Followers

Saturday, April 30, 2011

Bushido.

Bushido merupakan 'code of conduct' samurai. Asalnya, bushido bermakna 'the way of bow and arrow'. Kemudian di era Keshogunan Tokugawa, samurai sudah sudah tidak berlaku perang lagi selepas Sekigahara, sarjana menggali semula Bushido ini dan diberi makna: 'the way of the warriors.'

Aneh apabila satu bangsa yang mengagungkan pedang, tetapi tidak meletakkan pedang dalam 'bushido'nya sebalik lebih menghargai busur dan panah. Ini kerana pada permulaan bangsa Jepun yang sering berperang dengan bangsa Ainu, iaitu penduduk asal Jepun, mereka hanya menngunakan panah. Pahlawan Jepun masih tidak mengenali pedang. Selepas tewas beberapa kali, mereka menyedari mereka perlu senjata yang boleh 'hold' musuh seperti pedang(dan lembing); tidak seperti busur yang hanya boleh memanah.

Asalnya politik Jepun berkisar disekitar tiga suku kaum iaitu suku Fujiwara, suku Minamoto dan suku Taira. Ketiga-tiga suku ini berasal dari keturunan Maharaja Jepun, dari keturunan putera-putera yang tidak menjadi maharaja.

Pada tahun 645  Masehi, berlaku rampasan kuasa oleh Putera Naka yang dirancang oleh Nakatomi Kamatari. Maharaja menganugerahkan nama 'Fujiwara' kepada suku Nakatomi untuk membalas budi mereka. Kemudian suku Fujiwara ini berjaya mengawal maharaja-maharaja Jepun dengan mengahwinkan maharaja dengan puteri Fujiwara. 

Polisi ini sangat berjaya; dari tahun 724M hingga 1900M, seramai 54 dari 74 Maharaja Jepun beribukan keluarga Fujiwara. Sementara suku Minamoto pula berasal dari beberapa cabang keturunan maharaja. Secara umum, suku Minamoto merupakan penyokong polisi Fujiwara. Ini kerana, walaupun Fujiwara mempunyai banyak tanah dan kaya-raya, namun mereka tidak mempunyai tentera sendiri. 

Minamoto pula merupakan suku yang 'warlike' dan dikatakan 'running dog' kepada suku Fujiwara. Sementara satu suku lagi iaitu suku Taira. Suku Taira ini dari keturunan Mahajra Kammu, dan patriach kepada suku Taira ini bernama Taira Takamochi merupakan cucu kepada Maharaja Kammu. Takamochi menjadi gobenor di Hitachi, timur Jepun, dan oleh kerana mereka menguasi tanah yang subur, suku ini menjadi kaya dan bebas dari kawalan pusat lalu memberontak

Di sini terciptalah kod 'Bushido'. Taira no Masakado memberontak melawan Maharaja. Beliau yang mempunyai segala: tentera, duit, pengaruh malah keturunan Maharaja juga tidak mahu tunduk kepada Maharaja yang sah. Apabila diberi ingatan bahawa menjadi maharaja merupakan 'mandate from heaven' beliau menjawab; untuk menjadi maharaja bukan hanya perlu 'mandate from heaven'; juga memerlukan 'the way of bow and arrow.' Dan lahirlah 'Bushido'.

Namun nasib tidak menyebelahi Taira no Masakado. Musuh-musuh Masakado bersatu menentangnya dengan slogan 'Selamatkan Maharaja dari dimalukan'. Dalam satu peperangan dengan sepupunya, Sadamori, Taira no Masakado telah terjatuh dari kuda dan tertikam pedangnya sendiri. Ada yang menyifatkan beliau terkena 'tulah' kerana menentang maharaja. Kepalanya telah dipenggal dipersembahkan kepada Maharaja.

Kematian Masakado melenyapkan cita-citanya. Maharaja Jepun kekal tidak dicabar lagi, walaupun sejarah Jepun selepas itu penuh dengan tipu helah muslihat istana, dan maharaja sering menjadi tawanan, boneka dan cagaran politik. 

Namun ada sesuatu yang menarik selepas pemberontakan Taira no Masakado: munculnya kelas samurai iaitu kelas pahlawan yang akhirnya mendominasikan politik Jepun selama seribu tahun. Dan 'code of conducts' ini mejadi pegangan samurai semasa era Keshogunan Tokugawa. Selepas jatuhnya kuasa shogun semasa era Meiji, dan selepas Perang Dunia Kedua, 'bushido' kembali mewarnai peribadi Jepun.

Bagi orang Jepun, business is war.

Friday, April 29, 2011

Kematian Teoh Beng Hock, Keuntungan Buat DAP.

Masih orang Melayu tidak takut kepada DAP? Saya ulangi, pertama ianya merupakan parti kaum Cina, oleh kaum Cina untuk kaum Cina. Walaupun ada dua singh(Karpal dan Deo) dalam arus perdana DAP tapi ia seperti D. J Dave dan Aziz Mat Rempit dalam UMNO. DAP tetap parti berhati dan berjiwa Cina.

Terbaru dalam RCI(Royal Commission of Inquiry) semakin banyak misteri dan rahsia gelap DAP yang tersingkap. DAP memanipulasikan kematian Teoh Beng Hock, kononnya kematian mendiang angkara SPRM. DAP yang kononnya mahu ketelusan dan menghapuskan rasuah tetapi memburuk-burukkan nama institusi pencegahan rasuah itu.

Mengapa perlu dicerca SPRM kerana SPRM bukan UMNO, ia adalah suruhanjaya dibawah parlimen yang mana dibawah pengawasan ahli-ahli parlimen termasuk pembangkang. Adakah DAP takut kepada SPRM kerana sebenarnya kebanyakkan ADUN dan AP mereka juga mengamalkan rasuah?

DAP yang selalu mendesak kerajaan mengadakan Suruhanjaya Siasatan Di Raja dalam banyak kes, tapi kali ini DAP melalui peguam mereka menasihati keluarga TBH untuk tidak memberi kerjasama kepada RCI. Adakah DAP cuba menyembunyikan 'tengkorak dalam almari?'

Kerana adanya RCI, satu-satu tembelang DAP terbuka. Lee Wye Wing mengaku di mahkamah dia memberi dana kepada DAP dan menggunakan syarikat bumiputera kelas F bagi mendapatkan projek. Memberi dana kepada sebuah parti politik untuk mendapat kontrak adalah rasuah yang jelas. Dan ini parti yang memberi harapan kepada rakyat Malaysia, terutama kaum Cina, mereka akan hapuskan kerajaan BN kerana 'corrupted'.

Mungkin maksud DAP tidak mengapa DAP 'corrupted' asalkan yang mengamal dan mendapat faedah dari dasar itu adalah kaum Cina. Tidak boleh Melayu(UMNO) corrupted tetapi tidak mengapa kerajaan dari kaum Cina pengamal rasuah. Chauvanist!

Kita tentang rasuah tanpa mengira kerajaan mana. Dan ini sebab Tun Abdullah memberi kuasa BPR kepada parlimen lalu tertubuh SPRM.

DAP juga menggunakan lesen kelas F bumiputera. Belum memerintah tetapi DAP sudah memperkudakan kaum bumiputera. Memang tuan lesen itu juga patut dikecam kerana menyerahkan hak lesen kelas F mereka namun di Selangor DAP antara parti yang memerintah. 

Kedua-dua isu diatas - memberi dana kepada DAP dan menggunakan lesen kelas F - merupakan bukti atau elemen bukti DAP mempunyai keburukan yang ingin ditutupinya. Balik ke soalan asal: siapa sebenarnya mempunyai motif untuk membunuh TBH? Apa faedah kematian TBH kepada SPRM?

SPRM mendapat tekanan hebat kerana mereka jarang dapat membuktikan kes di mahkamah, dan wajarkah SPRM bertindak membunuh saksi yang sangat berguna kepada mereka? Jawapannya tidak. Masih DAP sebenarnya 'usual suspect'. Namun DAP mula memainkan isu perkauman.

Kematian TBH dieksploit oleh mereka seperti kematian pemuda Cina dari Parti Buruh menjelang 13 Mei. Pemuda berkenaan diarak di Kepong dan dihadiri seramai 3000 orang untuk membakar semangat kaum Cina kerajaan Malaysia tidak adil.

DAP memainkan sentimen kematian 'orang Cina' ditangan 'penguasa Melayu' dan ini mendapat sokongan majoriti kaum Cina yang selama ini 'tertindas'. Apa saja yang Lim Kit Siang hamburkan, kebanyakkan kaum Cina telan bulat-bulat. Wahai kaum Cina, nabi kamu sudah turun, dan jika berlaku rusuhan kaum, nabi kamu akan menyorok selama 40 tahun dan kembali menghasut apabila masyarakat melupai perbuatan mereka.

Dalam siasatan RCI ini juga mendapati tidak ada bukti yang boleh mengaitkan kematian TBH dengan ADUN Seri Kembangan yang sedang disiasat iaitu Ean Yong Hian Wah. Lim Kit Siang terus menuduh kematian TBH angkara SPRM kerana fakta ini. 

Lim Kit Siang lupa(atau buat-buat lupa) kematian TBH ini sebenarnya memusnahkan segala bukti yang dapat mengaitkan tuduhan rasuah ADUN berkenaan. Lagi sekali: siapa yang mempunyai motif untuk membunuh TBH? Siapa yang beroleh faedah dengan kematian TBH?

Kita perlu ingat hubungan Ronnie Liu dengan kongsi gelap. Dan jika terbongkar segalanya jika TBH tidak mati, DAP dan kongsi gelap akan menemui kehancuran. Untuk melindungi empayar gelap mereka, tidak mustahil seorang saksi perlu dihapuskan. Sebagai parti politik, DAP segera meletak salah kepada SPRM. 

Thick face. Black heart.

SPRM berhadapan dengan cabaran yang getir. Seperti yang pernah saya tulis, bukan senang bagi SPRM untuk menghapuskan rasuah kerana rasuah sudah berakar umbi. Jika hati mereka tidak cekal dan rakyat Malaysia yang ingin lihat Malaysia bebas dari rasuah tidak solid menyokong SPRM, SPRM hanya akan tinggal nama saja.

