Apabila isu saman ekor sedang hebat diperkatakan, saya teringat dalam tahun 2004, selepas Pak Lah memenangi PRU yang gilang gemilang, seorang kenalan memberi pandangannya terhadap saman ekor. Beliau seorang berbangsa Arab, berumur 75 tahun mendapat surat saman ekor. Apabila beliau tidak dapat menyambung cukai jalan kerana disenaraihitamkan, beliau cuba mendapat penjelasan JPJ.
Setelah gagal dalam usahanya untuk membaharui cukai jalan, beliau terpaksa membayar beberapa saman ekornya, sambil berkata: "your goverment will have problems, mark my words, when you chase an old man like me just to get a few hundreds ringgit, your goverment will doom."
Setelah menang besar PRU ke 11, kerajaan BN menjadi angkuh. Mereka merasakan apa saja yang mereka buat betul. Satu demi satu tindakkan tidak popular di buat. Pemimpin seperti KJ begitu angkuh dengan slogan 'Pade doh' dan 'Kita pakat-pakat pangkoh BN' dalam usaha menawan Kelantan.
Pada 8 Mac 2008, PRU ke 12 diadakan. BN kalah teruk, gagal mendapat 2/3 Parlimen dan lima kerajaan negeri jatuh ke tangan PR. Sumpahan orang tua berkenaan hampir menjadi kenyataan.
Perlu saya kata lebih?
1 comment:
doa orang teraniaya la tu kut.
Post a Comment