Maaf saya tidak ingat dengan tepat tahunnya, tetapi umat Islam pernah menyambut Aidilfitri serentak dengan Tahun Baru Cina. Ketika itu, Malaysia masih diterajui oleh Tun Dr. Mahathir. Tidak ada ketegangan kaum. Tidak ada Namewee. Tidak ada facebook yang mencerca umat Islam. DAP dan Lim Kit Siang - seperti biasa - berusaha meniup api perkauman tetapi tidak ada respond baik dari Melayu mahupun kaum Cina.
Saya merindui zaman Malaysia harmoni seperti itu. Kaum Cina tidak mempersoalkan hak istimewa orang Melayu dibawah artikel 153, orang Melayu tidak pernah memanggil kaum Cina dan India 'pendatang'. Bagi orang Melayu, kedua bangsa itu, bahkan Sikh dan Portugis merupakan 'fellow brothers' di bawah 'Malaysian fratenity.'
Saya teringat Professor Khoo Kay Kim. Beliau mengakui bahawa Melayu merupakan bangsa asal yang mewujudkan sistem politik di Tanah Melayu ini. Beliau juga berkata sejarah sering diputarbelitkan. Kononnya dasar 'pecah dan perintah' British menjadikan Melayu dan kaum immigren sering tidak persefahaman. Menurut Professor Khoo, British sebenarnya cuba merapatkan jurang kaum ini. Masalahnya ialah mereka sendiri tidak mahu keluar dari kepompong masing-masing.
Ketegangan kaum tidak sangat dirasai dizaman Tun Mahathir. Beliau bijak 'mengimbangi lapan biji bola sekali gus tanpa satu pun mencecah lantai'. Antara gagasan Wawasan 2020 beliau adalah untuk mewujudkan bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia juga gagal kerana semua bangsa masih ingin mengikut acuan masing-masing.
Isu perkauman makin kuat sekarang. Dengan sedikit usaha, DAP dapat menyemarakkan lagi api ini dikalangan orang Cina. Saya hairan mengapa perkauman menjadi meruncing sekarang.
Adakah kerana ekonomi tidak bagus dan semua kaum mula salah menyalah? Atau tidak ada ketegasan pemerintah bertindak secara 'pre-emptive'? Atau mungkin kerana slogan 1Malaysia yang mana pemerintah membiarkan setiap kaum mentafsirkan mengikut kefahaman sendiri? Kemudian bermula tuntutan demi tuntutan yang bertentangan dengan perlembagaan. Jika Artikel 153 dibiarkan dan tidak dipersoalkan, masalah perkauman tidak akan timbul.
Penarik Beca merindui sentuhan iklan raya Arwah Yasmin Ahmad. Saya mula merindui sentuhan Tun Dr. Mahathir. Dan jika Tun Mahathir dengan segala kegeniusannya gagal merapatkan jurang kaum dengan Bangsa Malaysia, mampukah pengganti-penggantinya melakukannya? British juga telah gagal.
Oh saya rindu juga iklan kongsi raya apabila pahlawan melayu bahu membahu dengan penari naga Cina. Zaman yang telah hilang.
1 comment:
Kita perlukan pemimpin yang mampu memimpin sebuah revolusi total untuk mengubah sikap setiap kaum.
Post a Comment