Followers

Sunday, April 10, 2011

Ikhlaskah Pembangkang Ingin Rasuah Dihapuskan?

Dalam survey Merdeka Centre yang pernah diadakan suatu ketika dulu, majoriti rakyat Malaysia ingin rasuah dihapuskan. Mereka lebih gusar dengan rasuah dari kemelesatan ekonomi. Dan rasuah bukan hanya berkaitan dengan ahli politik BN, malah DAP, PKR dan PAS. Begitu juga dengan rasuah dikalangan kakitangan awam. Menggusarkan

Bolehkah rasuah dihapuskan sepenuhnya? 

Rasuah, seperti pelacuran, menjijikan namun sering dianggap aktiviti tertua manusia dalam menjana ekonomi dunia gelap(underworld). Kita boleh mengesani kembali bermula rasuah sejak zaman empayar Rom lagi. Ini bermakna, menanganinya bukan sesuatu yang mudah.

Jika kita belajar ekonomi, kita akan belajar KDNK, KDK dan sebagainya, namun ahli ekonomi akan mengenepikan pendapatan yang dijana oleh aktiviti triad atau jenayah terancang atau kongsi gelap. Mereka menguasai apa sahaja yang illegal seperti pelacuran, penyeludupan, perjudian, dadah, along dan sebagainya. 

Undang-undang negara ini sudah cukup untuk mengurangkan - jika tidak membasmi sama sekali - aktiviti jenayah ini. Namun rakyat masih dapat lihat begitu banyak gejala yang pihak berkuasa terpaksa tutup mata. Kenapa?

Secara jujur kerana golongan ini menguasai juga ahli politik, pentadbir dan penguatkuasa. Ia sudah berakar-umbi dan berdarah daging. Ia sudah menjadi lumrah dalam sistem. Selagi kongsi gelap tidak melangar batas-batas tertentu, pihak berkuasa akan memejam mata.

Dalam kes ah long, pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan tegas apabila ia sudah melibatkan ketenteraman awam. Kita tidak berusaha untuk mencegah dari awal, cuba mengubati ditengah-tengah, Malah, 'mencegah' itu sendiri bagaikan mitos yang takkan mungkin dapat dicapai.

Pembangkang kononnya membawa isu rasuah dan ketelusan. Ada parti tertentu sebenarnya juga didalangi oleh kongsi gelap. Mungkin kongsi gelap yang sama mendalangi parti seperti itu dalam kerajaan. Ini dilema SPRM.

SPRM bukan lakonan untuk menghapuskan rasuah, tetapi sepatutnya entiti yang bertujuan menghapuskan rasuah. Ini memerlukan keberanian luar biasa kerana ia hampir melibatkan semua - orang politik, pegawai kerajaan dan penguatkuasa. Kita semua ingin hapuskan rasuah tetapi.......

Bagi pembangkang, mereka hanya akan ekploitasi isu bagi menguntungkan politik mereka. Semua rakyat Malaysia perlu melihat SPRM sebagai bukan alat kepada mana-mana parti politik. Memang SPRM mempunyai banyak kelemahan dan dalam proses belajar, namun mengkritik, mempolitik dan melumpuhkan semangat juang mereka untuk benar-benar menghapuskan rasuah bukan tindakan yang bijak dari rakyat Malaysia yang ingin melihat Malaysia bersih.

Mereka - kongsi gelap - mempunyai kekuatan kewangan yang mampu membeli siapa saja dengan harga berapa saja hasil dari aktiviti gelap mereka yang menguntungkan. Mereka mempunyai kuasa beli yang luarbiasa. Namun untuk menjadi negara maju, rasuah tetap perlu dihapuskan - by hook or by crook.

Kita ambil contoh Amerika. Di zaman kegemilangan mobster, ejen-ejen FBI juga mengalami masalah yang sama seperti SPRM. Sebagai pegawai kerajaan, gaji mereka kecil, risiko yang melibatkan anak isteri  tinggi. Jika rakyat Malaysia gagal menyokong SPRM, berbaloikah pegawai SPRM mengorbankan nyawa dan keselamatan anak bini mereka berhadapan dengan kongsi gelap dan kongsi terang?

