rakan sekolah saya, Kudza Nizan. Kami bersama-sama bersekolah di Sekolah Seri Ampang. Beliau sekarang bertugas dengan IKIM sebagai DJ ikim.fm. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Lahir' kepadanya.

Hari ini merupakan Hari Guru. "Journey of a thousand miles begin with the first step." Saya pernah quote kata-kata Confucius itu dalam satu ucapan perpisahan semasa saya menjadi guru sementara ketika menunggu keputusan STPM.

Ketika itu saya mendapat tawaran melanjut pelajaran ke UUM, Sintok. Kebetulan semasa saya menjadi guru sementara, guru saya sendiri semasa saya darjah empat mengajar di sekolah yang sama dengan saya. Saya merakamkan penghargaan kepada beliau kerana tanpa tunjuk ajar beliau, mustahil saya boleh menjejak kaki ke universiti.

Walaupun di universiti saya menemui lebih ramai pensyarah yang mempunyai banyak ilmu, namun tanpa guru yang mengajar 'langkah pertama' iaiu A B C, tidak mungkin saya boleh melangkah 'beribu batu'. Kepada semua guru saya sebelum ini, saya mengucapkan 'Selamat Hari Guru'.

Hari ini juga turut diwarnai kes liwat Anwar Ibrahim. Mahkamah akan memutuskan samada Anwar perlu membela diri atau dijatuhkan hukuman. Segalanya akan terjawap hari ini. Hari penentuan. D-Day. Saya akan kemaskini blog ini dengan keputusannya, insyaAllah.

Sempena Hari Guru ini, mari kita dengar lagu klasik 'To Sir With Love', nyanyian Lulu dari filem yang judulnya sama.



Sunday, May 15, 2011

Seppuku

Dalam tradisi samurai Jepun, mereka akan mengadakan acara membunuh diri jika mereka gagal atau kalah. Ini bagi mengelakkan mereka dari dimalukan samada oleh musuh atau rakan sesasama samurai. Ada beza antara seppuku dan hara kiri.

Seppuku merupakan membunuh diri dengan cara ritual dengan kerelaan hati. Ini jika seseorang samurai menyalahkan dirinya jika gagal dalam sesuatu perkara, beliau memutuskan untuk membunuh diri. Hara kiri pula merupakan suatu perintah yang dikeluarkan oleh Shogun atau daimyo terhadap samurai bawahannya. 

Cara membunuh diri ini dimulakan dengan menikam pisau kecil ke dalam perut, menoreh ke atas sebelum memotong ke kanan dengan cara lintang. Jika hara kiri, seorang pendua disediakan untuk memancung kepala orang yang melakukan hara kiri ini sebelum dia mula menjerit kesakitan; atau mukanya menunjukkan riak tanda-tanda kesakitan. Selalunya, pendua itu merupakan orang yang rapat dengan orang yang melakukan hara kiri.

Bagi samurai, sangat memalukan jika mereka menunjukkan tanda-tanda kesakitan, dan kepala mesti dipancung sebelum ianya terjadi. Seorang samurai yang melakukan hara kiri mesti jatuh ke hadapan, jika jatuh ke belakang tetap akan memalukan cucu cicitnya.

Tradisi seppuku dan hara kiri ini dimulakan oleh seorang samurai bernama Minamoto Tametomo. Tametomo dari keluarga Minamoto, seorang pahlawan yang gagah dan pemanah yang hebat. Dalam perebutan kuasa antara dua maharaja; antara Go-Shirakawa dengan Sutoko, keluarga Minamoto menyokong kedua-dua maharaja berkenaan.

Minamoto Tametoshi sebagai kepala keluarga Minamoto dan anaknya, Tametomo menyokong Maharaja Sutoku, manakala anak Tametoshi, Minamoto Yoshitomo walaupun sebagai waris keluarga Minamoto menyokong Go_Shirakawa. 

Minamoto Tametoshi telah tewas dan anaknya Minamoto Yoshitomo menjatuhkan hukuman mati kepada ayahnya. Manakala adiknya, Minamoto Tametomo tidak dihukum, tetapi abangnya mengarahkan tangan adiknya dilumpuhkan supaya Tametomo tidak boleh memanah lagi.

Setelah tangannya pulih, Minamoto Tametomo kembali aktif menentang Maharaja Go-Shirakawa. Maharaja menghantar beberapa kapal perang diketuai oleh suku Taira untuk menundukkan Tametomo. Tametomo tahu bahawa mereka akan kalah, dan minta samurainya menyelamatkan diri. Beliau menentang musuhnya seorang diri.

