Followers

Wednesday, September 15, 2010

Setelah Singa, Kaum Cina Inginkan Naga Pula

 Kepala Singa sudah dikuasai, badan naga bila lagi?

Singa merupakan haiwan yang tidak berasal dari Negeri China. Naga pula merupakan haiwan mistik kaum Cina yang sebenarnya hanya legenda. Salah satu dari acara di Tahun Baru Cina adalah tarian naga dan tarian singa.

Beberapa ratus tahun yang lalu, seorang raja Melayu bernama Sang Sapurba Taram Sri Tri Buana telah terlihatkan seekor haiwan yang berbulu lebat dimukanya, sangat perkasa tubuh badannya. Oleh kerana baginda tidak pernah melihat haiwan sedemikian, lantas baginda bertanyakan pembesarnya. Lalu dijawab binatang itu merupakan seekor singa. Berminat dengan negeri itu, beliau menjadikan negeri berkenaan pusat pemerintahannya. Maka lahirlah Singa Pura, atau Lion City.

Dalam beberatus ratus tahun kemudian, datanglah bangsa yang lebih kuat dari negeri atas angin yang dinamakan England. They came, they saw, they conquered. Veni Vedi Vici.

Di desak oleh  'gunboat diplomacy' Inggeris, keturunan Sri Tri Buana melepaskan Singa Pura itu kepada Inggeris. Pura(city - dalam bahasa Melayu lama) yang makmur itu menarik ramai pendatang dari India dan China. Akhirnya makin sedikitlah penduduk asal Singa Pura iaitu orang Melayu. Bila merdeka, Singa Pura yang merdeka bersama Malaysia sudah menjadi 'little China'.

Dengan ringkas, Singa Pura akhirnya diperintah oleh kaum Cina. PAP merupakan tunggaknya. Baca sini. Dalam blog Che Det, beliau menyatakan sebagai seorang yang sezaman dengan Lee Kuan Yew, beliau melihat sendiri bagaimana LKY mungkir janji untuk tidak mengembangkan PAP yang cuba melumpuhkan dominasi politik Melayu di Tanah Melayu. Setelah Singa Pura keluar dari Malaysia pada tahun 1965 benih PAP yang bernama DAP telah lahir. Kaum Cina sudah mendapat Singanya, tetapi masih belum puas kerana 'naga'nya masih di tangan Melayu.

Jika kita perhatikan peta Semenanjung Malaysia, ia seakan-akan badan seekor naga. Perjuangan kaum Cina yang chauvanist yang berkepalakan Singa ini diteruskan oleh DAP. Untuk berlaku adil kepada kaum Cina, masih ramai ketika mula merdeka menyedari bahawa mereka perlu mengakui Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan bekerjasama dengan pemimpin Melayu. Ketika itu hanya UMNO mewakili Melayu keseluruhannya.

Kaum Cina yang tidak chauvanist ini menubuhkan MCA dan bahu membahu dengan UMNO membina Malaysia. Api perkauman tetap ditiupkan oleh DAP. Terciptalah mitos Melayu bukan penduduk asal, slogan Malaysian Malaysia dan mitos kaum Cina ditindas oleh orang Melayu terutama UMNO.

Perlu diingat, DAP berkepalakan PAP yang sudah menguasai Singa. Mereka ingin menguasai badan naga iaitu Malaysia. Lebih menguntungkan parti rasis DAP ini ialah adanya Melayu yang sanggup bekerjasama dengan mereka. Tercipta lagi mitos bahawa artikel 153 tidak sesuai dengan zaman, DEB atau affirmative action warisan dunia ketiga, kuota ekuiti 30% membuatkan pelabur takut dan berbagai lagi. Ramai juga Melayu kononnya liberal mempercayainya.

Sekarang kaum Cina sudah merasai mereka boleh menguasai badan naga yang masih tertinggal oleh PAP. Sebab itu 80% mereka menyokong DAP. Mereka nampak melalui Pakatan Rakyat mereka boleh mendapat semula badan naga yang tertinggal tadi. Hanya 20% kaum Cina yang masih bersama MCA. MCA sekarang tidak seperti MCA zaman Tun Tan Chek Lock. Dalam usaha untuk mengembalikan sokongan kaum Cina, mereka juga perlu vocal.

