Ingat Pemberontakkan Taiping? Saya pernah menulis mengusik sedikit tentangnya berkaitan Perkasa andainya NGO itu menjadi parti. Sekarang masalah itu sudah melanda PKR. Mereka sedang 'bunuh membunuh', 'kerat mengerat' dan fitnah memfitnah demi jawatan.
Dulu mereka susah, mereka hanya parti picisan. Sekarang mereka 'government in waiting'. For how long, it doesn't matter as long as there is a hope. PKR sudah mula berantakkan. Berantakkan kerana masing-masing sedang mencari jawatan penting andainya PKR menjadi kerajaan. Mereka sudah merasa nikmat sebagai kerajaan di Selangor. Persetankan rakyat, yang penting kerusi empuk.
Ramai yang tidak faham, PKR sebenarnya mempunyai 'fratenity' mereka sendiri. Fratenity atau ukhwah ini hanya dikalangan orang PKR yang asal. Core kepada fratenity ini adalah bekas-bekas orang UMNO yang mengikut Anwar. Tian Chua, Sivarasa, Chua Jung Meng dan Zaid Ibrahim bagi PKR hanya 'second fiddle' saja.
Ada satu lagi kasta atau old guard yang loyal kepada Anwar jauh sebelum Anwar masuk UMNO - Angkatan Beliau Islam Malaysia atau ABIM. Menurut Syed Akhbar Ali, PKR walaupun parti tidak berasaskan kaum, tetapi berjaya score banyak undi Melayu pada PRU ke 12. Menjelang PRU ke 13, PKR tidak akan banyak memberi ruang kepada kaum bukan Melayu kerana undi Melayu merupakan bread and butter mereka.
Imej Islam dan Melayu perlu di tonjolkan untuk meraih undi Melayu. Maka disini pentingnya ABIM untuk menguasai jawatan-jawatan penting dalam PKR. Modus operandi ini juga cara Anwar menguasai UMNO dulu. Kemuncaknya adalah pertembungan Anwar-Ghapar. Baca sini.
Dalam pemilihan UMNO tahun 1993, kita dapat lihat kelicikan Anwar menggunakan segalanya untuk berkuasa. Beliau bahkan menggunakan nama Tun Dr.Mahathir yang kononnya ingin beliau sebagai TPM dan berjaya meyakinkan hampir keseluruhan bahagian untuk mencalonkannya. Hanya 7 bahagian mencalonkan Tun Ghapar Baba sebagai incumbent.
Ketika 'menawarkan' diri sebagai calon Timbalan Presiden UMNO, Anwar berjaya membawa menteri besar dan ketua menteri sebagai badan perhubungan menyokongnya. Menurut YB Zulkifli Noordin, sejarah bagai berulang kembali. Kali ini Azmin Ali seperti mentornya disokong oleh 18 Ahli Parlimen dan 2 senator untuk menjawat jawatan no 2 dalam parti. Baca sini.
Malangnya, terdapat penafian dari Sivarasa dan beberapa individu berkenaan bahawa mereka merestui Azmin Ali. Baca sini. 'Taktik kotor' Azmin Ali a'la mentornya ini menimbulkan rasa tidak senang Zaid Ibrahim. Keresahan in juga turut dirasa oleh Mohd Sayuti Omar yang dalam posting 'Firasat Buruk' Seperti tajuknya, MSO bagaikan berfirasat PKR diambang perpecahan. Semuanya kerana 'ghanimah'.
Ghanimah merupakan harta rampasan perang. Seringkali pertelingkahan dalam sejarah Islam berlaku kerana tidak puas hati dalam pengagihan ghanimah. Belum benar-benar memenangi perang lagi, PKR sudah berpecah berebutkan jawatan.
Ghanimah merupakan harta rampasan perang. Seringkali pertelingkahan dalam sejarah Islam berlaku kerana tidak puas hati dalam pengagihan ghanimah. Belum benar-benar memenangi perang lagi, PKR sudah berpecah berebutkan jawatan.