Jelas, kematian seorang saksi penting SPRM ini menguntungkan DAP, parti yang dalam siasatan.



Ayam Den Lapeh.

Saya buat polisi tidak mahu menulis hal politik pada hari Sabtu dan Ahad. Pada kedua-dua hari ini saya suka buat posting minat saya yang lain samada muzik, seni, sejarah, falsafah dan apa saja selain politik. Semalam, semasa saya melayari blog-blog rakan blogosphere, saya terjumpa lagu Ayam Den Lapeh versi Oslan Hussein. Selalunya saya dengar lagu ini versi Anita Sarawak atau Elly Kasim. Cuba layari blog Rabiah's Hijrah.





Mari kita dengar versi Elly Kasim:



Kita bandingkan dengan versi Anita Sarawak:



Dan ini yang terbaik. Penyanyinya tanpa nama. Tidak dikenali, malah bukan orang Melayu pun.





Note: posting ini dijadualkan utk esok tapi kerana kesilapan teknikal ianya sudah dipublish awal. Harap saya dimaafkan.

Thursday, April 28, 2011

Anwar Liabiliti Kepada PR.

'Anugerah Tuhan' ini sudah semakin menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Sudah banyak peristiwa yang berlegar sekitarnya menjadikan Pakatan Rakyat makin tidak keruan. Dalam isu video seks, kita boleh lihat baik DAP mahupun PAS tidak mempertahankan Anwar. Anwar, bertarung sendirian dalam peperangan ini.

Malah sudah ada kekalutan sesama mereka berkaitan video seks ini. Azmin Ali membelasah Mustafa Ali apabila Setiausaha Agung PAS itu membuat kenyataan PAS akan menyatakan pendirian setelah mendapat hasil siasatan polis. Soal moral Anwar sudah mula menakutkan PAS untuk terus dikaitkan dengan Anwar.

Tambahan pula kes liwat sudah makin hampir ke penghujung setelah Anwar berjaya memaksimumkan penangguhan kes berkenaan.Dan strategi Karpal yang ingin membukti Saiful bukan mangsa tetapi rakan subahat suka sama suka dalam isu liwat juga tidak memberi kelebihan kepada Anwar. Anwar semakin terhimpit.

Terus terang saya tidak minat dengan isu video seks dan kes liwat ini. Namun saya merasakan karier politik Anwar sudah makin ke penghujung. Ketiadaan Anwar nanti bermula pengakhiran PKR. Dan Anwar tidak ada pilihan. 

Anwar makin ditinggalkan oleh sekutu-sekutunya.

Wednesday, April 27, 2011

Kita Adalah Nasionalis, Bukan Rasis.

Saya mempunyai seorang bekas rakan kongsi. Dia bangsa Arab-Lebanon, berumur dalam lingkungan 70an. Dia memberitahu saya, sudah banyak tempat dia pergi, tidak ada satu tempat pun seperti Malaysia. Baginya, Malaysia adalah syurga, kerana orang asalnya lembut hati.

Katanya lagi, setiap muslim yang lahir ke dunia ini, Allah akan beri mereka 'rahmat'. Maksud beliau, 'rahmat' adalah kemuliaan hati, sebagai Islam beliau percaya hati manusia muslim telah dilengkapi oleh Allah 'rahmat'  iaitu sikap tolak ansur, belas kasihan dan toleransi. Namun, manusia Melayu adalah paling di anugerahkan 'rahmat' dalam hati mereka lebih dari muslim yang lain.

Sebagai seorang yang datang dari negara peperangan(Palestine) beliau merasai sendiri kekejaman Yahudi terhadap bangsanya. Beliau mengahwini seorang Cina Kristian, dan memberitahu saya isterinya ahli kitab, tidak perlu menukar agama(saya tidak mahu berbahas soal pemahaman Islam beliau di sini).

Sebagai orang luar, beliau dapat melihat betapa manusia Melayu ini sebenarnya lembut, dan sering mengalah. Dalam apa-apa perundingan, Melayu suka mengalah dan memberi ruang kepada orang lain. Saya percaya beliau boleh membeza dengan tepat kerana isterinya orang Cina. 

Orang Melayu berjiwa lembut. Jika dalam bahasa zoologist, sikap territorial dominance orang Melayu sangat kurang. Orang luar ingin tuntut apa-apa, tuntut. Orang bukan penduduk asal ingin mendakwa mereka juga penduduk asal, dakwa. Orang luar ingin menguasai ekonomi, kuasailah. Orang luar ingin menjadi dominan, jadilah dominan.

Ini berlaku semasa penjajahan. Orang Melayu tidak merungut apabila British bawa masuk immigren dari India dan Cina. Orang Melayu tidak merungut apabila Inggeris bahu membahu dengan kaum asal pendatang menjarah ekonomi tanah Melayu. Orang Melayu tidak merungut apabila pendatang mengamalkan adat resam mereka sesuka hati di negara yang pernah mendapat julukan Semenanjung Emas ini. Malah orang Melayu tidak bersungut apabila mereka sendiri dikatakan pendatang; dan budaya mereka -kadang-kadang Islam - dikeji!

Kelembutan umat Melayu dianggap kelembikan oleh kaum bukan Melayu. Mereka merasakan Melayu merupakan bangsa yang senang diperkotak-katikkan. Ini mungkin punca selepas Jepun berundur, komunis yang majoritinya Cina berani berangan untuk menguasai Malaya dengan senjata walaupun mereka minoriti.Selepas merdeka, parti chauvanist Cina seperi Parti Buruh dan DAP berani berarak ke kawasan Melayu lalu mencetus 13 Mei.

Melihat keadaan politik sekarang, memang kelebihan berpihak kepada kaum Cina. Walaupun Melayu merupakan majoriti, tetapi malangnya mereka berpecah kepada tiga puak. Sudah banyak contoh dalam sejarah dan dunia ini majoriti tidak menjamin penguasaan. Kita sudah lihat betapa undi Cina teguh dibelakang DAP.

Mereka tidak mahu MCA lagi. Apa maksudnya DAP? DAP sejak dari awal menentang penguasaan orang Melayu dalam politik dan ekonomi Malaysia. Ini merupakan ideologi DAP. Seperti UMNO yang ideologinya adalah kepentingan Melayu, begitu juga DAP - ketuanan Cina merupakan ideologi mereka.

Sebagai rakan kongsi, MCA gagal. Ini realiti. Seperti Itali kepada German dalam Perang Dunia Kedua, MCA  bagaikan liabiliti kepada UMNO. Namun UMNO masih ingin wakil kaum Cina dan wakil itu sudah tentu bukan DAP.

Semasa UMNO kuat dan boleh menang kebanyakkan kerusi tanpa undi kaum Cina, UMNO masih menjemput MCA sebagai wakil kaum Cina dalam kerajaan. Terbentuk Perikatan dan seterusnya Barisan Nasional. Ini berasal dari sikap 'rahmat' dalam hati Melayu yang sememangnya Islamik. Dan bukan kebetulan lambang Barisan Nasional ini berlambangkan dacing. Kita memperjuangkan keadilan semua kaum, bukan keadilan Anwar Ibrahim, hanya seorang individu - 1 dari 28 juta rakyat Malaysia.

Tapi keadilan ini subjektif. Adil bagi orang Melayu, tidak adil bagi kaum Cina. Apabila kaum Cina sudah bersatu dibawah satu parti yang memperjuangkan ketuanan Cina, salahkah jika orang Melayu mula melaungkan slogan 1Melayu,1Bumiputera? Kami tidak minta politik ini, tapi jika dalam permainan catur, ini dipanggil zugzwang - atau force move.

Apa yang orang Melayu ada kecuali bersatu dibawa satu panji-panji bangsa Melayu dan peribumi.Jika ini membuahkan kekuatan, maka ini adalah tindakan politik yang wajar. Apabila Melayu kuat, baru mereka boleh memilih wakil dari kaum Cina dari mana-mana parti yang sanggup bekerjasama.(Sudah tentu bukan DAP). 

Kekuatan adalah asas keadilan. Kata Pascal: "Keadilan tanpa kekuatan itu sia-sia. Kekuatan tanpa keadilan itu bahaya. Jika kita tidak dapat jadikan keadilan itu kuat, kita jadikan kekuatan itu adil."

Sebagai majoriti, adalah mustahak Melayu perlu kuat dan stabil dari segi politik. Ini merupakan asas keharmonian Malaysia. Jika semua kaum dalam Malaysia gagal memahami ini, Melayu perlu bersatu untuk kembali kuat. Dan kekuatan datang dari kesepaduan.

Soal 1Melayu,1Bumi adalah soal survival orang Melayu. Ini bukan soal agenda Muhyidin v 1Malaysia Najib. Walaupun orang Melayu lembut, tetapi saya pernah menulis, dibawah tekanan mereka boleh menjadi berani. Ini berlaku dalam hal Malayan Union, Bukit Kepong dan Perang Bukit Candu.

Tentang tuduhan rasicme, ini adalah momok atau boogeyman yang sengaja dicipta oleh musuh orang Melayu bagi melumpuhkan semangat juang mereka. Melayu akan kalah jika mereka merasa mereka menindas. Ini apa yang rakan saya maksudkan sebagai 'rahmat' dalam hati Melayu/Islam. Ianya seperti 'holocaust' untuk mewujudkan rasa bersalah German terhadap Yahudi. Baca posting saya bertajuk: Racism dan Holocaust.

Tindakan MCA memboikot Utusan adalah tindakan tidak matang kerana kononnya akhbar itu racist. Adakah akhbar Cina tidak racist? Kami, bangsa Melayu hanya nasionalis, bukan rasis. Period.

Tuesday, April 26, 2011

Poco-poco: Haram atau tak haram?

Undang-undang 'Islam' kembali menjadi bahan ketawa masyarakat dunia. Menjadi bahan ketawa kerana dalam undang-undang 'Islam', tidak pernah ada keseragaman. 

Hari ini jika kita ke Perak, kita melakukan tarian poco-poco, maka ianya haram. Haram melakukannya adalah berdosa. Sementara itu, jika kita pergi ke negeri-negeri lain selain Perak, hukumnya harus. Harus bererti buat tidak salah, tidak buat juga tidak salah.