Legenda mengatakan bahawa panah terakhir Tametomo menenggelamkan kapal Taira dan melemaskan 300 orang samurai. Namun Tametomo sudah kehabisan panah. Menyedari hakikat ini, Tametomo berundur ke dalam rumahnya, dan memotong perutnya sendiri dalam usaha untuk membunuh diri, dan mengelak dari ditawan musuh. 

Cara membunuh diri Tametomo ini akhirnya diikuti oleh semua samurai selepas itu dan dinamakan seppuku atau hara kiri.

Sebagai penutup, dibawah ini dirakamkan acara hara kiri yang sempat disaksikan oleh diplomat British bernama Lord Redesdale pada tahun 1868.

"Slowly, and with great dignity, the condemned man mounted on to the raised floor, prostrated himself before the high alter twice, and seated himself before the felt carpet with his back to the high altar, the kaishaku crouching on his left-hand side.

One of the three attendant officers then came forward, bearing a stand... on which lay the wakisashi, the short sword or dirk of the Japanese. This he handed... to condemned man, who received it reverently, raising it to his head with both hands, and placed it in front of himself.

...(the condemned man) allowed his upper garments to slip down to his girdle and remained naked to the waist. Carefully, according to custom, he tucked his sleeves under his knees to prevent himself from falling backwards, for a noble Japanese gentleman should die falling forwards. Deliberately, with a steady hand, he took the dirk that lay before him; he looked at it wistfully, almost affectionately; for a moment he seemed to collect his thoughts for the last time, and then, stabbing himself deeply below the waist on the left-hand side, he drew the dirk slowly across to the right side , and , turning it to the wound, gave a slight cut upwards.

During this sickeningly painful operation, he never moved a muscle of his face. When he drew out the dirk, he leaned forwards and stretched out his neck; an expression of pain for the first time crossed his face, but he uttered no sound.

At the moment, the kaishaku, who... had been keenly watching his every movement, sprang to his feet, poised  his sword for a second in the air; there was a flash , a heavy, ugly thud, a crashing fall; with one blow the head  had been severed from the condemned man's body.

A silence followed,  broken only by the hideous noise of blood throbbing  out of the inert heap before us, which but a moment before had been a brave and chivalrous man."

Lord Redesdale in 'Tales of Old Japan'.

Saturday, May 14, 2011

Never On Sunday.

I determined not to write about politics on Sunday, but I don't know what to write today. Sunday is a day of rest after all. Why don't we enjoy this song: Never on Sunday.

Originally this song was sung by Melina Mercouri in Greek, later emerged in English version sung by Chordettes and Connie Fancis. Connie's was the famous one, I guess.

As in Greek, the story suppose about a prostitute refuse to serve her clients on Sunday. When English version come in, it's all about kissing. Never kiss her on Sunday.











Peranan DAP Menjerumus Kristian Ke Dalam Politik Terbongkar.

Sepatutnya saya tidak menulis tentang politik pada hari Sabtu, tetapi gangguan dari blogger.com yang upgrade sistem mereka menyebabkan saya terpaksa menulis hal politik pada hari ini. 

Exception to my general rule.

Setelah Big Dog mendedahkan pertemuan antara pastor dan pemimpin DAP termasuk Jeff Ooi, maka tercetuslah kontroversi tentang kesahihan perkara berkenaan. Tambahan pula, Utusan Malaysia turut mengangkat berita berkenaan.

Beberapa blogger pro UMNO diterajui oleh Papa Gomo pula minta Big Dog di ISAkan. PM sudah menemui ketua-ketua gereja Kristian dalam satu majlis makan tengahari. Gereja membuat kenyataan bahawa mereka tidak berniat untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi kerana mereka faham tentang majoriti rakyat Malaysia beragama Islam dan Islam termaktub dalam perlembagaan sebagai agama Persekutuan.

Kita faham pendirian gereja tetapi dapatkah gereja menjamin politik keagamaan tidak akan menerobos dalam kariah mereka? 

