Followers

Saturday, April 9, 2011

Mengapa Melayu Lemah Math?

Bahasa merupakan the most powerful instrument. Bahasa membezakan manusia dengan haiwan, cro-magnon dengan neanderthal. Bahasa juga sebenarnya bergantung rapat dengan ketamadunan sesuatu bangsa. Kaum Cina selalunya mudah menguasai matematik dibanding dengan orang Melayu. Malah matematik juga satu bahasa - bahasa kuantitatif.

Mengapa bangsa Melayu lemah dari segi matematik. Jawapannya adalah orang Melayu menggunakan banyak suku kata bagi menyebut sesuatu nombor. Dalam bahasa Cina, semua nombor disebut satu suku kata sahaja. Kita ambil nombor 3, dalam bahasa Cina panggil 'sam', sementara Melayu memanggil 'ti ga'. Semua nombor dalam bahasa Cina menggunakan hanya satu suku kata.

Dalam bahasa Melayu, zaman dulu 8 disebut 'de la pan'. Dari nombor 1 hingga 10, semua nombor dalam bahasa  Melayu mengunakan sekurang-kurangnya 2 suku kata. 10 pula hingga menggunakan 3 sukukata iaitu 'se pu luh'. Bayangkan jika lebih banyak nombor seperti 'se pu luh' ribu darab du a pu luh ribu'. 

Pembaziran sukukata ini melambatkan proses mendarab, membahagi, mencampur dan menolak dalam minda orang-orang Melayu. Bangsa Melayu perlu mencipta nombor yang lebih ringkas, kalau boleh menggunakan satu sukukata untuk kesemua nombor supaya senang untuk di darab, bahagi, campur dan tolak.

Remeh ke apa yang saya garapkan ini? Kekhilafan ralat dalam matematik walaupun kecil memberi impak sangat besar kepada sesuatu pengiraan. Malangnya, saya sendiri bukan pakar dalam bidang matematik. Saya menyedari hal ini apabila berbincang dengan rakan-rakan saya dari kaum Cina.

Saya mengalu-alukan sebarang komen.


19 comments:

Pokok said...

ni pandangan aku lah.. berdasarkan pengalaman.. melayu lemah math sebab sebutan bahasa melayu untuk nombor melambatkan otak kita bertindak, sbg contoh. untuk menyebut satu, kita memerlukan 2 suku kata. SA TU.. berbeza dgn inggeris, one, satu suku kata, memudahkan sebutan, otak dapat bertindak lebih pantas, sama mcm bangsa cina, (tak tahu ejaan utk b.cina) sy bukan promosi, kita ada satu formula yg dikenali sbgai kaedah mokhdar. saya pernah cuba kaedah ini, dan mmg nampak hasilnya.. cuba kita ajar kan nmbor pada kanak2 yg baru belajar, anak sy lebih cepat menyebut one, two, three dari sebutan satu dua tiga.. dan sebab itu sy menyokong penuh pembelajaran math dlm english dari. sekian.. pokokakar.blogspot.com

Anonymous said...

saya gagal math ketika spm di tahun 1984. tetepi 3 org anak saya bukan saja lulus tapi dgn flying colors. spm mereka peroleh A1 dan yang bongsu spm 2010 mendapat A+. bukan saja math, add math yang saya tak faham tu pun mereka dapat A+. sebenarnya bukan masalah bahasa kita gagal. saya dapati saya gagal math kerana saya tidak dapat menguasai konsep bahagi ketika di sekolah rendah. ia mendatangkan kesan diperingkat yang seterusnya. sentiasa minat tapi gagal. jadi saya pastikan ank2 saya menguasai konsep yang pling mudah tersebut. bila mereka dapat menguasai konsep tolak campur darab dan bahagi, alhamdulillah mereka berjaya.
saya juga ada pengalaman menjaga ank saudara yang berusia 11 tahun ketika itu. math beliau tak pernah berdakwat biru. perkara pertama yang saya tekankan adalah 4 konsep di atas dan hasilnya memperolehi A utk math dlm UPSR. jgn slahkan bahasa kerana kita yang kurang berusaha.

