Perkasa masih diperkatakan. Beberapa menteri seperti Koh Tsu Koon dan Nazri Tan Sri Aziz juga masih menunjukan sikap yang hostile terhadap Perkasa. Secara semulajadi, kaum Cina memang tidak menyenangi Perkasa kerana aspirasi radikal NGO itu.
Melayu liberal juga berpendapat Perkasa hanya membantutkan kemajuan ekonomi kerana menuntut status quo Melayu dikekalkan.Saya berpendapat, Dato Sakmongkol antara yang berfikiran demikian walaupun beliau mungkin bukan Melayu liberal.
Perkasa tidak menuntut hak kaum lain dihapuskan. Kita tidak pernah dengar Perkasa menuntut 'hak-hak istimewa kaum Cina' seperti sekolah jenis kebangsaan dihapuskan. Kita tidak pernah dengar Perkasa menuntut 'hak-hak istimewa kaum India' seperti kebebasan bersuara orang-orang kuat Bar Council dihapuskan. Malah Perkasa tak pernah menuntut kerajaan merampas harta orang India yang boleh mengumpulkan kekayaan dengan menipu dan membunuh beberapa orang Melayu dan bukan Melayu.
Ini bermakna Perkasa tidak rasis dan tidak radikal. DAP sebagai parti rasis masih boleh diterima di Malaysia, mengapa NGO Melayu yang tidak rasis dan tidak radikal tidak boleh diterima. Belum diambil kira beberapa NGO Cina yang lebih chauvanist dan rasis dari Perkasa, tidak dikecam oleh kaumnya, tidak juga dikecam oleh orang Melayu.
Jika UMNO sebagai parti yang sewajarnya rasis kerana UMNO yang mengambil inisiatif memerdekakan Malaysia dan memperjuangkan kepentingan Melayu sejak azali sudah diasak supaya menjadi liberal, sekarang NGO Melayu juga sedang diasak untuk menjadi liberal. Jika UMNO lari dari agenda Melayu bererti UMNO lari dari fitrahnya sebagai parti Melayu. Ini tidak menjustifikasikan kewujudan UMNO lagi.
Ini permainan minda(mind game) kaum bukan Melayu. Sila baca posting saya sebelum ini yang bertajuk Racism dan Holocoust disini. Mereka sengaja mencipta mitos yang Melayu rasis dan menganaktirikan mereka. Mereka lupa Melayu masih majoriti dan jika Melayu tidak gembira, semua orang tidak gembira di Malaysia ini.
Mungkin hakikat politik memecahkan undi Melayu, tetapi jika kepentingan Melayu terampas dan Melayu akan lupa mereka dari parti apa. Jika 'the grapes of wrath' ini bangkit dan tidak dapat dibendung, akan berlaku lagi rusuhan kaum seperti 13 May 1969.
Dari kesilapan masa silam Bapa-bapa Kemerdekaan kita dahulu maka wujudlah DEB untuk merapatkan jurang ekonomi dan pendidikan antara kaum immigran dan orang Melayu. Setelah 40 tahun pelaksanaan DEB, generasi muda sudah lupa peristiwa berdarah itu pernah berlaku dan mula menuntut perkara yang bukan-bukan. Parti politik kaum mereka juga turut bertindak mengambil langkah yang sama kerana ingin popular.
DAP seperti UMNO sejak azali memang berasaskan kepentingan Cina(bagi UMNO - Melayu). Oleh kerana trend pengundi Cina tidak menyokong BN, MCA dan Gerakan juga sudah mula vocal dan menjadi semi-DAP jika tidak keseluruhannya. Semua kita - termasuk Melayu liberal - lupa jika Melayu tidak gembira semua kaum lain tidak gembira. Logiknya bukan kerana Ketuanan Melayu, tetapi Melayu majoriti.
Perkasa memang tidak akan bercakap tentang model ekonomi kerana itu masalah kerajaan. Perkasa hanya menuntut dan memastikan jangan kerana terlalu ghairah untuk memenangi hati kaum lain dan kerana terlalu hendak mengikut trend menjadi global, kepentingan Melayu tergadai. Ketika Malaysia masih lagi antara harimau Asia, DEB sedang berjalan. Ini membuktikan kemajuan ekonomi tidak ada kena mengena dengan affirmative action.