Penaakulan mantiknya adalah, sesiapa yang melakukan tarian poco-poco HANYA dibumi Perak akan berdosa di mata Allah SWT. Sesiapa melakukan ditempat lain, tidak pula ditimpa dosa. Ini baru dalam Malaysia, bagaimana jika poco-poco dilakukan di Thailand, Indonesia, Singapura dan Laos?

Saya pernah ingat fatwa berkaitan rokok. Haram bagi sesetengah negeri, tidak haram bagi negeri lain.

Satu soalan cepumas yang saya ingin tanya pada so called ulama: haram adalah sesuatu yang Allah tentukan. Jelas dalam Quran apa yang haram dan apa yang halal. Islam adalah deen, cara hidup dan bukan agama atau religion. Ini bererti, hanya ALLLAH supreme authority, dan bukan manusia.

Jika sesuatu itu tidak HARAM bagi Allah kerana tidak dinyatakan dalam Quran, bagaimana manusia biasa yang juga bukan Rasul boleh menghukum haram sesuatu perkara. Peruntukan mana yang mereka gunakan bahawa bagi pihak Allah mereka boleh mengharamkan sesuatu yang Allah tidak haramkan dalam Quran. Dan Quran adalah Kalam Allah, Allah berkata-kata melaluinya, word by word.

Apabila saya katakan Islam adalah deen, dan bukan agama, ini bererti sebenarnya Allah tidak pernah memfranchisekan deennya untuk diinterpretasi sesuka hati oleh orang atau golongan tertentu lalu hingga boleh mengharamkan sesuatu yang tidak haram. 

Saya tahu ijma ulama. Jika ada yang tidak setuju dengan sesuatu fatwa maka ianya tidak menjadi ijma. Lagi sekali kembali ke persoalan asas: dimana ulama mendapat authority selain Quran atau hadis mereka boleh mengharamkan sesuatu yang tiada dalam Quran dan hadis. Pertikaian - atau perbezaan pendapat - tentang sesuatu hukum terjadi kerana ianya tidak dinyatakan dengan jelas dalam Quran. Jika sudah jelas, tidak ada pertikaian lagi.

Pada pandangan saya yang jahil ini, ulama lebih baik kurangkan campurtangan urusan hari-harian umat Islam yang tidak ada kena mengena dengan akidah. Soal sehari-harian mereka - kesukaan, hobi, minat - yang selalunya melibatkan feqah ini perlu dikurangkan larangannya selagi ianya tidak menyalahi akidah.

Saya tidak mahu Islam menjadi 'agama' yang penuh dengan 'don't, don't, don't, don't' dan lagi 'don't, don't, don't'. Lagipun, Islam adalah deen, bukan agama, dan Allah telah menurunkan panduan dalam Quran apa yang haram dan apa yang halal. Quran sudah mencukupi.

Monday, April 25, 2011

YES Untuk Demokrasi Digital.

Sampai ke Intercontinental, saya mencari-cari di mana tempat pendaftaran untuk program yang dianjurkan oleh Blog House Malaysia. Kemudian saya terserampak dengan  Tony Yew, Setiausaha BHM. Beliau memaklumkan, stafnya masih belum membuka meja pendaftaran dan minta saya menunggu seketika.

Saya duduk di sebuah booth. Booth itu adalah booth YES, iaitu perkhidmatan rangkaian internet 4G. Banyak sebenarnya persoalan mengenai YES sebelum ini. Adakah ianya sama saja dengan Maxis, Celcom atau Digi, atau berlainan. Berapa laju sebenarnya 4G itu? Berapa bayaran sebulan, dan sebagainya.

Semua soalan ini diajukan kepada seorang staf YES yang kebetulan baru sampai untuk membuka boothnya. Beliau menjawab satu per satu dengan sopan, tapi saya masih kebingungan.

Antara jawapannya yang saya ingat adalah tidak seperti Maxis dan Celcom, YES berorentasikan penggunaan, megabite, bukan bulanan. Contohnya, jika kita menggunakan package Maxis seperti saya untuk Blackberry, untuk asses internet tanpa had saya perlu membayar RM 120 sebulan. Sebagai pengguna, kita tidak tahu sebenarnya berapa megabite atau gigabite yang kita guna dalam sebulan itu.

Adakah ianya berbaloi dengan RM 120? Mungkin kita menggunakan minimum beberapa megabite saja namun kita tetap membayar RM 120 sebulan kerana sudah terikat dengan perjanjian. YES akan menyelesaikan masalah ini. YES akan mengenakan bayaran kepada pelanggannya mengikut penggunaan dan bukan mengikut perjanjian bulanan. Ironinya, makin banyak penggunaan, YES akan beri ribet lagi.

Pada sebelah petang, saya telah mendaftarkan diri untuk menyertai bengkel YES. Saya makin faham bahawa YES merupakan revolusi baru dalam internet. Terbalik dari perkhidmatan Celcom atau Maxis, YES adalah khidmat internet tapi boleh menghantar SMS dan berbual-bual seperti telepon melalui internet. 

YES mempunyai beberapa device untuk tujuan berbeza. Untuk pengguna individu, mereka boleh dapatkan alat yang dinamakan Go. Ianya seperti broadband, cuma mempunyai kelajuan 4G. Untuk kegunaan pejabat atau rumah, YES menyediakan alat yang dinamakan Zoom. Ia merupakan wi-fi seperti router. Untuk kegunaan ramai hingga 5 individu yang mobile, YES menyediakan alat dinamakan Huddle. Seperti Zoom, Huddle merupakan router yang mudah alih dan kecil, senang dibawa ke mana-mana. Akhir sekali, YES mempunyai handphone berkuasa 4G, rekaan Samsung yang dinamakan Buzz. 

Di akhir bengkel itu, kami dihadiahkan Go yang bernilai RM99, dengan pengaktifan yang bernilai RM50. Kami juga diberi kredit sebanyak RM10 dalam gadget yang dibekalkan. Terima kasih YES.

 Sri Tri Buana bersalam dengan PM, gambar ihsan Outsyed The Box

Saya telah menyentuh serba sedikit ucapan PM semalam. Satu istilah yang catchy adalah 'digital democracy' atau demokrasi digital. Jika zaman-zaman revolusi terdahulu seperti Revolusi Perancis, Revolusi 1911, Revolusi Amerika dan sebagainya, segalanya tercetus dek pamplet-pamplet. Thomas Paine, penulis pamplet  "Common Sense' merupakan beberapa individu yang menyemarakkan Revolusi Amerika.

Sekarang, dunia menjadi semakin tanpa sempadan. Untuk mengimport idea - dan mengeksportnya - manusia tidak perlu lagi pamplet-pamplet. Aneh jika kita fikirkan bagaimana sebuah kerajaan seperti Mesir boleh tumbang kerana facebook. 

Boleh dikatakan, dalam PRU ke 12, BN dikalahkan oleh cybertrooper PR. Berbekalkan laptop, dan handphone sahaja, cybertrooper PR telah menyerang kerajaan dengan cara yang luarbiasa - dan unconventional ketika itu. Pembesar UMNO dan BN memandang sepi kebangkitan digital ini dan PRU ke 12 adalah pelajaran pahit bagi mereka.

Namun BN cepat bertindak. Bagaikan cendawan tumbuh, cybertrooper BN membentuk entiti dan dengan segera membalas serangan. Saya masih ingat peringkat awal kemunculan blog-blog BN, mereka dicemuh kerana kononnya kurang umphh.

Namun kini, nama-nama seperti Parpu Kari, GAP dan Gomo menduduki antara top 5 dalam ranking Alexa. Adakah UMNO berubah? Jawapnya, tidak keseluruhannya. Pemimpin seperti Datuk Seri Najib, Muhyidin Yasin dan beberapa pembesar UMNO mungkin menyedari realiti baru ini, tapi kebanyakkan pemimpin UMNO, terutama di bahagian-bahagian memandang sepi dunia digital.

Mereka masih ditakuk lama, dan masih merasa pendekatan kuno ke akar umbi lebih ampuh. Mereka tidak menyedari, revolusi sudah lama berlaku, dan internet sudah menerobos ke rumah-rumah pengundi lebih pantas dari segala. 

Pendapat umum sangat penting. Antara rahsia kejayaan Turki Uthmaniyah adalah kerana mereka mengambil berat terhadap pandangan umum. Ketika itu, mereka meletakkan 'mata' dan 'telinga' mereka di masjid-masjid terutama pada hari solat Jumaat. Mereka ingin tahu apa pendapat rakyat mereka tentang segala hal.

Kini, dengan hanya menekan butang kita boleh membaca berbagai-bagai pendapat. Blogger, kata PM, adalah rakan, bukan musuh. Ini menunjukkan kedinamikan pentadbiran Datuk Seri Najib.

Katakan YES untuk demokrasi digital.

P/S: Don't worry Tuan Syed Akbar, if Utusan and NST forget your name, we bloggers immortalized your name.

Sunday, April 24, 2011

1st Malaysian-ASEAN Regional Bloggers Conference.



Hari ini saya menghadiri perjumpaan blogger Malaysia dan ASEAN yang dianjurkan oleh Blog House Malaysia(BHM), iaitu sebuah persatuan blogger yang berdaftar dengan ROS.

Ada dua sessi conference, pada sebelah pagi dibahagi kepada lima workshop dan peserta boleh pilih workshop mana yang ingin mereka sertai. Saya memilih workshop 'Parameters - The fine line between what's allowed and what's not'. Workshop ini di kendali oleh Anirudh  Bhati(lawyer IT dari India), Irwan Abdul Rahman blogger Hasan's Skodeng dan Datuk Zaini Hassan, Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia.

Blogger Hasan's Skodeng menceritakan pengalaman peribadi beliau berhadapan dengan authority apabila beliau menulis satira tentang Earth Hours. Workshop ini bertujuan untuk memberi panduan kepada blogger-blogger apa yang boleh ditulis dan apa yang mungkin mengundang padah. Dari segi perundangan, Anirudh Bhati memberi penerangan dari sudut undang-undang.

