Followers

Wednesday, April 6, 2011

Sekitar Penamaan Calon

Sarawak masih belum benar-benar panas. Hari ini kami melawat beberapa kawasan untuk meninjau keadaan Sarawak. Masih belum banyak bendera dan poster yang naik. Sekali sekala kelihatan bendera DAP dan kadang-kadang BN.

Kami meninjau kawasan N 15 iaitu DUN Muara Tuang. Di sini agak menarik kerana pertandingan antara adik Tan Sri Taib Mahmud, Datuk Seri Muhamad Ali Taib dengan seorang calon PAS, Noraini Hamzah. Noraini Hamzah pula seorang suri rumah, dan yang menariknya bukan langsung orang Sarawak. Beliau berasal dari Kelantan, sementara suaminya driver UNIMAS, pencen tentera.

Calon BN, Datuk Seri Muhammad Ali, adik Ketua Menteri

Puan Noraini bte Hamzah, calon PAS diimport dari Kelantan

Ada sedikit kekecohan apabila pihak PAS membuat bantahan penyata perbelanjaan BN yang lepas. PAS berharap mereka boleh menang atas technical failure tetapi harapan mereka gagal. Akhirnya, SPR mengumumkan kedua-dua pencalonan dari PBB dan PAS diterima. Jadi di Muara Tuang, perlawanan dua penjuru antara BN-PAS berlangsung.

Antara penyokong PBB yang sedang berihat.


Penyokong BN

Sri Tri Buana bersama penyokong PBB


1 comment:

Anonymous said...

Salam Bro Wan Shahrir....Jerantut huru hara...sibuk nak jadi calun..

Mua...mua...mua.....