Saya kira fakta yang majoriti orang salah faham adalah bukan soal kita memfitnah gereja atau menghina penganut agama Kristian tetapi dapatkan kita membaca kehalusan politik DAP yang sekarang menggunakan Kristian pula untuk menumbangkan BN selain isu perkauman kerajaan Melayu(UMNO) menindas kaum Cina

Alhamdulillah akhirnya kebenaran timbul juga. Menurut Big Dog Com akhirnya telah tampil seorang ahli DAP dari bangsa Melayu membuat laporan polis.Mohd Razali Abdul Rahman mengesahkan pertemuan dan  'vow' benar-benar berlaku. Sebagai Melayu, beliau tidak tahan melihat Islam terancam lalu mengingkari partinya sendiri - DAP.

Saya bukan penyokong mana-mana puak kerana saya penyokong kebenaran. Saya juga tidak berminat dengan politik para blogger. Cuma saya hairan mengapa rakan kita melompat apabila saudara seIslam bertindak mempertahankan Islam. KDN akan menjalankan siasatan terperinci berdasarkan laporan polis berkenaan. 

Wahai Melayu, anda perlu maju dua tiga tapak dari musuh bukan hanya untuk menang, malah HANYA untuk mengekalkan kewujudan keMelayuan kamu.

Caranya: use your brain more than your emotion.

Gempa 'Bumi' Blogger.

Bermula 11 Mei, kami para blogger yang menggunakan Blogger google tidak dapat mengemaskini blog kami. Admin Blogger memberi notis bahawa Blogger sedang dikemaskini. Hingga pagi 14haribulan Mei baru saya lihat beberapa rakan-rakan blogger mengemaskini blog masing-masing.

Gempa 'bumi' Blogger ini merencat sebahagian perencanaan saya untuk menulis. Saya bercadang untuk menulis tentang UMNO sehari selepas harilahirnya - 11Mei. Malah draft artikel berkenaan juga turut hilang. Beberapa draft artikel yang lain juga hilang. Gempa 'bumi' Blogger ini berskala kecil tapi masih mewujudkan kemusnahan - dan keresahan.

Akhirnya, Blogger membenarkan saya membuka akaun blog saya dan mengemaskininya. Namun saya dapati, blog saya tidak seperti dulu. Dalam posting terbaru ada tiga komen yang berharga tetapi telah hilang. Ini satu pengajaran, kita sebenarnya belum benar-benar bebas dari Ki Dalang dalam Wayang Kulit Cyber.

RBf sudah menyediakan blog back up jika ianya berlaku lagi. Dan saya rasa saya juga perlu melakukan perkara yang sama. Mungkin rakan-rakan blogger yang menggunakan Wordpress tidak terlibat. 

Pengajaran pada hari ini: jangan bergantung 100% pada internet.


Wednesday, May 11, 2011

Bukan Boleh Atau Tidak Kristian Menjadi Agama Rasmi Tetapi Jangan Bawa Agama Ke Dalam Politik.

Beberapa blogger menyuarakan pendapat bahawa UMNO sangat paranoia tentang Kristian. Sebenarnya isu Kristian ini dibawa oleh beberapa blogger pro BN dan Utusan Malaysia tetapi seperti biasa UMNO terkena getahnya. Jika bukan UMNO, orang Melayu yang dituduh paranoid.

Dato' Sakmangkol seperti biasa memberi hujah dengan nombor dan matematik. Menurut beliau, mustahil DAP dengan hanya bertanding 40 kerusi mampu membentuk kerajaan dan menukar agama rasmi Malaysia. Mustahil 20% kaum Cina mampu mengubah keadaan ini. Baca sini.

Seperti yang saya ulas dalam posting sebelum ini, kita tahu DAP tidak akan mampu dengan hanya undi kaum Cina untuk berkuasa penuh. Hatta jika PR menang dan membentuk kerajaan sekalipun, namun Melayu dalam PKR dan PAS tidak akan mendiamkan diri. Tapi itu bukan isunya.

Isu yang besar di sini adalah, dalam usaha DAP memancing undi bumiputera Sarawak dan Sabah yang bukan Islam, mereka membawa atau membakar sentimen agama ie Kristian ke dalam pencaturan politik terbaru mereka. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan. Malaysia sudah tersilap membenarkan PAS menjadikan agama sebagai alat propaganda mereka dan itu pun sudah banyak mengelirukan ummah.

Cukup hanya PAS parti menggunakan agama dan kita tidak mahu ada lagi parti yang menggunakan agama. Tambahan pula, agama yang hendak digunakan oleh DAP ini agama Kristian dan ini isu sangat sensitif kepada majoriti rakyat Malaysia yang Islam. Seperti DAP meniup sentimen racist kepada kaum Cina, Malaysia sudah terkebelakang akhir-akhir ini kerana menangani isu yang remeh seperti Interlok, 'kependatangan', 'siapa dulu menduduki Tanah Melayu' dan sebagainya.