Majlis menjadi meriah ketika acaran yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan patron kepada Blog House Malaysia, blogger Che Det iaitu Tun Dr. Mahathir. Presiden Blog House Malaysia adalah blogger Outsyed the Box, Syed Akhbar Ali dan Rocky's Bru merupakan penasihatnya.

Hari ini merupakan hari bersejarah bagi para blogger Malaysia. Buat julung-julung kali mereka tidak lagi formless. Mereka sudah menjadi entiti yang diiktiraf - oleh kerajaan dan ahli-ahli politik. Tun Dr. Mahathir sendiri menceritakan pengalaman beliau mula berblog kerana dinafikan haknya oleh media arus perdana. 

Tun turut memberi pendapat bahawa berbeza dengan media arus perdana, blogger merupakan medium 'public opinion'. Tidak seperti media arus perdana yang menyebelahi tuannya iaitu kerajaan, blogger bebas memberi pendapat tanpa prejudis.

PM memberi ucapan yang mengiktiraf warga blogger. Beliau menamakannya sebagai 'digital democracy'. Dalam ucapannya beliau tidak menganggap blogger sebagai musuh tetapi sebagai rakan kongsi dalam membentuk negara.

Bersama YB Kalamanathan, AP Hulu Selangor.

"We do not fear bloggers, we want you to be our partner", kata PM. Dan PM mengiktiraf kecepatan internet di Malaysia adalah jasa Tun Dr. Mahathir kerana beliau memandang jauh ke hadapan dengan mencipta Malaysia Super Coridor. Tun Dr. Mahathir pernah berjanji tidak akan mengenakan sekatan terhadap internet di Malaysia ini semasa pentadbirannya, dan PM Najib memberi jaminan pentadbirannya juga akan meneruskan polisi berkenaan.

Alhamdulillah Malaysia berada dalam track yang betul dalam dunia 'digital democracy' ini.


Saturday, April 23, 2011

Pelancaran Sri Tri Buana Untuk Jerantut.

Saya telah membina sebuah blog untuk Jerantut. Segala pandangan saya terhadap politik, sosial dan ekonomi Jerantut akan saya curahkan dalam blog berkenaan. Blog itu masih dalam pembinaan dan templatenya akan dibaiki dari masa ke semasa.

Jika mahu ke posting sulung bertajuk Salam, klik sini.

Akhirnya saya berkata-kata juga untuk Jerantut.

Sekolah Seri Ampang: Nolstalgia Zaman Sekolah.


Lencana zaman saya dahulu berlambangkan Helang, mungkin itu punca pelajar zaman saya sangat ganas.


Minggu depan akan diadakan sessi Teh Tarik bekas pelajar Sekolah Seri Ampang, batch 1985-1989. Kami memilih 1 Mei, sempena Hari Buruh.

Pada tahun 1985, saya memasuki Sekolah Seri Ampang dengan terpinga-pinga. Saya baru berpindah dari Sekolah Kebangsaan Jerantut, dan sebagai pelajar berumur 13 tahun saya tiba-tiba bersekolah di kota raya.

Saya tinggal dengan bapa saudara saya, Dato' Wan Abu Bakar, dan di Pahang sekalipun saya bersama emak dan adik beradik saya tinggal di rumahnya. Selepas bapa saya meninggal dunia, saya dibesarkan olehnya. Pada tahun 1985, beliau merupakan Ahli Parlimen Jerantut.

Ketika zaman saya bersekolah di Sekolah Seri Ampang, sekolah kami terkenal dengan masalah disiplin, gangsterisme, ponteng sekolah, dan 'serong'. Mungkin ada bekas pelajar tidak suka saya menyatakan fakta ini tetapi kebenaran tetap kebenaran.

Saya masih ingat di depan Hock Chon,dekat dengan restoren mewah Victoria Station pada satu bulan Ramadhan, beberapa kelompok pelajar tingkatan 4 membelasah seorang pelajar Cina. Pelajar Melayu itu dari Kampung Datuk Keramat, dan pelajar Cina berkenaan seorang pelajar Tae Kwon Do. Apa punca pelajar Cina itu dibelasah saya tidak pasti.

Sekarang, 'medan tempur' tempat pelajar gangster bertumbuk itu sudah bertukar menjadi kondominium mewah. Begitu pesat pembangunan dari 1985 hingga 1990an, Sekolah Seri Ampang dan sekitarnya sudah berubah wajah.

Saya tinggal di Taman Watan, hanya ada jalan kecil sehala saja ke kawasan berkenaan. Untuk ke sekolah, kami akan menaiki samada bas mini no 23 atau bas 182A. Tidak ada Ampanng Point lagi semasa itu. Selepas saya menamatkan persekolahan di Ampang Boys, sekitar tahun 1990an, ada pemaju yang memajukan sebuah apartment di sekitar Ampang Point sekarang. Ketika itu Ampang Point hanya kawasan kosong, tidak ada pembangunan.

Seseorang pernah berkata, sesiapa yang membeli apartment itu sangat bodoh, kerana hanya ada sebuah saja apartment, tidak ada shopping complex dan apartment lain di sekitarnya. Sekarang, kawasan Ampang Point penuh sesak, mencari parking pun susah walaupun pada hujung minggu. Sudah tentu apartment berkenaan sudah melambung harganya.

Saat paling saya kenang sekarang bersekolah di Sekolah Seri Ampang adalah semasa di tingkatan lima. Kami mengambil peperiksaan SPM pada tahun itu. Saya mengambil aliran perdagangan. Asalnya saya budak sains, tetapi selepas kawan rapat saya, Rizal Mushahar berpindah ke Sekolah Muzafar Shah, saya tiada kawan di kelas sains. Saya membuat keputusan untuk masuk kelas perdagangan.

Ada seorang rakan kelas saya bernama Saiful Lizan bin Ramli. Beliau suka menyanyi di dalam kelas. Selalunya beliau akan menyanyi lagu-lagu lama. Ada sebuah lagu yang dinyanyikannya merevolusi minat budak-budak kelas saya. Lagu berkenaan adalah lagu Neil Sadaka: 'You Mean Everything To Me.'

Kemudian pada tahun itu ada sebuah siri TV yang kami minati bertajuk 'Crime Story'. Lagu tema 'Crime Story' itu adalah 'Runnaway', lagu Del Shannon. Setiap hari Isnin, kami akan menunggu siri tv 'Crime Story' itu. Dua lagu ini, Runnaway dan You Mean Everything To Me menyebabkan budak kelas saya addicted kepada lagu-lagu oldies





Walaupun saya nyatakan di atas, Sekolah Seri Ampang terkenal dengan masalah disipilin, tetapi sekolah ini tetap mengeluarkan pelajar-pelajar cemerlang. Masalahnya apabila budak asal Seri Ampang cemerlang selepas SRP, mereka akan berhijrah ke sekolah-sekolah asrama penuh. Ada seorang pelajar senior setahun dari saya bernama Sazali Satari berjaya dengan cemerlang dalam SPM. Khabarnya sekarang ini beliau sudah menjadi seorang doktor.

Pelajar-pelajar batch saya sudah kurang ganasnya. Batch kami tidak terkenal bergaduh cuma ada yang suka ponteng dan serong saja. Saya suka membuat pengakuan di sini, saya sebenarnya juga kaki ponteng semasa tingkatan empat.

Selepas era kami, lencana sekolah telah ditukar. Lencana yang berlambangkan helang itu telah ditukar. Mungkin kerana itu, pelajar Sekolah Seri Ampang sekarang sudah kurang belligerent. 

 Lencana SSA sekarang.
Zaman saya dahulu, lencana besi hanya boleh dipakai oleh pengawas. Ini kerana bimbang pelajar biasa akan mengasahnya dan menjadikan senjata. 

Setelah lebih dua puluh tahun saya terpisah dengan kebanyakkan rakan-rakan tingkatan lima dahulu, tetapi kini kami berjaya menjejaki antara satu sama lain. Semuanya kerana facebook. Kemudian kami wujudkan group Old Skool Clan. 

Sekarang kami sudah menghampiri 40an. Banyak peristiwa yang kami lalui selepas zaman persekolahan. Kami melalui liku-liku yang berlainan selepas masing-masing meninggalkan Sekolah Seri Ampang. Malah ada antara rakan-rakan kami telah meninggal dunia. Seorang rakan kami bernama Yunus telah meninggal dunia setahun selepas kami meninggalkan Sekolah Seri Ampang.

Seorang lagi pelajar batch kami bernama Bernard Bernado Sup Sup, berasal dari Filipina juga telah meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya. Mereka, dan mungkin ada lagi diluar pengetahuan saya, tidak mencecah umur 30an. Syukur kerana Allah masih memanjangkan umur kami, dan dengan izin Allah, akan bertemu semula pada 1 Mei ini.








Friday, April 22, 2011

Rampasan Kuasa Di Sarawak: Kerajaan BN Mungkin Tumbang?

Dalam bahasa Indonesia, saya terdengar 'isapan jempol' bahawa ada ura-ura DAP sedang mengurat 28 wakil rakyat dari keturunan Dayak yang menang dalam PRN Sarawak baru-baru ini. Isapan jempol yang bermaksud khabar angin ini menyatakan juga, segala berpunca dari rasa tidak puas hati jika Pehin Sri tidak meletakkan jawatan dalam masa terdekat.

Jika ini benar berlaku, wakil-wakil dari Melayu/Melanau yang beragama Islam akan terancam. Hanya 22 wakil DUN dari Melayu/Melanau yang beragama Islam. Nasib BN Sarawak akan menjadi seperti nasib PR Perak. DAP boleh mengukuhkan kedudukan lebih awal dari yang saya sangka. Scenario politik juga akan berubah. Mitos 'fixed deposit' BN akan berakhir. 31 kerusi Parlimen dari Sarawak bukan lagi 'fixed deposit' BN.

Namun isapan jempol ini telah disangkal oleh rakan blogger saya dari Sarawak, Apai Ngelai. Dalam blog beliau, Rajahmas, beliau menerangkan ini salah satu usaha pembangkang untuk mewujudkan huru hara di Sarawak. Kita masih ingat Anwar menyatakan dalam blognya bahawa BN hanya akan menang 21 kerusi, dan PR akan memenangi 31 kerusi. 

Beliau cabut sehari sebelum mengundi dan PKR hanya menang 3 kerusi. Satu lagi '16 September'. Mungkin isapan jempol atau rumor 28 wakil Dayak ini akan menyeberang dan join force dengan 15+1 pembangkang ini hanya satu lagi '16 September' dan 'we have the numbers' a'la Anwar.

Walaupun saya yakin ini hasil kerja mesin propaganda PR, namun setiap pohon yang bergoyang mesti ditiup angin. Jika tidak pun mungkin digegar beruk. Kerajaan harus berhati-hati juga.

Soalan cepumas: Pehin Sri, bila Pehin Sri akan meletak jawatan?

Thursday, April 21, 2011

Ucapan Violet: Lantunan Pre-13 Mei.

Setan ini sudah lama menghasut api perkauman di Malaysia

ADUN Pending, Violet dari DAP berucap membakar semangat kaum Cina di Sarawak dengan mengatakan Cina sepatut menjadi Ketua Menteri dan mempersoalkan mengapa selama ini Melanau dan Melayu sahaja. Ada sumber mengatakan dia juga berkata Melayu dan Melanau patut dinyahkan dari Sarawak.

Ini ucapan sebelum DAP memenangi 12 kerusi. Selepas menang, DAP telah mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang mengguris hati orang Melayu. DAP menghasut orang Cina, dan orang Kristian agar membenci Melayu/Islam. Mereka makin berani, dan makin kurang ajar.

Selepas lebih 40 tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969, DAP kembali lupa api perkauman yang mereka hasut ini akan membesar dan makin membara, menunggu masa untuk meletus seperti Gunung Berapi Krakatau. Mungkin Setan Racist DAP, Lim Kit Siang masih ingat kejadian 13 Mei, namun beliau membiarkan generasi baru DAP bermain dengan api.

Keadaan sekarang ini hampir sama dengan sebelum berlaku 13 Mei 1969. DAP dan Gerakan(ketika itu pembangkang) memenangi banyak kerusi kaum Cina, sementara PAS dengan fatwa kafirnya berjaya menarik pengundi luar bandar dan tidak mengundi UMNO. 

Sebelum meletus 13 May, ada dua kematian yang berlaku. Kematian seorang pekerja UMNO di Pulau Pinang yang dibunuh oleh belia dari Parti Buruh, dan kematian seorang pekerja Parti Buruh yang terbunuh di Kepong, Selangor. Kematian pekerja UMNO itu ditutup dan dikebumikan dengan senyap-senyap. UMNO bimbang kematian ini akan dieksploitasikan oleh golongan radikal dan akan mencetuskan rusuhan kaum.

Sementara itu kematian seorang Cina dari Parti Buruh, dijadikan propaganda bagi membenci kerajaan. Kematian Cina itu diarak dengan kehadiran seramai 3000 orang pada 9 May 1969 di Kepong dalam usaha untuk menaikkan kemarahan kaum Cina.

Sekarang ini kematian Teoh Beng Hock seolah-olah lakunan semula kejadian itu. DAP memainkan sentimen racistnya untuk menanam kebencian kaum Cina terhadap kerajaan BN. Boleh dikatakan kerajaan BN adalah kerajaan Melayu, disokong oleh MCA dan MIC serta parti-parti komponen yang lain.



Anehnya di Malaysia, jika Violet berucap sedemkian, beliau akan jadi wirawati kaum Cina dan tidak dianggap racist. Jika ada pemimpin Melayu yang berucap hanya menyatakan Malaysia ini asalnya Tanah Orang Melayu, ianya sudah menjadi racist. Sampai bila DAP boleh memainkan sentimen racist tetapi menjadi wira dan jika Melayu bermain sentimen yang sama, Melayu akan dicerca sebagai racist?

DAP boleh terlepas begitu sahaja dan boleh terus menghasut, sementara orang Melayu memendamkan kemarahan dan gelora. Sebenarnya sungguh membahaya apabila Melayu memendamkan perasaan mereka. Mungkin DAP sudah lupa bahana 'the grapes of wrath' orang Melayu. 


Menurut laporan rasmi Polis, seramai 196 orang mati, 149 orang cedera, 753 kebakaran harta benda, 211 buah kereta dimusnahkan, seramai 6000 orang penduduk Kuala Lumpur(90% Cina) hilang tempat tinggal. Seramai 300 keluarga Cina telah dipindahkan ke Stadium Merdeka dan Tempat Tinggal Sementara Tiong Nam. Mereka dilindungi oleh Rejimen Askar Melayu dan Polis dari bahaya serangan mob Melayu yang menggila. Polis yang selalu di kutuk oleh DAP.

Kita tidak mahu lagi 13 Mei. Kita mahu hidup aman dan harmoni. Saya masih mahu berbual-bual dengan jiran Cina saya tentang kereta Sonatanya. Malah ibu jiran Cina saya itu pernah mencium pipi anak saya dengan penuh kasih mesra. 

Saya tidak mahu Malaysia masih mempunyai grafik yang mengerikan seperti ini:

Korban 13 Mei.

Kerosakan harta benda

Akibat rusuhan

Semuanyan kerana ini:

Kebodohan politik perkauman memakan diri.

Kasihani mereka, dan masa depan mereka:

Bercinta lebih baik dari berperang.

KATAKAN TIDAK KEPADA RACISM

DAP ADALAH RACIST DAN RACIST ADALAH DAP.

DAP=RACISM

JADI KATAKAN TIDAK KEPADA DAP!


Wednesday, April 20, 2011

Mari Kita Menjadi Racist: LGE MInta CM Melantik Wakil Cina Dalam Kerajaan Sarawak.

Makin jelas, DAP sebuah parti kaum Cina yang hanya memperjuangkan kaum Cina saja. DAP baru saja menyembelih saudara mereka SUPP kerana kesalahan SUPP menjadi 'talibarut' BN. DAP mengatakan BN merupakan parti ketuanan UMNO(Melayu). Sebenarnya, DAP pula parti ketuanan Cina. Dan Cina menyokong sebulat suara. 

Sekarang sudah jelas, PR merupakan parti ketuanan DAP.

Chua Soi Lek, Presiden MCA sekutu BN minta SUPP menolak lantikan sebagai Menteri Sarawak. Taib Mahmud mengekalkan wakil Cina SUPP yang terselamat dari 'massacre' DAP. MCA mendesak SUPP jangan menerima lantikkan itu kerana sebagai parti yang hanya mampu deliver dua kerusi saja, SUPP sepatutnya tidak menerima jawatan itu.

Paling menarik, Lim Guang Eng pula menyatakan pendiriannya; jika benar kerajaan BN ingin melaksanakan 1Malaysia, BN perlu melantik wakil kaum Cina sebagai menteri di Sarawak. Oleh kerana DAP merupakan pembangkang, hanya dua dari wakil kaum Cina SUPP yang boleh dilantik. Sebagai parti, DAP menyembelih saudara mereka, SUPP namun sebagai chauvanist Cina, DAP masih mahu SUPP mewakili kaum Cina. Tidak rasiskah ini?

1Malaysia telah dicemuh oleh pembangkang. Sekarang 1Malaysia menjadi alat mereka pula. Jika kita ambil semangat 1Malaysia, Lim Guang Eng juga boleh bersara dan memberi jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada orang Melayu. Jika tidak mahu orang Melayu, berikan kepada orang India. Tidak perlu ambil Melayu dari UMNO, berlambak Melayu PKR atau India PKR. Mengapa Lim Guang Eng tidak 'walk the talk'? Mengapa Lim Guang Eng menyibuk urusan BN?

BN merupakan sebuah parti majmuk, diwujudkan untuk menjaga kepentingan seluruh kaum di Malaysia. UMNO sebagai mainstay dalam BN pernah boleh merampas Pulau Pinang dari kaum Cina, apabila majoriti DUN dimenangi oleh UMNO ketika era Tun Mahathir. Walaupun didesak oleh UMNO Pulau Pinang, demi menghormati kaum minoriti, Tun mahu Ketua Menteri Pulau Pinang kekal ditangan Gerakan. Dan Pulau Pinang kekal berketua menterikan kaum Cina, cuma bertukar parti saja dari yang bekerjasama dengan BN kepada pembangkang. 

Siapa lebih adil di sini?

PAS masih tidak sedar lagi siapa DAP yang sebenar? DAP parti rasis Cina. Period. DAP asalnya lahir dari PAP parti Lee Kuan Yew yang bercita-cita ingin menakluk Malaysia jika Singapura tidak dikeluarkan dari Malaysia. DAP ingin meneruskan cita-cita untuk menjadikan Malaysia ini negara kaum Cina seperti Singapura. Jika DAP berjaya mengalahkan BN, selepas itu meletak PM Melayu sebagai boneka, mereka yang menguasai kerajaan boleh saja import kaum Cina dari China, Singapura dan berbagai pelusuk dunia untuk meramaikan mereka seperti Lee Kuan Yew buat di Singapura.

Lambat laun jika PR memerintah, DAP dengan halus mengimport kaum mereka akan menjadi majoriti dan akan terhapuslah Malaysia sebagai negara orang Melayu. Mari kita lari ke Brunei atau Indonesia.

Jangan termakan janji manis DAP kononnya mereka parti liberal, Malaysia untuk orang Malaysia, Middle Malaysia dan sebagainya. Untuk orang PAS, dengar nasihat ini: DAP seperi api, ketika kecil adalah kawan, setelah besar adalah lawan. Dan apabila mereka sudah 'besar' bukan mudah untuk melawan mereka lagi.

Mari kita berterus terang hakikat ini perlu dicerna dengan baik oleh PAS kerana sekarang bukan lagi DAP v BN, tetapi Cina v Melayu.



Tuesday, April 19, 2011

PRU ke 13 Tahun Ini?

Sekarang sampai masa kita membicarakan PRU ke 13 pula. Walaupun ramai yang beranggapan - termasuk saya - BN masih memerlukan masa selepas PRN Sarawak ke 10 baru-baru ini, namun tidak mustahil PM akan mengadakan PRU ke 13 dalam tahun ini juga.