Perkasa hanya menuntut perkara asas - tentang hak. Seperti kata Tun Dr. Mahathir, kita tidak rasis jika hanya bercakap tentang hak kita. Perkara asas itu adalah artikel 152 dan 153, kedudukan agama Islam, biasiswa untuk orang Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan beberapa kepentingan ekonomi Melayu. Jika hendak ditukar DEB kerana ingin menghapuskan rent-seeker dan patronage tukar saja kepada affirmative action cara lain tetapi masih melindungi Melayu. Jika dihapuskan sama sekali yang merbahaya untuk orang Melayu. Dan merbahayakan kaum lain. Akhirnya menghuru harakan Malaysia sendiri.
Saya minta para menteri - baik UMNO atau komponen - biarkan Perkasa bersendirian membawa suara orang Melayu. UMNO sudah semakin menjadi UNO dan bapa kepada BN, sudah tidak boleh melayani sangat anak sulungnya yang bernama Melayu. Biarkan orang Melayu menumpang kasih dengan Perkasa.
Hendak harapkan PAS? Mereka sendiri tidak pasti mereka bangsa apa.
8 comments:
Setuju sangat, saya ahli UMNO dan bukan ahli Perkasa tetapi saya berada 100% dibelakang Perkasa sebabnya saya adalah Melayu.
Saya tidak malu mengaku saya adalah Melayu. PAS dia tak pasti dia bangsa apa, atau keliru dengan bangsa. Tapi PAS lupa dalam Al Quran dengan jelas ada menyebut Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa. Jadi secara logiknya, PAS tidak berpegang teguh pada ketentuan Allah.
Hamba sangat setuju dengan kenyataan tuan hamba
Semua orang Melayu kena pegang pada formula ini sekarang kalau hendak selamat:-
ALLAH=MUHAMMAD=MELAYU=UMNO=PERKASA=UTUSAN
Amin YABURALAMIN.
100% bersetuju bro.. nampaknya melayu macam nazri terperangkap dengan mainan kaum lain.. jangan kerana ghairah hendak memujuk kaum lain tetapi bangsa sendiri tergadai.. menang sorak kampung tergadai.. saya hairan MCA tidak hentam DAP tetapi melayu sendiri hentam melayu dan lebih memalukan MP UMNO hentam melayu/perkasa.
Mereka ini ingin popular dan takut kalah.. biar putih tulang jangan putih mata.
sangat suka statement last skali,'Hendak harapkan PAS? Mereka sendiri tidak pasti mereka bangsa apa'...tepat dan jitu...patut tambah 'agama pon dah konpius agama apa'...
pemimpin yang takut pada bayang2 sendiri,yang tidak mahu percaya bahawa melayau itu adalah tetap melayu dan penduduk asal bumi tanah melayu ini,jangan kerana ingin minjaga hati dan kedudukan,kita sanggup bercakap berdolak dalik,depan bangsa lain cakap ini,depan bangsa sendiri cakap itu,JENIS APAKAH PEMIMMPIN SEMACAM INI,KITA PUN SAMA JIKA KITA BERANGGAPAN BEGITU.,,,.
Salam saudara sekelian,
Komen-komen yg baik dari saudara. Mungkin pembaca blog saya ni sealiran jiwa dgn saya tapi undian menunjukan 62 org mengundi Perkasa sementara 2 org saja mengundi KJ&co. Ahli politik boleh nilai sendiri jika kita berperang dgn NGO melayu kita sendiri yg rugi. Seperti pernah saya tugaskan, selagi Perkasa tidak menjadi parti, akhirnya penyokong Perkasa akan undi samada BN atau PR. Buat apa menambahkan musuh?
kalaulah pemimpin2 perkasa bukan terdiri dari org2 umno (maksud saya org2 yg kecewa dalam umno sebab tak dapat apa yg diimpikan), saya rasa lebih ramai yg akan sokong perkasa.
Post a Comment