PKR merupakan serpihan UMNO. Sebagai parti yang disertai renegade UMNO, banyak juga taktik atau budaya politik UMNO yang diamalkan. Oleh itu, PKR tidak mempunyai ground untuk menyaingi UMNO kerana mereka hanyalah pendua UMNO dalam versi lebih jelek, lebih tidak tersusun dan lebih kurang mantap organisasinya. Ini diakui oleh DAP sendiri yang lebih meyakini PAS sebagai organisasi politik yang lebih mantap.
Jika mereka mendakwa UMNO korupsi, angkuh, tidak demokratik, mengamalkan kroni dan sebagainya, PKR juga merupakan UMNO versi gelap. Ini kesimpulan blogger Penarik Beca. Baca sini. Dan saya pernah mengatakan, sebagai parti baru, PKR masih bayi. Sebagai bayi, kita tak tahu mereka sempat dewasa atau tidak.
Ramai berkata UMNO sudah tua, sudah 64 tahun. Orang selalu lupa, kecuali Tengku Razaleigh Hamzah, bahawa UMNO sudah 'mati' pada tahun 1987. Seorang doktor bernama Mahathir Mohamad memberi jantung baru dan menghidupkan semula UMNO. Berapa sebenarnya umur UMNO? 64 atau 23 tahun?
Selalunya selepas bypass, seseorang itu akan lebih sihat lagi. Apa lagi setelah memiliki jantung baru.
9 comments:
Cg Pian mucul dengan blognya "Laksamana Jebat".
Sebarkan kepada semua kwn2 blogger. Kita gegar kan Jerantut demi Bangsa , Agama , dan Negara.
Salam Cikgu Pian,
Ini awak betul ke? Last time org menyamar, buat letih jer kawan komen panjang2 kt blog tu. Ok nnti saya akan linkkan diblog ni.
Salam perjuangan
Salam STB dan selamat hari raya aidul fitri.
Dengan wujud nya blog cg pian maka bertambah lah pemblod di Jerantut aok, maka bertambah meriah lah warna dan ragam serta gelagat orang jerantut. Ini perkembangan bagus tapi di jaga sihat nya, jangan asyik berantam, tumbuk menumbuk, dan memburuk dalam kandang sendiri, garu dan kukui, selak menyelak habis terbugil.
Itu semua kerana wealth dan ghaniah. Untuk itu perlu KUASA. Dapat kuasa guna penggaruh dan Agong pertama. Ini lah berkitar dan berputar, tanpa henti nya. Ahli ada tangan dan pensil, gunakan sebaik mungkin, jangan disesali kemudian nya.
Mengikut sejarah " Most empires rise, expand and then collapse. Once collapsed do not revive. But Russia's empires is different. Russias have have built no fewer than four empire". Aku kata UMNO sedang berada di empire kedua dan makin tegap dan kukuh sedangkan PKR retak-retak silap hari bulan berderai, apa kah kerana ghaniah seperti STB nukilkan.Kita tengok apa ct,spu, ud,wZwH kateq dan pembolog lain seperti apa itu dunieq same rateq dan lain-lain kateq. SM dan STB sekali sakkala kena tulis isu local, aku nok jugeq dengor.
UC mukimku B pedesaan ku J daerah ku PDM negeri ku M negara ku AT rantau kuakhir nya K bukit ku kerana aku KB.
salam 12:34,
Terlalu banyak kiasan nukillan saudara, saya kurang phm. Penulisan saudara a'la allahyarham Ahmad Kotot. membaca apa yg saudara tulis seperti membaca novel 'Hikayat Percintaan kasih kemudaan'. generasi muda suka bahasa yg mudah dan straight forward, tak suka bahasa yang berbelit2 dan sukar difahamo. lagipun kita menulis utk org faham apa yg nak disampaikan, jika hanya kita yg faham org lain tak faham maknanya kita buka communicator yg baik.
jika seorang pemidato yg baik boleh membangkitkan semangat org, suruh dia menulis. sudah tentu sebahagian dari 'bara' ucapannya akan hilang. melalui penulisan org tau cara kita berfikir, dan kualiti fikiran kita, tidak seperti berkata-kata kerana kata2 melalui intonasi mempersonakan walaupun tiada isi. sbb itu pemidato yg baik adalah org jual ubat.