Ini mungkin kerana momentum kemenangan PRN Sarawak baru-baru ini, walaupun pengkritik samada pro-BN dan pro-pembangkang berpendapat adanya gelombang 'pemberontakkan' rakyat Sarawak terhadap BN. Mungkin ini persoalan subjektif, kerana secara relatifnya selepas PRU ke 12, BN yang kelihatan lemah berjaya mengembalikan sokongan kepada BN, dan tidak kalah teruk seperti yang digambarkan oleh mesin propaganda Pakatan Rakyat.

Memenangi 2/3, walaupun tewas 16 kerusi, bukan keputusan yang buruk langsung. Jika diukur dari mana-mana piawaian sekalipun, PRN Sarawak adalah kejayaan yang cemerlang. Cuma kita datang dari 'best' to 'better', dan kita merasa perit kerananya.

Namun demikian pola yang semakin nyata adalah dalam PRU akan datang BN perlu sedia bertempur tanpa undi kaum Cina, atau hanya sedikit yang BN boleh harap dari MCA, SUPP dan Gerakan. Gerakan bolehlah kita anggap sebagai sudah 'berkubur'.

Pakar strategi BN masih mempunyai masa bagi merangka strategi bagaimana boleh 'compensate' undi kaum Cina yang merosot. Ada beberapa kelebihan kepada BN ketika ini sebenarnya.

Pertama, kemenangan besar 'hanya' DAP mewujudkan juga rasa kurang selesa pengundi atas pagar yang pro-pembangkang. Kedua, parti yang sepatutnya menjadi tunjang kepada pembangkang iaitu PKR sedang bergulat dengan berbagai masalah.

Mereka tewas dengan teruk di Sarawak dengan hanya memenangi 3 dari 49 kerusi yang mereka bertanding. Walaupun mesin propaganda PKR sibuk spin soal merosot undi popular BN, namun ini tidak dapat menutup kelemahan mereka yang makin tidak dapat diterima rakyat. 

Belum diambil kira perpecahan dalaman PKR, exodus beramai-ramai pengikut Anwar, beberapa siri pendedahan peribadi dan akhlak Anwar serta kes liwat. Walaupun ini tidak besar kesannya, namun sedikit sebanyak ia telah mencalarkan imej Anwar.

Ketiga, PAS juga mengalami beberapa siri kekalahan dalam PRK. PAS telah mengalami kemerosotan undi dari kalangan Melayu. Bermula dengan majoriti tipis di 'homegrown' PAS iaitu Manik Urai(65 undi), kalah lagi di kawasan mereka iaitu Galas, tewas di Tenang, Merlimau dan Kerdau, PAS mendapati undi kaum Cina yang selama ini hasil perkahwinan 'muta'ah' ini merupakan beban sekarang. Apalagi apabila DAP semakim racist, belligerent dan 'militant'. Stigma 'PAS tunggangan DAP' semakin menjadi igauan buruk PAS.Dan mereka semakin kehilangan pengaruh dikalangan orang-orang Melayu.

Dengan kelebihan yang ada ini, juga dengan tanda-tanda pemulihan ekonomi Malaysia, tidak mustahil PM akan membubarkan Parlimen dalam tahun ini juga. 

Monday, April 18, 2011

Hargai Pengundi Kita.

Dalam posting sebelum ini, saya ada menyentuh tentang perihal kaum Cina yang telah menolak BN di Sarawak. Jika di Semenanjung, ianya bukan sesuatu yang sensasi sangat, tetapi apabila DAP diterima di Sarawak, sedangkan Sarawak mempunyai parti kaum Cina sendiri iaitu SUPP, ini mengejutkan Pehin Sri dan sekutu mereka.

Saya pernah menulis, selepas Pulau Pinang, DAP berniat ingin menjadikan Sarawak sebagai negeri  'based' mereka. Jika mengikut kronologi penaklukan Pulau Pinang dalam beberapa siri Projek Tanjung yang bermula dari tahun 1980an, DAP tidak akan putus asa hingga mereka berjaya. 

Walaupun hanya 23% pengundi Cina, tetapi majoriti yang berpecah mengikut sub-etnik walaupun bumiputera dan agama yang berbagai(Kristian, Islam dan animisme) memungkinkan Sarawak akan jatuh ke DAP dalam beberapa siri pilihanraya lagi.

Saya juga pernah menulis, DAP bukan lagi 'momok' atau 'boogeyman' bagi menakut-nakutkan orang Melayu. DAP sudah menjadi sebuah parti berteraskan kaum Cina dan mengancam penguasaan Melayu. DAP sudah menjadikan politik Malaysia bukan politik berbagai kaum lagi. Dengan padu sokongan kaum Cina di belakang DAP, politik Malaysia tidak menjadi sistem dua parti tetapi politik berasaskan perkauman Cina versus Melayu(Bumiputera).

Di Sarawak, DAP memainkan sentimen perkauman kaum Cina dan sentimen keagamaan. Selain dari sokongan Cina, DAP mendapat sokongan Dayak Kristian. Tidak salah mereka menyokong DAP kerana ini negara demokrasi tetapi menanam kebencian mereka kepada Persekutuan kerana ditadbir oleh kerajaan Islam membawa keburukan perkembangan demokrasi. 

Malaysia telah menjadi 'politik kebencian.'

Dalam masa yang sama, taktik DAP ini membawa bencana kepada sekutu mereka, PAS dan PKR. Dalam politik Malaysia, sebuah parti yang ekstrem akan akhirnya dikesampingkan - kecuali dari penyokong kaum mereka. 

UMNO perlu fikir perkara ini baik-baik. Kaum Cina sudah membuat keputusan. Mereka mahu kingdom mereka sendiri, tanpa perkongsian kuasa. Jika ada perkongsian kuasa sekalipun, mereka mahu menjadi abang besar, bukan junior partner lagi.

Hargailah pengundi kita yang kebanyakkan datang dari luar bandar.Merekalah teras, dan tulang belakang yang menyokong UMNO. Jika Pehin Sri sendiri mengakui, bahawa kaum Cina antara yang banyak mendapat faedah dari dasar ekonominya, namun kaum Cina di Sarawak masih menolak BN. Perlu diingat, terdapat 27 orang 'Sarawak Shakers' dari kaum Cina di Sibu sahaja yang diberi hak konsesi pembalakan. 

Mereka adalah Tiong Hiew King, Ting Pek Khiing, the Lau brothers (Henry Lau Lee Kong, Stephen Lau Lee Kiong and Vincent Lau Lee Ming), Hii Yii Chiong, Ding Jack Sung, Ling Chiong Ho, Wong Kie Nai, and Yaw Teck Sen. 

Bagaimana kaum yang menjadi kaya raya kerana diberi konsesi pembalakan dan berbagai faedah ekonomi lain ini menolak kerajaan yang memberi mereka peluang itu? Manakala penyokong tegar BN terdiri dari orang Melayu, Melananu, Iban dan Bidayuh hanya mendapat......

Kembalilah kepada penyokong kita. Memang meninggalkan terus  kaum Cina adalah perkembangan yang tidak sihat bagi Malaysia. Namun, ini bukan pilihan yang dibuat oleh kerajaan BN. Ini merupakan pilihan mereka sendiri. 

Jika UMNO terus-terus melukakan hati pengundi mereka di Semenanjung seperti halnya Pehin Sri lakukan di Sarawak, tidak mustahil pengundi akan mengundi pembangkang sebagai protes. Jadi, jangan pedulikan protes kaum Cina terhadap affirmative action, dan sebagainya. Curah segalanya kepada orang Melayu kerana makin jelas, mereka tulang belakang BN. Namun jangan lupa juga kaum India kerana kebanyakkan mereka masih bersama kita.

Alang-alang berdakwat biar hitam.

PRN Sarawak: Aftermath dan Analisa.

PRN Sarawak sudah berakhir. BN kembali membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3. Pehin Sri telah memenangi kerusi Balingian dengan majoriti besar. Kedua-dua pencabarnya hilang wang pertaruhan. Ada banyak signal dan message yang boleh dipelajari dari PRN Sarawak ini. Walaupun BN menang, namun pembangkang  menggambarkan seolah-olah berlaku tsunami di negeri yang mendapat julukan 'fixed deposit' BN ini.

Sebenarnya, tidak ada apa yang luarbiasa terhadap keputusan PRN Sarawak ini. Selama 50 tahun lebih berkuasa, BN perlu belajar beberapa realiti baru dan trick baru. Di Sarawak sendiri selama ini kadang-kadang masih kedapatan kerusi boleh dimenangi tanpa bertanding. Ini bukan sesuatu yang baik untuk demokrasi.

Sekarang 'penguasa' BN Sarawak perlu belajar demokrasi dalam erti kata yang sebenar. Nothing new. Demokrasi bererti memberi kembali kuasa kepada rakyat untuk menilai kepimpinan kita setelah diberi mandat. Selama lebih dari 50 tahun, bagaimana kita berharap keadaan kekal status quonya seperti dulu.

Dunia disekeliling makin berubah. Kita tidak perlukan pembangkang untuk membuat rakyat berasa tidak selesa dengan kita apabila 'demokrasi terpimpin' ini sebenarnya 'kuku besi' bersalut baldu. Akhirnya akan ada golongan yang sedar. Dan ini terjadi kepada Sarawak.

Generasi pemimpin Sarawak selepas ini perlu belajar demokrasi - atau hak rakyat - dalam ertikata yang sebenar. Raja Mongkut dan Chulalongkorn dari Thailand menyuburkan pembelajaran dan membuka mata rakyatnya, seterusnya membuat rakyatnya memberontak terhadap sistem beraja. Mereka inginkan demokrasi.

Ini hukum alam. Pembangkang tidak perlu mendabik dada kononnya undi popular BN telah merosot. Mereka juga diadili oleh rakyat. Mereka juga tidak akan dipilih oleh rakyat jika mereka tidak mendalami demokrasi dalam erti kata sebenar.

Dan kepada pembangkang, bukan soal undi popular yang penting tetapi menang. Menang adalah kuasa, kalah adalah sengsara. Seperti kata Jose Maurinho dalam bolasepak tidak ada istilah 'almost'. Samada anda champion atau tidak. Memasuki final bukan kejayaan.