Lambat laun, dari segi psikologi pegawai akan dikompromi, mereka akan demoralised dan semangat mereka akan luntur. Lama ke lamaan, bukan sesuatu mustahil SPRM sendiri akhirnya menjadi lubuk rasuah.

Hong Kong satu ketika dulu merupakan negara dibawah Empayar British yang sangat corrupted. Kerajaan British berazam untuk menghapuskan rasuah dan menubuhkan Independence Commison Against Corruption (ICAC) pada tahun 1974. 

Agency ini bukan tidak menghadapi cabaran getir, malah pegawai mereka ada yang dibunuh, keluarga mereka diugut dan pejabat dibakar. Namun dengan tekad menghapuskan rasuah yang tinggi, pegawai kerajaan yang dibayar gaji rendah ini berjaya mengurangkan rasuah di Hong Kong. 

Ketika itu, rasuah di Hong Kong sudah menjadi institusi.

Kembali kepada tajuk posting, ikhlaskah pembangkang ingin melihat rasuah terhapus di bumi Malaysia ini? Jika ikhlas mengapa mereka politikkan kelemahan SPRM? SPRM bukan Barisan Nasional. Ia merupakan suruhanjaya di bawah parlimen.

Pembangkang juga perlu berkualiti. Kritik jika SPRM tidak menjalankan kerja dengan baik tapi mengapa mengkritik setelah mereka berjaya membongkar penyelewengan  kastam yang melibatkan 108Billion? Benar ada keraguan dalam kedua kes kematian 'terjun bangunan' tetapi menyalak sebelum siasatan rapi dibuat bukan caranya. Adakah dengan tumpas sindiket penyelewengan kastam ini merugikan sesebuah parti yang mungkin mendapat dana dari dunia gelap?

Bagi SPRM  masa. Mungkin pegawai mereka masih mentah dan perlu masa. SPRM perlu sokongan semua rakyat Malaysia jika rasuah ingin benar-benar dihapuskan. Dan sokongan ini perlu ikhlas, dan above politic, and politicking.






2 comments:

Anonymous said...

"Jika rakyat Malaysia gagal menyokong SPRM, berbaloikah pegawai SPRM mengorbankan nyawa dan keselamatan anak bini mereka berhadapan dengan kongsi gelap dan kongsi terang? Lambat laun, dari segi psikologi pegawai akan dikompromi, mereka akan demoralised dan semangat mereka akan luntur."

Tepat sekali! Saya selalu kata rakyat Malaysia ni generous dgn kutukan tapi sangat kedekut dgn pujian. Memang mudah nak mengutuk sebab bukan dia org yg nak kena berhadapan dgn gangster tu... kot2 yg mengutuk lebih2 tu yg sebenarnya gangster.. mengunakan cyberworld utk melemahkan semangat polis & SPRM.

hangkedee said...

Masaalah Rasuah sukar di bendun selagi ada pemberi dan peneriama.Dua pihak yang dirancang atau terancang dengan sendirinya.

Secara bodoh kita fikirkan.

Kebanyakan Pegawai Kaki tangan kerajaan Tinggi @ rendah terdiri dari Orang Melayu.taraf kehidupan makan gaji dan cukup makan.

Di sektor perdadangan @perniagaan Majoriti Kaum cina.terkaya di malaysia kauam cina R.Kuak raja gula.Taraf hidup mewah.Bukan makan gaji tapi cari makan kemudian makan

Maka ujud perbezaan dan kepentingan disini

Yang kaya pasti mengambil jalan mudah untuk mengaut kekayaan dengan kekayan juga.


Untuk mengekalkan kekayaan yang pasti dengan kekayaan mereka akan menyogok pegawai yang makan gaji tadi demi kelansunggan hidup yang kian mencabar pegawai pegawai tergoda asukkan syaitan terkulai di tangkai Madu Rasuah.



Oleh itu jalan penyelesaian pasti ada tetapi buluh bukan rebung lagi dah sebati.Permudahkan BIROKRASI dan undang undang jangan jual beli