Anonymous said...

ikut pengalaman akulah sebabnya satu malas. yelah malas nak buat ulangkaji, he he dulu aku pun macam tu juga masa tingkat 4 aku tak belajar pun math lepas tu time tingkat lima masih enjoy lagi, akhirnya dapat le 9 time spm.

lepas beberapa tahun bekerja lepas tu dapat tawaran masuk universiti swasta, bila kena matapelajaran berkenaan math seperti statistik terpaksalah pulun 80% nak bagi pengiraan sampai subject lain hampir-hampir kantoi, tapi yang pasti berjaya juga lepas.

apa yang penting calculator saintific tu patut di sediakan kepada budak-budak kalau nak belajar math, sebab dapat membantu pelajar. kalau takde jangan harap dapat belajar formula seperti dy/dx

m8

Anonymous said...

bagi saya, tidaklah menjadi masalah suku kata dalam bahasa melayu. sebab itulah PPSMI diperkenalkan.

kalau nak salahkan bahasa, bukankah sebutan arab juga merangkumi
'pembaziran' suku kata? akan ttp, masih lagi kebanyakan cendikiawan terdahulu mendominasi dunia matematik, astronomi, sains dan sbgnya... dan kebykan mereka terdiri daripada org arab.

ianya bergantung pada usaha dan mentaliti org melayu yg sbnrnya. bahasa tak harus disalahkan.

Ghazali Lateh said...

Salam. Saya kurang bersetuju dengan pandangan bahasa menjejaskan prestasi murid alam Metamatik. Yang panjang itu hanya sebutan (byk suku kata) tetapi konsepnya tetap sama. Contohnya apabila kita mendarab sembilan dengan sembilan, dalam fikiran yang wujud ialah konsep sembilan dalam bentuk angka, bukan sebutan. Tak jadi masalah. Pada saya sikap yang mempengaruhi kelemahan murid Melayu dalam Matematik. Hanya pandangan peribadi.

Anonymous said...

Passed Away

Bangang gile
Salahkan bahasa melayu sbb lemah math

cube tgk apa org melayu suke mkn
kari kapla ikan megi twister

cube tgk sape ramai masuk af n mentor
sume gile glamour

suruh blaja malas diberi peluang msuk u pegi wat demo lak

so salah sape skrang ni
bahasa melayu atau orang melayu

Anonymous said...

bukan nak mempromosi/menyepam...

tapi bukan ke saudara mokhdar ada perkenalkan kaedah mokhdar iaitu memendekkan suku kata nombor supaya pengiraan menjadi mudah dan pantas (kalau tak silap saya lah)

Jeepers Creepers said...

bukan sebab bahasa tapi sebab bengap dan malas tu ler..akupun bengap mate..sepanjang sekolah aku hanya lulus mate masa pmr je..selain tu semua 0..spm pun x jawap paper mate hehee.

tapi aku setuju dengan pendapat konsep tolak campur darab dan bahagi. sebabnya itulah yang paling asas..kalau benda asas pun xley kuasai, macam mana nak kuasai benda yang lebih rumit.

Anonymous said...

Saya masa sekolah Modern Maths terra (SPM A1)but Add Maths.. belajar macam mana pun still tak menjadi (SPM dapat C3, the only C yg I dapat.. yg lain semua A1).

Mula2 ingat sebab Add Maths perlu org yg ada talent baru boleh pass with flying colours. Lepas dah kerja, I asked my Chinese friends why they found Add Maths easy? They told me that their Add Maths teachers were SUPERB, ada special tactic macam mana nak handle the questions.

So now I think the reason why my Add Maths sucked was becoz of the teachers tak ajar that "special" tactic (mungkin sebab dia sendiri tak tahu kot..)

Whatever it is, I don't think it is becoz of Malay language.

Melayu Malaya..

pemerhati said...

err..knapa pulak bahasa melayu nak disalahkan ni...aku bukan nak berlagak tapi MATH & ADD MATH aku dapat A masa SPM.

sbnarnya masa aku form 4..add math aku hancur gila..blaja la mcmana pon mesti ciput je..smpai la time cuti nak naik form5 aku gi tuition..cikgu aku sgt superb bg contoh..teori asalnya mmg senang kan tapi bila kluar soalan kan berterabur nak jawab..dia sangat bagus handle soalan2 yg susah2 gila tu..latihan of course la byk..

cikgu aku tu pulak selalu buat test..dia kan tampal BESAR2 markah kitorg..hahaha..mula2 aku la makhluk yg sewel markahnya..lama sgt bagus..

aku gi tuition add math tu utk form4 + form 5 dlm tahun yg sama. so sminggu aku ada 4 kelas add math..hahahahha..sewel gak la..tapi aku pon aku sgt puas hati dgn hasilnya.

moral of the story cikgu tu sgt memainkan peranan penting utk subjek2 yg mencabar ni..FYI: cikgu add math aku yg mngajar kat sekolah tu dia ajar yg basic2 je pastu bila buat latihan yg susah2 korg tau dia jawab apa?? tanya la budak cina..hahahahahaha..makan gaji buta org tua tu!