Itu point paling besar mengapa isu ini perlu ditangani. Kita kena akui, seperti halnya umat Islam, Kristian juga ada perpecahan. Seperti kata Tony Yew, beberapa paderi juga terjebak dalam politik yang dijana oleh DAP. Tony Yew tidak mahu mereka terjebak dalam mana-mana faction dan Kristian kekal sebagai agama neutral.

Khalid Samad melawat Church of Divine Mercy dan memberi ucapan kepada 300 jemaah, antaranya membuat tuduhan TPM(ketika itu) Najib terlibat dalam pembunuhan Antatulya. Tony Yew juga menceritakan bagaimana DAP menerusi NGO berkempen menggunakan gereja. Haris Ibrahim, Teresa Kok dan Kee Thuan Chye sering datang ke gereja berkenaan yang mana Tony merupakan ahli jemaahnya.

Seperti kata Tony, Haris Ibrahim, Kee Thuan Chye dan paderi Paulino Miranda bukan orang politik. Mereka mungkin tidak nampak gunanya mereka kepada Khalid Ibrahim dan Teresa Kok yang merupakan haiwan politik. Malah menurut Tony Yew, Fr Paulino Miranda turut ditahan dalam 'candle light vigil' yang dianjurkan oleh NGO menentang kerajaan. Penahanan beliau dan beberapa orang lagi bagi mengelakkan berlaku rusuhan.

Cuba kita bayangkan jika berlaku perarakan orang Kristian menuntut Kristian turut di iktiraf sebagai agama rasmi, dan tidak disenangi oleh umat Islam tanpa mengira parti, dan polis menahan beberapa paderi, tidakkah isu ini akan menjadi isu agama? Polis Melayu menahan paderi Kristian.

 Atau perlu kita tunggu hingga darah mengalir di mana-mana kerana rusuhan agama dan kaum baru kita akan bertindak? Malaysia dibawah Datuk Seri Najb sangat memerlukan Menteri Dalam Negeri seperti King Ghaz dalam era huru-hara ini.

Paderi sepatutnya tidak terlibat dengan politik. Kita tidak menuduh semua umat Kristian dan semua paderi tetapi mana-mana yang 'political incline'. Mengenali DAP, mereka sanggup buat apa saja untuk undermine kerajaan BN.

"Give to Caesar what belongs to Caesar, and give to God what belongs to God" - Matthews 22:21.

Tuesday, May 10, 2011

MengKristiankan Malaysia: Kita Perlu 'Pengesahan'?

Baru-baru ini kecoh tentang pendedahan blogger Big Dog Com, Marahku dan Utusan Malaysia tentang cita-cita DAP yang ingin menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia dan Perdana Menteri dikalangan penganut Khatolik.

Jeff Ooi menolak dakwaaan berkenaan dan membuat laporan polis terhadap Big Dog, Marahku dan Utusan Malaysia.Baca sini. Lim Guang Eng juga membuat kenyataan yang sama, dan menjamin bahawa DAP faham perlembagaan persekutuan dan menerima Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. 

Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Naib Presiden PAS pula membidas blogger berkenaan dan Utusan, dan menafikan kemampuan DAP untuk melaksanakan cita-cita itu. Baca sini. Tun Dr. Mahathir membidas PAS dengan mengatakan PAS tidak seperti PAS dulu, kerana PAS sekarang merupakan penyokong tegar DAP.

Sementara PM Najib minta agar isu agama ini jangan dipolitikkan. Seorang blogger pro BN pula bagaikan bersorak apabila pendedahan Big Dog Com itu disifatkan tidak berasas dan minta Zakir diambil tindakan.

Kita boleh lihat bermacam-macam karakter dalam menangani isu paling asas buat umat Islam/Melayu.

Dalam perbualan dengan seorang sahabat karib saya baru-baru ini, kami berasa bimbang dengan tahap 'agama' - baik Islam atau Kristian - dipolitikkan. Agama sepatutnya tidak termasuk dalam agenda politik. 

Blogger Can you see it, Tony Yew menulis dia dan keluarganya pernah keluar dari mass gereja apabila paderi memberi khutbah dan menyentuh soal politik. Baca sini. Di bawah merupakan kata-katanya yang berbaloi untuk ditulis semula.