Selamat menyambut aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Salam STB,
Saya terima respon STB itu, respon balas saya sebagai berikut:
1. blogger jerantut banyak, itu petanda baik makna nya orang jerantut celik IT dan menyukai media ini untuk menyampaikan pandangan. Tapi hendaknya jangan mengeluarkan dan mendedahkan orang itu tak baik dan melagakan orang. STB pun taukan seperti blog WZWH, CT, 44 , apa yang mereka tulis.
2.Kajian dan pendapat pakar menyatakan kuasa diperolehi melalui penggaruh dan wang. Itu yang didedahkan oleh pemblog.
3. Mengenai empires : kalau ada kesempatan STB baca lah 'Russia's Empires: their rise and fall: From prehistory to Putin' karangan Philip Longworth.
4. Saya terima jika saya bukan kominikator yang baik, saya cuba memperbaiki nya. Jika komen saya tiada kualiti, saya akan tingkat kualiti, itu sebab di antara nya saya selalu mengikuti blog STB, daripada penulisan STB ialah orang yang banyak membaca. Komen saya adalah untuk berkominikator dangan STB, tentang penulisan STB.
Maaf dan Selamat Hari Raya,STB.
salam saudara,
jgn maafkan saya, bukan niat saya nk memperkecilkan sedara tetapi seperti kata saudara, blog banyak cambah di Jerantut, antaranya suka undermine saya. oleh kerana saudara komen gunakan anon, saya phobia sedikit, tetapi pada komen asal saudara saya kurang faham dgn kod2 mcm UC, B daerahku PDM negeriku, ada sikit mcm2 nak memerangkap saya. anyway, komen saudara yg terbaru sangat nyata dan tepat, maaf kan saya kerana berprasangka buruk.
Saya mengelak utk komen blog2 dari Jerantut kerana saya merasai mereka terlalu kuat berpolitik dan lebih berminat menelanjangi sesama sendiri. Bagi saya jika perbincangan tidak berdasarkan ilmu dan rasional eloklah dielakkan.
Maafkan bahasa saya dikomen sebelum ini. Saya suka saudara sering berkomunikasi di sini. Saya alu2kan cuma kalau boleh pakai nama sebenar, senang saya berkenalan di dalam dan luar alam maya.
Terima kasih.
permbetulan, saya ingin nyatakan "jgn kecil hati dan maafkan saya", jadi jangan maafkan saya. saya juga bukan communicator yg baik.
:)
Salam STB,
Elok saya "Anom" saja untuk saya berkomunikasi dengan STB dan blogger Jerantut2.
Cara itu respon akan lebih baik dan telus. Yang pemblog ada orang ikut dan beri komen.
TQ, Bye nak bakar lemang.
Terima kasih sdr Anon, saya ambil perhatian komen saudara. Untuk menulis hal-hal jerantut kita kena tahu cerita sebenar. Saya sejak 1998 tidak mengikuti dari dekat hal ehwal politik jerantut. Jadi kita tidak boleh menulis apa yang kurang jelas malah tidak pasti.
2. Lagi pun bloggers jerantut dah begitu ramai, eluk kita berbagi-bagi tugas kerana mempertahankan sesuatu tamadun bangsa memerlukan tenaga yang ramai.
3. Bloggers Jerantut lebih tumpu kepada isu-isu local. Barangkali mereka usik sana dan usik sini itu dalam peroses membetul dari dalam UMNO itu sendiri agaknya. Jadi saya tiada komen. Memang ada yang agak lebih tetapi biasalah, dimana peringkat begitu dalam kebebasan menulis. Akhirnya masing-masing cuba membetulkan diri kerana proses kepimpinan cuba sedaya upaya menjadikan diri menjadi hak orang ramai. TK
Post a Comment