Anonymous said...

YB TAHAN guana..?.mesti kredit...

Abis....!!!

sri tribuana said...

Salam semua,

terima kasih atas pandangan. Dalam buku Tun Dr Mahathir, A doctor in a house, dia menceritakan, menjelang beliau melepaskan jawatan, beliau kagum dgn cara seorang guru math dari China yg boleh mengajar murid menghitung walaupun darab, campur, tolak dan bahagi dgn nombor yg banyak dan murid berkenaan boleh mengira lebih pantas dari calculator! Cuba bayangkan, dan Tun minta guru berkenaan mengajar tekniknya yg menggunakan sempoa utk diterap disekolah tapi mana sistem itu skrg? Masa Tun masih PM, org ikut, Tun bersara org buat benda lain. Masalahnya semua org buat kerja separuh hati.

Jika teori suku kata yg panjang tidak menjejaskan paradigma murid melayu, mengapa wujudnya mohkdar tadi? ini membuktikan sedikit sebnyak memang ada kesannya juga.

Anonymous said...

Banyak kaedah math pantas, bukan Mokdar saja. Menjadikan Mokdar sebagai modal menyalahkan bahasa kerana lemah math menunjukkan kekurangan pemikiran logik yg amat teruk. Banyak org Melayu telah menjadi Saintis dan jurutera dan professor matematik. Apa yg harus dibuat sekarang ialah meningkatkan kesadaran di kalangan org Melayu peri penting penguasaan bidang matematik dan sains.

Raden

Hilman Nordin said...

Setuju.

Tetapi, bagi saya, kefahaman terhadap konsep yang dipelajari dalam Matematik perlukan bahasa ibunda. Untuk menggarap dan membayangkan nombor-nombor dalam bentuk graf contohnya, perlukan penguasaan bahasa spesifik bidang.

Pengiraan mudah seperti tambah dan tolak bagi saya amat berkait rapat dengan suku kata nombor spt saudara katakan. Oleh kerana peringkat awal kita mula dengan tambah tolak dan peperiksaan had masa singkat, tentu sahaja yang boleh mengira singkat lebih cepat siap dan yang mengira panjang (walaupun betul fahamnya) lambat siap dan banyak soalan terpaksa tinggal.

Mungkin daripada situ anak2 Melayu kurang gemar dengan matematik.

sri tribuana said...

Salam anon 1:09 dan Hilman,

Apa yg saya utara ini bukan hasil dari logik yg lemah. Saya melihat isu ini sensitivi bahasa Melayu. Bahasa berkait rapat dgn persekitaran. Org Melayu, tidak seperti org Cina, dtg dari bangsa petani dan pelayar, bukan pedagang. Sy percaya peringkat awal bahasa cina juga mengalami proses yg sama, tp mungkin bertembung dgn budaya lain, atau melalui proses trial n error mereka menemui kaedah lebih berkesan utk memprakikalkan matematik mereka.

Sebagai contoh, buku lama menyebt 8 sebagai de la pan, praktical kah, dan ahli bahasa mengubah jadi la pan, lebih jimat suku kata.

Ini tak ada kena mengena dengan chauvanist bahasa kerana saya sendiri seorang taasub Melayu, apa yg baik kita baiki.

Saudara Hilman,saya rasa org seperti saudara akan pantas menangkap apa yg saya cuba utarakan kerana saudara seorang yang 'deep', seperti saya juga.

Anonymous said...

Saranan yang bagus! Anda boleh juga mencuba teknik-teknik baru di latihminda.com. Teknik-teknik ini menggunakan kaedah congak semata-mata, tak pakai peralatan lain seperti sempua dan sebagainya. Kaedah asasnya diberi percuma. Bukan nak promote, tetapi saya dah beli bukunya! :)

SnowWhite78

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik

Anonymous said...

nk pandai mat ni just faham konsep dan wt latihan je..ak dulu bkn nye pandai mat tp dpt jgk blaja engineering. ak smpi skrg kalo simple mat pun xleh congak cth 9/7.. tp mat aku highest la sb ak faham teknik nk selesaikn dan manfaatkn kalkulator

Rahsia Matematik said...

Matematik memang unik dan menarik dan sememangnya mencabar minda sesiap sahaja yang mempelajarinya. Tahap kefahaman seseorang bergantung kepada kefahaman asas dan mengaplikasikan formula ke dalam soalan. Banyak juga teknik-teknik yang luar biasa dalam mengira pantas yang boleh kita belajar antaranya 30 Teknik Rahsia Matematik yang mengajar cara mengira pantas tanpa kalkulator.