"But although I was a devout catholic (to some degree) I would often feel really uneasy when the priest in attendance would chide the Prime Minister or even the government, generalising at times. In fact all the times. How the word of god is equated to Government and Tun Mahathir is beyond me, but it seems it is a very Christian thing to do, preach against the government. When that happened, my family and I would simply walk out of church. Politics to me should be kept out of church."

Apa yang dirasakan oleh Tony Yew turut dirasai oleh saya apabila saya ke masjid dan mendengar orang berbahas tentang politik, mencari pengikut dan mentarbiahkan jemaah yang hadir untuk turut serta dalam jihad mereka. Politik patut dijauhkan dari masjid kerana ianya boleh memecahbelahkan ummah. Ingat peristiwa solat dua imam.

Apabila bertiup isu DAP menggunakan Kristian untuk menjatuhkan kerajaan BN, apa tindakan yang wajar perlu dilakukan? Lim Guang Eng menafikan perkara itu, sementara penafian Jeff Ooi pula meragukan. Dan kedua mereka merupakan 'haiwan politik'. 

Berasaskah tuduhan beberapa blogger dan Utusan? Perlukah kita abaikan sahaja berita ini dan anggap ianya rumor, atau kita perlu bertindak apabila masalah sudah benar-benar berakar umbi?

Pada pandangan saya, jika Melayu merupakan bangsa yang advance, tidak sepatutnya tuduhan itu dipandang ringan. Ini kerana DAP mengetahui bahawa dalam 60% lebih majoriti Melayu dan Bumiputera, terutama di Sabah dan Sarawak, kebanyakkan bumiputera tidak Islam dan penganut Kristian. Jika bumiputera ini berjaya dipujuk dengan isu agama, tidak mustahil ini akan dilakukan oleh DAP.

Saya mengatakan 'jika Melayu bangsa yang advance' kerana semua bangsa advance seperti Amerika, Britain bahkan SIngapura sering membuat apa yang disifatkan 'preemptive act'. Mereka tidak menunggu demi menjaga kepentingan mereka. Ini bukan bererti mereka zalim, hanya melindungi kepentingan mereka.

"It's even better to act quickly and err", kata Carl von Clausewitz, "rather than wait and let the opportunity slip". Dan kata-kata beliau merupakan sebahagian mantra suci diplomasi Barat.

Saya percaya Big DOg Com, Marahku dan Utusan tidak minta kerajaan dan orang Melayu membenci penganut Khatolik. Saya pernah berjumpa dengan Tony Yew dan beliau seorang yang baik, berhemah dan kadang-kadang lebih baik dari sesetengah muslim yang pernah saya jumpa.

Tidak ada salahnya penganut Katholik di sini, tetapi membawa masuk agama dalam agenda politik untuk meraih kepentingan politik DAP adalah bermain dengan api. DAP memang berharap bumiputera Sabah dan Sarawak membenci BN dan menyokong mereka, lalu mustahak juga DAP menonjolkan  imej mereka sebagai pembela Kristian. 

Seperti janji DAP kepada kaum Cina, DAP menjanjikan 'bulan' dan 'bintang' juga kepada penganut Khatolik. 

Dalam filem 'Tora, Tora, Tora' seorang pegawai tinggi tentera sering rasa tertipu apabila ura-ura Jepun akan menyerang Pearl Habour tidak menjadi kenyataan. Memang Jepun sengaja membuat 'serangan palsu' dan Amerika rasa tertipu selama beberapa kali. Pada hari serangan benar-benar berlaku, pegawai bawahan memaklumkan pegawainya, beberapa squadron pesawat Jepun berjaya dikesan oleh perisikan mereka. Pegawai itu enggan bertindak kerana tidak ada 'pengesahan'.

Setelah Pearl Harbour diserang dengan teruk, dan Amerika gagal menangkisnya kerana diserang mengejut, pegawai tinggi itu di sindir oleh pegawai bawahannya. 

"You want a comfirmation sir?", katanya sambil menunjuk kepada ketupan aircraft, kapal perang yang dibom dan bangunan terbakar, there's your comfimation."


Monday, May 9, 2011

Baik PKR atau PAS, Kedua-duanya Pak Turut DAP.