Ada sesuatu yang menarik di Sarawak ini adalah undi kaum Cina. Mereka sepakat menolak BN dan mengundi DAP. Saya percaya trend ini juga akan menyaksikan kekalahan teruk MCA di Semenanjung. Cina akan tetap mengundi DAP, walau apapun kerajaan BN buat.

PM sudah memberi hint beliau sedia mengorban beberapa perkara yang tidak disenangi kaum Cina. Tindakan PM ini juga mengundang rasa tidak senang hati kaum bumiputera. Namun kaum Cina masih tidak berganjak dengan keputusan mereka.

Jika dalam BN UMNO adalah tunggak, makin jelas sekarang dalam PR DAP merupakan tunggak. PR adalah cerita kejayaan DAP, bukan PAS dan PKR. PAS dan PKR memain peranan pelakon tambahan saja. DAP merupakan abang besar atau taiko yang sebenar. DAP bukan lagi 'bogeyman' untuk menakut-nakutkan pengundi bumiputera. Di Sarawak, segala sudah jelas. DAP benar-benar hantu yang mengancam penguasaan Melayu(saya tak mahu guna perkataan 'ketuanan Melayu').

Dalam ucapan tidak bijak seorang calon DAP dari DUN Pending, Violet dengan jelas berucap mengapa Sarawak diperintah oleh Melanau dan Melayu, mengapa kaum Cina tidak boleh jadi Ketua Menteri. Beliau mendapat tepukan gemuruh dari kaumnya, dan menang besar mengalahkan calon SUPP, seorang cardiologist. 

DAP menang 'battle' tapi sentimen perkauman sebegini membuat pengundi bukan Cina kurang selesa dengan mereka. Pehin Sri pernah berkata, kaum Cina merupakan orang yang mendapat banyak faedah dari dasar ekonominya. Walaupun beliau dikatakan mengumpul kekayaan, namun segala projek hanya mampu dilaksanakan dengan kekuatan ekonomi kaum Cina.

Ironinya, sumber kekuatan beliau dan kekuasan beliau adalah dari orang-orang Melayu, Melanau, dan bumiputera yang miskin yang tetap menyokong beliau selama ini. Mereka tidak mendapat banyak faedah dari sebarang projek mega, mungkin hanya rumah panjang mereka di cat baru. Mereka terus juga mengundi beliau, dan parti beliau.

Secara collective, kaum Cina menolak BN. Hanya dua wakil SUPP dari kaum Cina yang menang. Dan DAP tidak boleh memerintah dengan hanya partinya menang. Sekutu mereka sangat lemah. Wajar Pehin Sri tidak melantik sebarang menteri dari kalangan Cina kerana itu yang kaum Cina inginkan.

Wabak ini akan berjangkit ke Semenanjung. Mungkin tidak separah SUPP, namun  MCA juga menghadapi risiko 'kepupusan'. BN perlu fikirkan strategi untuk menangani undi kaum Cina. Saya setuju analisa Outsyed The Box.

Beliau berkata BN mempunyai dua pilihan. Jika undi kaum Cina ingin dimenangi, perlu ditanya mereka apa yang sebenarnya mereka inginkan. Jika tidak, tinggalkan terus dan ini juga bukan sesuatu yang elok. BN tidak boleh lagi menentukan apa yang terbaik untuk pengundi mereka. Sudah sampai masanya pemimpin BN - UMNO terutamanya - menjadi lebih 'good listener' dari 'good talker'.

Dan yang teramat penting selepas kemenangan BN di Sarawak adalah peralihan kuasa. Pehin Sri perlu mengotakan janjinya secepat mungkin. Jika tidak, ini akan memberi kesan kepada PRU ke 13 kepada BN. Jika Sarawak merupakan indicator, PRU ke 13 tidak perlu diadakan segera. Ini kerana rakyat biasa masih belum merasa pemulihan ekonomi.

Walaupun menang 2/3 di Sarawak, BN masih memerlukan masa untuk membaiki di sana sini kelemahannya. 

Seperti kata motto Augustus Caesar: Festina Lente.*

(*bahasa latin: Make haste slowly)

Saturday, April 16, 2011

Breaking News: Omega Man Dah Cabut ke London.

Anwar hanya confident dalam blog sahaja rupanya. Konon akan menang 31 kerusi dan BN hanya menang 21 kerusi. PR akan membentuk kerajaan. Semalam beliau sudah balik ke Semenanjung., pukul 12:45pm dengan penerbangan MH 2513. Pada malamnya, beliau ke London dengan penerbangan MH 002.

Dia dijangkan akan meninggalkan Amstredam pada 19hb April dengan penerbangan KL867 pukul 4pm ke Kansai International, Osaka. Dia akan bertolak dari Kansai International dengan penerbangan MH 053 pukul 4pm pada 21hb April dan dijangka mendarat di KLIA pada pukul 9pm waktu tempatan.

Dan dia berjanji dengan akhbar-akhbar akan mengadakan sidang akhbar pada 5:00 petang, 16 April 2011 untuk menerangkan tentang jam Omega yang hilang. Dan sekarang, Anwar sudah jadi Gemini Man, hilang lebih dari 15minit, atau mungkin selamanya?

Beliau mengabaikan janji dengan sidang akhbar, dan sudah cabut awal sedangkan partinya akan 'menang besar' dan 'bentuk kerajaan'. Sah Anwar sudah makin kuat berilusi.

Rakyat Malaysia ingin undi ke parti yang ketuanya tidak stabil mentalnya?

(Maklumat perjalanan Anwar saya petik dari blog Big Dog Com. Klik sini.)

Tun Mahathir berceramah, Omega Man Dah Cabut Pulang.


Semasa saya kecil, ada sebuah siri TV yang terkenal bernama Gemini Man. Klik sini

Dalam siri berkenaan, pemilik jam boleh menghilangkan diri selama 15 minit dengan menekan jam tangannya. Dia hanya diberi masa selama 15 minit untuk hilang dan kembali, atau hilang untuk selama-lamanya. Menarik bukan jika kita memiliki jam demikian.

Semalam ada ceramah Tun Dr. Mahathir di Kampung Pulo Ulu, Kuching. Seramai lebih kurang tiga ribu orang hadir ke ceramah berkenaan. Tun ada menyentuh tentang gemini man omega man. Cuma berbeza dengan Gemini Man, Omega Man ini tuannya tidak hilang, tapi jamnnya pula yang hilang. 

Hari ini rakyat Sarawak akan mengundi. Semalam dalam blog Datuk Seri Anwar, beliau yakin BN akan tumbang dengan hanya memperolehi 21 kerusi saja. Peliknya semalam lagi saya dapat berita Anwar sudah balik ke Semenanjung. Ini bukan cara orang yang yakin menang. Beliau patut tunggu kerana yakin menang dan partinya akan membentuk kerajaan Isnin ini.

Omega Man sebenarnya suka menghilangkan diri sekarang ini. Dia sangat berharap dapat jadi Gemini Man. Jika boleh dia bukan hendak menghilangkan diri selama 15 minit, tapi selamanya. Kes liwat. Video tape. Papa Jahat. 16 September. Jam Omega Hilang. Polis dah jumpa China Doll. RPK pula buat hal.

Apa lagi selepas ini? 

Lupakan Omega eh salah, Gemini Man, untuk rakyat Sarawak, undi dengan bijak. Jangan undi parti yang ketuanya mudah hilang. Jika hilang 15 minit ok lagi, kalau hilang untuk selamanya?

Selamat mengundi!




Friday, April 15, 2011

Anwar Yakin BN Tumbang.

Anwar menutup tirai pilihanraya dengan keyakinan PR akan menang dan membentuk kerajaan. Mari kita jenguk analisa berat sebelah Anwar berkaitan dengan PRN Sarawak di sini.

Anwar meramalkan BN akan tumbang dengan hanya memenangi hanya 21 dari 71 kerusi yang dipertandingkan. Beliau juga meramalkan, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah teruk dikerusi DUN Balingian. Tan Sri Taib Mahmud hanya akan mendapat 34% undi sahaja, manakala sepupunya mendapat 38% dan calon PKR, Suriati Abdullah akan mendapat 28%.

Kononnya menurut laporan Zentrum Future Studies, PR akan mendapat 31 kerusi, bebas sebanyak 4 kerusi dan Parti Kebangsaan Sarawak akan memenangi 15 kerusi.

Indahnya angan-angan Anwar. Saya teringat Hitler menjelang kekalahan German dalam Perang Dunia Kedua. Setelah sekian banyak tenteranya terkorban, Hitler sering mengalami ilusi yang dia masih mempunyai tentera simpanan dan sebagainya. Dalam ilusi Hitler ketika itu, German akan tetap menang walhal Tentera Sekutu sudah menghampiri Berlin dari Timur dan Barat.

Begitu juga dengan Anwar. Beliau bukan berangan untuk mengurangkan pengaruh BN tapi boleh merebut 31 kerusi. Ini merupakan propaganda murahan dari Anwar supaya rakyat Sarawak akan menyokong PR. Malangnya analisa yang tidak berasas, dan tidak berjejak dibumi nyata in hanya akan ditertawa orang. Keputusan akan berkata-kata dengan sendiri esok. Ingat janji 16 September?

Jika PR tidak dapat memenangi 31 kerusi seperti 'ramalan' syok sendirinya, Anwar akan selamba pulang ke Semenanjung dengan muka 'toya', lepas itu akan menuduh kerajaan BN ada undi hantu, beli undi dan berbagai lagi.

16 September = 16 April.

PRN Sarawak: PKR Endgame.



Selepas penamaan calon PRN Sarawak pada 6hb April lalu, seorang YB dari Pahang yang turut serta datang berkempen memaklumkan kepada kami bahwa beliau mendapat maklumat Anwar akan berada di Sarawak hingga 20hb April. Ini kerana, menurut YB berkenaan lagi, dia sungguh yakin PKR akan berjaya menawan Sarawak dan membentuk kerajaan.