Maka menjadi tanggungjawab blog Sri tri Buana untuk menerangkan politik licik kaum Cina yang berhajat menguasai badan naga yang tertinggal oleh parti PAP. Dengan sinis Tun Mahathir pernah berkata, cita-cita besar Lee Kuan Yew adalah menjadi PM Malaysia. Singapura terlalu kecil buatnya.  Ini kenyataan Tun Mahathir:

"He is a big frog in a small pond. He is not satisfied with what he has. He had ambitions to become Prime Minister of all Malaysia .... But I think he will go down in history as a very remarkable intellectual and politician at the same time, which is not a very often thing."


Walaupun Tun Mahathir tidak bersetuju dengan cara Tunku Abdul Rahman melepaskan Singapura dari Malaysia, mungkin itu cara yang terfikir oleh Tunku menghalang cita-cita mereka untuk menguasai badan naga(Malaysia).

Namun ideologi PAP - antaranya Malaysia untuk orang Malaysia - sudah mula bertapak dan meniup semangat perkauman. Kaum Cina mula mempersoalkan perjanjian yang mana Ketuanan Melayu mesti diiktiraf kerana membenarkan mereka menjadi warganegara Malaysia.

Ini bukan statement rasis, ini hakikat sejarah.

Apabila Lee Kuan Yew gagal menguasai Malaysia, benihnya DAP berjuang bersungguh-sungguh untuk menawan badan naga ini. Lee Kuan Yew sendiri gagal, seperti kata TDM sebagai 'katak besar dalam kolam kecil'. 

Mampukah Lim Kit Siang sebagai anak didik Lee Kuan Yew? Tun Mahathir membuat kenyataan tentang Lee Kuan Yew bahawa beliau akan dikenang dalam sejarah sebagai seorang intelek yang luar biasa dan ahli politik dalam masa yang sama. Bagi Tun Dr Mahathir ini satu kombinasi yang jarang. 

Lim Kit Siang tidak memiliki intelektual yang tinggi, juga bukan ahli politik yang resourceful. Sebab itu modal yang tinggal bagi beliau hanya meniup api perkauman.

Dan saya sangat tertarik dengan statement terakhir Tun Dr. Mahathir dalam posting terbarunya: Malaysia According to LKY. Dalam point ke 21 beliau berkata: "Lee Kuan Yew and I saw the same things and know the reasons why." 

2 comments:

Anonymous said...

LKY menggunakan ayat meritrocracy untuk menindas kaum Melayu di Singapura hingga menjadi kaum kelas 3 di bawah India. Adakan seorang Melayu tidak layak memandu kapal terbang? Adakah Melayu tidak layak berpangkat General dalam Angkatan Tentera Singapura? Bagimana seorang Melayu yang memegang jawatan No 2 di Temasik Holding di pindahkan dengan meletak nya menjadi wakil rakyat semata ingin menaikan kaum cina ke No 1 dlm Temasik Holdding

Anonymous said...

Nasib baik Tun Dr M masih hidup,bolih dia menjawap kpd pernyataan Cina Migran Lee Kuan Yew yg sememangnya mahu org Cina memerintah negara Malaysia.
Masih ramai Melayu yg tak sedar dan masih tidak insaf terus menjadi kuda DAP.
Kerana kuasa ekonomi ditangan mereka, Cina Bangsat Lee Kuan Yew merasakan kaum Cina lebih superior dan semestinya memerintah negara ini.
Banyak ahli DAP,MCA dan Gerakan menyokong kenyataan Cina Migran Lee Kuan Yew dan mengaitkan DEB sebagai penghalang hubungan kaum diMalaysia.Hakikatnya tanpa DEB,Malaysia telah lama jadi mcm Singapura.
Kpd kaum migran yg tidak puas hati dgn keadaan dinegara ini,sila berhirah kenegara lain.
Kesilapan besar pemimpin Melayu adalah kerana terlalu banyak bertolak ansur dgn kaum2 migran yg mana2 mereka pergi memang tidak akan tahu utk berterima kasih.