Penguasaan DAP ke atas dua sekutunya makin jelas sekarang. PAS sebagai sebuah parti yang mengaku berjuang demi Islam tidak berani berganjak dari pendirian mereka untuk terus berkasih sayang dengan DAP. Walaupun beberapa blog seperti Big Dog Com, Marahku dan Utusan Malaysia melaporkan cita-cita DAP yang ingin menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia, PAS masih tidak berganjak dari pendiriannya.

PAS membenci UMNO lebih dari DAP. PAS pula menyayangi DAP lebih dari UMNO. Ini sesuatu fenomena yang pelik kepada parti yang mengaku memperjuangkan Islam. Ini bagaikan Hamas membenci Fatah lebih dari Israel atau Fatah menyayangi Israel lebih dari Hamas.

Dalam hal pelawaan PM Najib agar PAS bersatu dengan UMNO, juak-juak PAS menangkap ini sebagai kononnya UMNO sudah terdesak. Bagaimana UMNO terdesak sedangkan undi Melayu sudah banyak beralih ke UMNO jika dibanding dengan PAS. Ini adalah fakta jika dilihat beberapa siri pilihanraya dari Manik Urai ke Hulu Selangor, Galas, Tenang dan Kerdau. PAS sebenarnya tersepit, makin kurang sokongan Melayu dan mengharap undi kaum Cina dikawasan bandar-bandar.

Dan undi kaum Cina akan menyokong PAS selagi mereka berguna kepada perjuangan DAP: Ketuanan Cina. Sampai bila PAS perlu menganjakkan pintu gol mereka? Dan apa sebenarnya perjuangan PAS? Adakah menumbangkan UMNO merupakan perjuangan sejati PAS dan menegakkan Islam hanya hiasan. Dengan terus-terusan menyokong DAP, nampaknya PAS lebih taksub menumbangkan UMNO dari menegakkan Islam seperti yang mereka dakwa.

PKR juga sebuah parti yang sekarang ini bergantung hayat kepada DAP. Sebelum ini, PKR merupakan mediator yang mengurangkan chauvanist Cina DAP, dan extremist agama PAS, tetapi kerana PKR menghadapi masalah demi masalah, mereka perlu bergantung kepada DAP.

Dalam kes terbaru di Pahang, PKR Pahang membuat laporan polis terhadap seorang blogger pro BN, Braveheart kerana posting Braveheart bertajuk Sarawak - DAP Ingin Mengusir Kepimpinan Melayu?

Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias sanggup menjadi barua DAP dengan membuat laporan polis terhadap blogger berkenaan. Jika ahli DAP membuat laporan polis, ianya tidak mengejutkan saya tetapi apabila Melayu PKR membuat laporan polis bagi pihak DAP, sudah jelas PKR sebenarnya hanya pencacai yang berkhidmat kepada tuan mereka DAP.

Inilah makhluk yang dengan bangga menunjukkan kesetiaannya pada boss DAP mereka.

Anehnya, DAP sendiri tidak melatah membuat laporan polis. Ini namanya lebih sudu dari kuah. Saya masih ingat inilah kisah bagaimana Melayu jual Melayu. Kerajaan British menghantar pegawai polis Melayu bagi menangkap Tok Janggut. Selepas Tok Janggut dibunuh, jenazahnya diusung dan diarak di sekitar Kota Bharu oleh orang Melayu pencacai British. 

Ini kerana jika British menghantar orang Inggeris sendiri, kemungkinan akan berlaku rusuhan kaum. Jika DAP membuat laporan polis, mungkin akan berlaku ketegangan kaum. Melayu pencacai diperlukan bagi merealisasikan cita-cita DAP. Dan makhluk Allah di atas sedia berkhidmat kepada DAP.

Saya hairan mengapa tidak ada kenyataan langsung yang dibuat oleh PAS atau PKR berkenaan isu mengKristiankan Malaysia. Walaupun ianya hanya khabar angin, tetapi Melayu perlu bertindak pre-emptive sebelum terlambat. 

Dalam hal menjatuhkan orang Melayu, Melayu dengan cepat bangkit memberi sokongan, laporan polis atau demonstrasi. Dalam hal mempertahankan Islam, Melayu(PKR dan PAS) suka tunggu dulu, lihat, siasat kebenaran dan sebagainya.

Jenazah Tok Janggut dimalukan dengan dijungkir-balikkan, lihat polis Melayu berkenaan.

Dengan penduduk Melayu dan bumputera serama 65% penduduk Malaysia, DAP perlukan orang Melayu bagi memecahkan dominasi orang Melayu sendiri.