Followers

Wednesday, September 1, 2010

Neo Imperialisme

Dalam dunia ini ada dua golongan. Satu golongan mangsa. Satu lagi golongan pemangsa. Tema ini berada dimana-mana. Dalam hubungan bangsa, negara, kaum-kaum malah antara adik beradik akan ada juga 'mangsa-pemangsa'.

Pertembungan antara Barat dan Timur sudah lama berlaku. Ada ketika Barat tewas dengan strategi tentera Timur seperti penaklukan Gengkhiz Khan, Timur Lame, Sultan-sultan Uthmaniyah, raja Parsi seperti Xerxes dan Cyrus the Great. Ada masanya Barat akan menakluk Timur seperti apa yang dilakukan oleh Alexander the Great, Plotemy, dan penjahan orang Sepanyol, Portugis, Belanda dan Inggeris ke Nusantara.

500 tahun yang lalu, negara-negara Timur seperti Mesir, Arab Saudi, Indonesia, Laos, Malaya, Filipina dan beberapa jajahan China dijajah oleh Barat. Motif penjajahan Barat selalunya berlandaskan 'God, Gold and Glory' tetapi gold sebenarnya motif asas mereka. 

Selepas dijajah selama lebih kurang 500 tahun, bangsa-bangsa ini telah hilang jatidiri, juga hilang keyakinan diri. Mitos-mitos dicipta oleh Barat untuk memomokkan mereka sebagai bangsa yang dijajah tidak boleh maju, bertamadun dan tidak boleh mentadbir seperti mereka orang Barat. 

Selepas Perang Dunia Kedua, dengan wujudnya United Nation sebagai pengimbang-tara antara bangsa-bangsa yang bertelagah, penjajahan secara fizikal dan berasaskan geografi bukan satu trend atau satu cara untuk mengekalkan dominasi Barat. Namun naluri semulajadi golongan dominan untuk mengeksploit golongan lemah tetap ada. Mereka masih ingin menjajah bangsa lemah melalui penjajahan budaya dan ekonomi.

Maka diciptakannya berbagai piawaian dan rating untuk mengredkan negara-negara yang tidak termasuk dalam G7 ini. Selalunya negara Asia akan dituduh tidak demokratik, tidak transparent, mengamalkan kroni, nepotisme, campurtangan kerajaan dalam iklim ekonomi, tidak mengamalkan pasaran bebas. Senarai ini tidak akan ada kesudahannya. Benarkah atau hanya mitos? 

Saya teringat satu buku bertajuk: 'Can Asian Think?' Atau Asian hanya percaya apa yang orang kulit putih momokkan? Satu pertanda Asia masih mempunyai mentaliti dijajah dan rendah diri.

Mari kita lihat kebenarannya. Dalam bukunya 'A new deal for Asia', Tun Dr. Mahathir telah membongkar mitos ciptaan Barat ini dengan sinis. Sebulan sebelum krisis matawang yang melanda Asia pada Julai 1997, dalam laporan tahunan World Competitiveness Yearbook oleh American International for Management Development meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling competitive di dunia selepas Amerika Syarikat. Ranking no 3 merupakan Singapura dan keempat, Luxembourg.

Dua minggu sebelum krisis matawang melanda baht Thailand pada 2 Julai 1997, yang triggered kejatuhan ekonomi Asia Timur hampir keseluruhannya, Micheal Camdessuss, Pengarah Urusan IMF(International Monetory Fund) berkata:

"Malaysia is a good example of a country where the authorities are well aware of the challenge of managing the pressures that result from high growth and of maintaining a sound financial system amidst substantial capital flows and booming property market." 

Camdessuss juga rekomen pelabur supaya melabur di Malaysia kerana memiliki sistem banking yang meyakinkan. Anehnya, selepas sahaja serangan matawang dan bursa saham merundum di negara Asia Timur, pakar yang sama dan institusi yang sama memuji-muji negara-negara Asia ini mengutuk dalam sekelip mata sahaja. Tidak sampai sebulan selepas mereka memuji, disempadani oleh krisis matawang yang melanda Asia Timur.

Dan terciptalah mitos. Negara-negara harimau Asia ini maju ekonominya kerana spekulasi, 'bubble economy' bukan fundamental. Kerajaan mereka tidak telus, mementingkan kroni, korupsi dan tidak demokratik. Segala-galanya tukar 360 darjah dalam masa sekelip mata!

Sekarang dalam era sentimen terhadap umat Islam seluruh dunia sedang dimomokkan sebagai ganas dan mentaliti 'dunia ke tiga', negara-negara Islam seperti Malaysia sedang diasak. Mari kita selami isu ini.

Malaysia ketika era Tun Mahathir sering dituduh sebagai tidak demokratik, tidak telus dan tidak liberal. Kononnya kerana ini negara-negara maju atau pelabur asing tidak berminat melabur di Malaysia. Kerajaan selepas Tun Mahathir dengan bersusah payah cuba menunjukkan betapa telus dan liberalnya mereka. PM seperti Tun Abdullah, dan sekarang Datuk Seri Najib sedang cuba sedaya upaya menjadi liberal, tidak mementingkan kaum terbesar iaitu Melayu, telus dan demokratik untuk menjadi budak baik Amerika Syarikat dan negara-negara 'prime mover'.

Dalam masa yang sama, Singapura sebagai negara yang tidak Islamik juga tidak telus, tidak demokratik dan tidak liberal tidak menghadapi masalah dengan Amerika dan Israel. Lee Kuan Yew secara terang-terangan menyatakan beliau akan gunakan apa saja senjata termasuk membankrapkan Jayaratnam, pencabar kepada kekuasaan beliau, jika ini perlu. Dan memang musuhnya itu dilumat-lumatkan hingga bankrap dan tidak bangkit lagi. Liberal dan demokratik? I doubt it.

Selama 53 tahun kita merdeka, perkembangan global memberi ruang untuk Barat menjajah dengan cara lebih halus dan merbahaya. Pemimpin Malaysia perlu berani keluar dari acuan Barat, majukan Malaysia dengan acuan sendiri. Terus terang saya tidak percayakan APCO, cadangan consultant dan membuat dasar ekonomi untuk memuaskan hati IMF. Ini penjajahan bentuk baru. 

Selama 40 tahun Malaysia dan kebanyakkan negara Asia Timur yang lain selepas merdeka membanting tulang untuk mewujudkan kemakmuran ekonomi mereka hingga mencapai tahap 'Asian Miracle' telah dihancurkan dengan sekelip mata melalui serangan matawang oleh rogue trader atau electronic herd.

Selama 53 tahun kita merdeka, tidak mustahil penjajahan bentuk baru sedang mengintai-intai peluang untuk kembali menjajah Malaysia - melalui ekonomi dan budaya. Maka berkokoklah sesetengah golongan tentang artikel 153, DEB dan sebagainya sebagai tidak menepati piawaian antarabangsa. Tidak pula perkara yang sama berlaku di negara kroni Amerika seperti yang saya sebutkan.

Sudah menjadi hukum alam telan menelan dan mangsa-pemangsa. Mari kita teliti pandangan seorang negarawan Perancis bernama Cardinal Richelieu dalam karyanya 'Political Testament'


"In matters of state he who has the power often has the right, and he who is weak can only with difficulty keep from being wrong in the opinion of the majority of the world."

Selamatkan dan kekalkan Malaysia sebagai negara merdeka, bangsa merdeka, jiwa merdeka dan ekonomi merdeka mengikut acuan Malaysia sendiri.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

HIDUP MELAYU!








No comments: