Followers

Thursday, September 30, 2010

Apabila PAS Bercakap Tentang Melayu.

Hakikatnya, PAS merupakan pecahan UMNO. Politik pra-Malayan Union hanya ada satu parti untuk Melayu Islam iaitu United Malay National Organisation a.k.a UMNO. Seperti biasa, perebutan jawatan membawa sesuatu perpecahan. Ini juga berlaku dalam UMNO apabila Ustaz Fuad dari Biro Agama keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Agama(Islam) SeMalaysia. 

Dalam Sejarah PAS yang ditulis dalam laman web PAS, mereka mendakwa PAS ditubuhkan pada pada tahun 1951 dalam satu perhimpunan menubuhkan Persatuan Ulama SeMalaya(PUS), kemudian nama itu ditukar kepada Parti Islam SeMalaya pada 24 November 1951. Jadi PAS asalnya dari PUS ke PIS dan akhirnya menjadi PAS - kekal hingga kini(macam cerita P.Ramlee 'Anak Bapak' bunyinya).  Baca sini.

Sejarah melupakan UMNO - FUAD = PUS = PIS = PAS.

Saya pernah tulis dalam posting Asabiyah, Ibnu Khaldun mengulas hadis Rasulullah pemimpin terdiri dari kaum Quraish itu dikategorikan sebagai kriteria 'mampu'.(Klik sini) Di Malaysia, menjadi Melayu/Islam adalah mustahak kerana Melayu/Islam majoriti. Kebetulan perlembagaan mendefiniskan Melayu itu mesti beragama Islam. Secara automatik, mempertahankan kepentingan Melayu adalah mempertahankan kepentingan Islam(bukan agama). 

PAS sebagai parti khawarij(yang menarik diri) sudah tentu perlu kembali kepada UMNO kerana mereka yang keluar UMNO bukan sebaliknya. Nik Aziz membuat kenyataan jika UMNO ikhlas demi perpaduan Melayu, UMNO perlu menyertai PAS. Nik Aziz menyebut perpaduan Melayu bukan Islam. Saya pelik kerana PAS mendakwa sebagai parti yang memperjuangkan  Islam bukan bangsa, tiba-tiba berminat dengan penyatuan Melayu. 

Sebelum itu, Timbalan Setiausaha Agung PAS Takiyudin Hasan berkata jika UMNO ikhlas dalam soal penyatuan Melayu, Dewan Undangan Galas jangan dipertandingkan.Beliau minta kawasan itu dibiarkan terus ditangan PAS. 

Saya makin pelik apabila PAS bercakap tentang perpaduan Melayu. Saya rasa PAS keliru mereka bangsa apa; tetapi mereka sering merujuk ke Arab untuk menunjukan keIslaman mereka lebih tinggi dari orang Melayu. Mereka suka perkataan Arab seperti muktamar, mursyidul, ulama, dinar, dirham, riyal dan berbagai-bagai lagi. 

Apabila menguntungkan mereka, mereka sanggup bekerjasama dengan DAP malah syaitan. Mereka sanggup membuka Dewan Himpunan untuk ahli bukan Islam. Sekarang mereka sanggup bekerjasama dengan UMNO demi Melayu walaupun mereka bangsa wannabe Arab dengan adopt budaya dan bahasa Arab dalam kehidupan sehari-hari mereka. 

Husam Musa pernah sambil berseloroh menyatakan salah satu sebab kekalahan beliau menentang Nashurudin Mat Isa kerana janggutnya tidak cukup panjang. Walaupun berseloroh, PAS sebagai parti yang termasuk 'club of doom' tidak mempunyai masa depan dalam dunia serba global ini apabila kepimpinan ditentukan oleh panjangnya janggut seseorang. 

Di Nehrawan, Syadina Ali menyeru kumpulan Khawarij agar kembali ke barisannya. Jika PAS benar-benar ikhlas, sebagai parti serpihan UMNO dan khawarij(yang bermakna 'yang menarik diri'), PAS perlu kembali ke UMNO tanpa syarat. 

Period.


5 comments:

Anonymous said...

salam,

kupasan yg sgt tepat..sya yg amat suke~~

kelisa_samudera said...

sampai bila2 pun rasanya pas tak akan kembali pada umno. pas ada pengikut yg berdisiplin, organisasi yg terancang dan masa depan yg baik.

pas lain dari parti pecahan umno yg lain yg prinsipnya boleh ditukar ganti (parti negara, semangat 46, keadilan).even pas sendiri dah lahirkan parti kecil2 macam AKIM.

saya tak tahu pendapat sedara. tapi saya rasa tak perlu pas kembali pada umno. kita boleh ada pembangkang yg kuat utk check and balance, lagipun boleh bagi alternatif pada org melayu selain dari umno.

Anonymous said...

kelisa_samudera,

Maaflah ye tp sy xberapa setuju dgn perjuangan pas yg kebelakangan ni makin mengarut2. Dh la jgnla dok ngn nuar tu. Nk bangkang xper tp berdiri lah sendiri. bersekongkol ngn DAP tu wat pe. Saudara faham kn maksud melayu.

1 Harus beragama islam
2 harus bertutur bahasa Melayu
3 Mengamalkan adat melayu

Jadi malukah kita jadi melayu? Xde pun makna melayu itu berpuak2.
Itulah perjuangan UMNO. amat dikesali pemimpin sekarang dah lupa. Perjuangan melayu itu sendiri bukanlah perkauman. ia utk sesiapa sahaja yg penuhi kriteria diatas.Kat kg saya org PAS begitu taksub sampai sembahyang pun sggp pergi kat markas PAS kat luar kg sedangkan Masjid dan surau ada kt dalam kg.Ini kh ajaran Islam?

Saudara kalau ikhlas perjuangkn Islam jgnlh terpengaruh dgn Brand Islam itu. Yg penting hati tu islam. Baik dalam umno atau pas tetap islam. Mana2 org yg mengaku melayu tapi xislam itu bukanlah melayu

Anonymous said...

Salam semua. Buat Ahli-ahli politik dan juga penyokong parti politik..

Perlukan Rumah untuk Disewa (Homestay) Sempena PRK Dun Galas Yang Akan Tiba Tak Lama Lagi. Hubungi saya sekarang (En Sham (013-3598445) untuk keterangan lanjut.
Ada pelbagai rumah untuk disewa. Dari rumah Banglo hingga ke rumah teres. Selesa dan dekat dengan pengundi.

Lengkap dengan kemudahan asas. Amat sesuai untuk dijadikan rumah negeri, bahagian mahupun cawangan.

Yang penting harga berpatutan dan boleh ditawar.
Cepat sebelum tawaran ini habis..

- Anak jati Kelate di perantauan

sri tribuana said...

Salam saudara sekelian,

Perbincangan yang menarik. Untuk saudara Sham sempat buat iklan lagi. Untuk tolong org Melayu tanpa mengambil kira parti, saya publish juga la. Jangan lupa persen utk blog Sri Tri Buana.(Gurau jer.)