Sayap penting UMNO ini mengalami zaman gelapnya. Ini bukan hanya kerana Ketua Pemudanya, KJ tidak dilantik apa-apa jawatan dalam kabinet. Sejak ianya diterajui oleh Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein, Pemuda UMNO sudah sememangnya lesu. Mereka bukan fighter lagi, bukan pendesak tetapi lebih kepada 'apple polisher' dan gelanggang untuk UMNOputra mencari peluang.
Asalnya Pemuda UMNO diwujudkan untuk menjadi pendesak. Pernah saya menulis dizaman kegemilangannya dahulu, Pemuda merupakan pressure group yang digeruni, malah ada yang menyifatkan mereka sebagai 'goverment in the government.' Kita imbau semula Pemuda zaman Tun Hussien Onn, zaman Harun Idris, Jaafar Albar bahkan zaman Anwar Ibrahim sendiri( mungkin hakikat ini tidak disenangi oleh beberapa orang UMNO, tetapi dizamannya terbukti Anwar berjaya menjadikan Pemuda UMNO digeruni).
Selain daripada menjadi pendesak atau pressure group, Pemuda juga merupakan tempat yang sepatutnya melahirkan pemimpin pelapis. Lihat Pemuda UMNO sekarang ini secara keseluruhannya. Mereka gagal menjadi pressure group, lebih kepada Pak Turut dan yang lebih membimbangkan lagi mereka lebih senang dibentuk dan dilenturkan oleh 'politik wang.' KJ yang secara umum tidak diterima sebagai calon Ketua Pemuda oleh bahagian-bahagian tetap boleh menang sebagai Ketua Pemuda apabila 'wang berkata-kata' dan 'kebenaran pun diam.'
Fenomena Pemuda senang disogok dan bertuankan duit ini berada dimana-mana dalam bahagian dan cawangan UMNO. Dan inilah pemimpin yang akan mengisi kekosongan UMNO masa depan. Tidak dinafikan, wang merupakan jalan singkat untuk meraih undi dan pengaruh. Jika dulu, seseorang ketua pemuda atau tokoh yang ingin naik dalam Pemuda perlu berkhidmat dan membentuk kader-kader politiknya, sekarang Ketua Pemuda bahagian contohnya hanya perlu menabur wang untuk diterima.
Sayap Pemuda sudah menjadi corrupted dan lebih teruk dari bahagian sendiri. Ini menyebabkan Pergerakan Pemuda akan lesu jika tidak 'dipam duit' untuk bergerak dan bertindak. Orang yang ingin menjadi Ketua Pemuda perlu pula mempunyai wang yang banyak dan ini akhirnya menggalakan nepotisme, crony dan pengagihan projek kerajaan yang tidak mementingkan merit tetapi jawatan dalam UMNO. Ini menyebabkan pengundi menjadi jijik dan mual melihat UMNO, dan Pergerakan Pemuda sendiri.
UMNO sudah tidak dilihat sebagai parti pejuang tetapi parti peluang. Kecintaan kepada UMNO sebagai parti keramat sudah ditukar kepada kecintaan untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Isi borang UMNO dan sertai Pemuda UMNO, nah Gua Ali Baba akan terbuka untuk dirampuk oleh Kasim Baba.
Terbaru, Pergerakan ini dikatakan seperti sabotaj pucuk pimpinan hanya kerana 'periuk nasi sahaja.' Tidak ada lagi semangat patriotik iaitu menyayangi parti kerana semangat cintakan Islam dan Melayu. Mungkin saya sangat idealist dan melupakan realiti moden yang mana ramai orang bejuang 'untuk periuk nasi saja.'
Ntahlah. Saya masih berharap ada jalan Pemuda dan UMNO keseluruhannya boleh dibaiki, kembali seperti mula-mula penubuhannya seperti kata Jebat Must Die, 'sebagai persatuan UMNO' dan bukan tempat membuat duit.
Amin.
2 comments:
Salam sdr sri tribuana,
Sy setuju sgt dgn pandangan sdr. Pemuda skrg sebenarnya ada serupa tiada dan jika ada pun rohnya telah tiada. Api perjuangan Pemuda amat berbeda dgn Pemuda zaman dahulu. Sudah berbuih mulut berceritera psl Pemuda kini, namun jasad Pemuda terus terbujur kaku . Mentera apakah lg utk disemburkan ke telinga bebal Pemuda, kita pun tak pasti. Yg nyata ahli Umno amat kecewa kini, sudahlah Pemuda seakan tiada tapi yg ada pun menambah sial dan bala..
sebenarnya ada ramai lagi kat luar sana yang rasa nak masuk pemuda, yg iklas nak berjuang untuk umno. (macam saya). tapi macam sedara sri buana cakap, bila dah main dengan duit mestila ada cantas mencantas. so, daripada sakit kepala masuk pemuda, baik jadi atas pagar. (macam saya jugak).
Post a Comment