Dalam blog Anwar sendiri, yang mengangkat artikel dari Malaysian Insider, Anwar bernada yakin kejutan akan berlaku di Sarawak. Pakatan Will Go 'Far Beyond' Two Thirds. merupakan tajuk posting berkenaan. Dalam artikel ini, Anwar berkeyakinan dia bukan hanya sekadar menafikan 2/3 kerusi kepada BN, malah sangat meyakini PR akan membentuk kerajaan. 

Dalam blog rbf online, bloggernya menyatakan beliau mendapat sms dan panggilan telepon benar ke BN akan tewas di Sarawak. Untuk mengetahu dengan lebih lanjut, baca sini. Saya sendiri sebenarnya mendapat beberapa sms dan panggilan bertanya benarkah BN makin teruk di Sarawak. Ini kerana khabar-khabar angin yang mereka dengar tentang Sarawak. Sebenarnya ini semua strategi akhir mesin propaganda PKR kerana jika BN terus kekal di tangan BN, mereka akan mengadakan cerita kena beli, tabur duit last minit dan sebagainya.

Anda yang berhujah, jika tidak takkan Anwar berani membuat kenyataan sebegitu. Datuk Najib sendiri sudah  mengeluarkan keyakinan beliau Sarawak kekal ditangan BN, bagaimana Anwar dengan berani mengatakan matlamat mereka bukan hanya sekadar menafikan 2/3 kerusi kepada BN.

Siapa tidak kenal Anwar. Anwar boleh sahaja berjanji, kemudian bila gagal buat muka 'toya' dan meneruskan pembohongan lain. Ingat 16 September? hingga pada 16 September beliau mengatakan dalam masa beberapa jam lagi 'we have the numbers and it increase by hours'. Sekarang sudah berapa tahun ma? 

Kita tidak hairan jika PKR gagal selepas 16hba April nanti. Dengan muka selamba Anwar akan pulang ke Semenanjung dan membuat pembohongan demi pembohongan. 

Ini hakikatnya.

PRN Sarawak: End Game.

Hari ini merupakan hari terakhir kempen bagi parti-parti yang bertanding di Sarawak. Semalam di Samariang, ceramah Anwar dihadiri oleh seramai lebih kurang dua ribu pendengar. Adakah ini pertanda baik buat PKR? Adakah kehadiran ceramah yang ramai boleh diterjemahkan sebagai undi? Atau mereka hanya hadir, pulang ke rumah dan masih mengundi 'the devil they know'.

Anwar, walau bagaimana hebat pun retoriknya, masih lagi gai-jin dalam bahasa Jepun. The stranger, outsider atau 'the devil they don't know'. Saya merasakan di bandar-bandar, pengaruh Anwar mula dirasai, terutama bagi golongan pegawai kerajaan dan golongan muda. Namun ia tidak sampai boleh memenangkan calon PKR di kebanyakkan kerusi mereka - sebanyak 49 kerusi.

Sementara PAS pula tidak memberi impak yang besar kepada PRN Sarawak. Mereka sekadar 'melukut ditepi gantang'. Ramalan saya, Sarawak gagal dalam ke lima-lima kerusi yang mereka pertandingkan.

Sarawak merupakan permainan DAP. It is DAP game all the while. Dijangka kerusi yang bakal jatuh kepada pembangkang datangnya dari DAP. Mungkin satu atau dua dari PKR. Cuma di gelanggang DAP ini nampak pilihanraya Sarawak ini menarik. Ini mencerminkan undi kaum Cina - membayangi Semenanjung dan Sabah.

SUPP telah meletakkan calon-calon yang berkaliber. Antaranya calon Pending, Dr Sim Hui Yang. Beliau merupakan seorang cardiologist(pakar jantung). Malangnya dalam pilihanraya negeri ke 10 Sarawak kali ini, tokoh yang mempunyai masadepan yang baik seperti Dr. Sim mungkin akan terkorban. Hampir semua 'pundit' bersetuju SUPP akan 'routed' dan 'wiped out'.

Jika BN masih berkuasa dengan 2/3 majoriti - dan ini mempunyai kemungkin yang sangat tinggi - kaum Cina mungkin akan kehilangan suara mereka dalam kerajaan. Mungkin tidak akan ada seorang menteri negeri dari kalangan kaum Cina. Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan Karpal akan kembali ke Semenanjung dengan mengibarkan bendera : "Veni Vidi Veci". Sementara nasib kaum Cina Sarawak, terpulang kepada mereka sendiri.

Persoalan yang mungkin relevan sekarang, adakan wabak SUPP yang diramalkan bakal 'wiped out' ini berjangkit ke MCA di Semenanjung? Bijak ke politik kaum Cina jika tanda-tanda pemulihan UMNO sebagai tunjang dan BN keseluruhannya untuk membentuk kerajaan dalam PRU ke 13 nanti, mereka menyembelih potensi-potensi dari MCA untuk berada dalam kabinet?

Atau mungkin kaum Cina 'take for granted' BN tetap akan melantik wakil mereka melalui kerusi senator dan tidak ada apa yang merugikan mereka. Kita saksikan nanti.

Berbalik kepada PRN Sarawak, final analysis adalah seperti berikut: BN kekal majoriti 2/3, DAP parti yang mendapat keuntungan paling tinggi hasil penentangan terhadap 'Peh Moh'(Si Rambut Putih) ini. Manakala PAS tidak memberi sebarang tekanan, namun PKR dengan hasutan demi hasutan terhadap kerajaan BN mungkin berjaya mengumpan pengundi muda dibandar-bandar.

BN menang dengan undi popular yang merosot.


Thursday, April 14, 2011

Papa Jahat.



Saya tabik kepada blogger Kickdefella kerana begitu bijak edit video di atas. Sebenarnya ianya daripada filem 'In the mood for love' lakonan Tony Leung. Untuk ke blog beliau, klik sini.

Dan di bawah ini sebuah lagu 'Papa Jahat' oleh Fabulous Cats. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, cuma meminjam tajuk blog sahabat saya, Husin Lempoyang. Tajuk posting beliau: 'Papa Jahat'.

Enjoy the song.


Wajah-wajah Anwar.



Kita berhak tahu siapa Anwar yang sebenar kerana beliau bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Jika Anwar bersara dan menjadi rakyat biasa, bukan urusan kita untuk tahu siapa Anwar yang sebenarnya. Soal peribadi Anwar tidak ada kena mengena dengan rakyat Malaysia jika Anwar bersara dari politik. 

Anwar sudah keliru siapa dia yang sebenarnya. Dalam UMNO dulu, dia pejuang Islam. Dalam PKR, dikelilingi oleh berbagai kaum, dia menjadi liberal. Dalam UMNO dia kutuk DAP sebagai parti chauvanist, dalam PR, dia mengutuk UMNO kerana terlalu 'Melayu'.

Sooner or later, a man who wears two faces forget which one is real. Mari kita tengok wajah-wajah Anwar dalam himpunan 'the best of Anwar' as the best actor.

Lihat minit ke 2:06 dan 2:12, 2:25 betapa  bercanggah kata-kata Anwar semasa dalam UMNO dan selepas dipecat dari UMNO, pada minit ke 2:44 harapan dan janji palsu Anwar kepada pengikutnya bahawa akan menjadi PM pada 16 September 2008, pada minit ke 6:28 kononnya surat dah ditandatangani antara dia, Lim Kit Siang dan Haji Hadi, dalam minit ke 7:36 tepat pada 16 September Anwar masih menipu dengan mengatakan dalam masa beberapa jam saja lagi PR akan jadi majoriti dan dia tidak bergurau. Selebihnya hanya kelentong demi kelentong selepas 16 September, malah kononnya dia menumpukan pada bajet. Sampai bila rakyat Malaysia ingin di tipu olehnya?




Kemudian berlaku 'great exodus' dalam PKR. Seorang demi seorang wakil rakyat dan pengikut Anwar meninggalkannya. Dalam minit ke 1:02, bekas-bekas pengikut setia Anwar mula mempersoal janji Anwar dan merasakan mereka dipergula-gula dan dipergunakan, dalam minit ke3:16 Datuk Seri Najib bersumpah dia terlibat dan tidak kenal Altantuya berbanding dengan Anwar yang enggan bersumpah dan enggan memberi DNA.

Video dibawah ini merupakan lakonan terhebat beliau. Sakit dan memakai penyokong leher dikhalayak ramai, tapi tiba-tiba sihat apabila beliau hanya dikelilingi oleh keluarga sahaja. Sekarang, kerana berbagai teknologi kita dapat lihat wajah Anwar yang sebenar.





Anwar seperti Hitler, pemidato yang hebat, karismatik, dan mempunyai kebolehan meyakinkan pengikutnya. Hitler berjaya menundukkan orang-orang yang lebih bijak darinya ketika Perang Dunia Kedua. Selepas Battle of Al Amein dan Stalingrad, semua orang German yang mempunyai fikiran waras tahu German akan kalah dalam Perang Dunia Kedua. Namun mereka tidak sedar, Fuhrer mereka semakin lama semakin kurang waras kerana taksub. Kesilapan ini akhirnya menyebabkan German kalah tanpa syarat, dan German dibelah-belah menjadi German Barat dan German Timur.

Beberapa pengikut Anwar seperti Zulkifli Nordin dan Zahrain sudah nampak tanda-tanda ketidakwarasan Anwar. Tidak seperti Goebbel, Martin Boerman, Ribbentrop dan Goering, mereka meninggalkan 'Fuhrer ' mereka kerana  menggunakan kewarasan bukan taksub. 

PKR parti Anwar. Anwar adalah PKR dan PKR adalah Anwar. UMNO bukan parti Datuk Seri Najib, atau Tun Abdullah. Kita boleh saja turunkan mereka, seperti kita lakukan kepada Pak Lah apabila kita meragui kepimpinan beliau. 

Bolehkah PKR berbuat perkara yang sama terhadap Anwar, dan jika Anwar jadi PM, ini bererti seluruh rakyat Malaysia terikat dengan cita-cita peribadi Anwar. Ini akan membawa jalan ke era dictatorship. Kenali wajah beliau yang sebenarnya.

"You can cheat somebody every time, you can cheat everybody sometime, but you cannot cheat everybody, everytime."