Followers

Thursday, September 16, 2010

16 September dan Long March.

Hari ini rakyat Malaysia bercuti kerana 16 September diperingati sebagai Hari Malaysia. Sebelum ini kita terbiasa menyambut besar-besaran kemerdekaan pada 31 Ogos. Sekarang ada pula Hari Malaysia. 

Pada 16 September 2008, penipuan paling besar telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim bahawa PR akan mengambil alih kerajaan Persekutuan. Ini bererti pada 16 September 2010 merupakan ulangtahun kedua rakyat Malaysia ditipu oleh seorang tokoh pembangkang yang sepatutnya dihormati. Dan untuk menghormati beliau, Kerajaan Pusat mengisytiharkan 16 September sebagai 'public holiday'. Ini seperti babak dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapok'. Ya kita isytihar public holiday kerana menghormati kematian Kasim Baba.

Sudah dua tahun insiden 'The great bluffing' ini berlalu, Anwar masih bercita-cita ke Putrajaya walaupun realiti 'we have the numbers' sudah merosot. Bukan 31 BN ke PR tetapi 7 PR menjadi bebas kerana tidak percaya kepada kepimpinan yang berasaskan pembohongan. Anwar sedang menuruni lurah yang curam. Seperti Mao Tse Dong dengan 'Long March' yang terkenalnya, dari 84,000 pengikutnya hanya 4000 yang selamat. 

Long March Anwar nampaknya bukan ke Putrajaya tetapi ke Sungai Buloh!  

1 comment:

kelisa_samudera said...

PKR bakal tenggelam. sekarang ni anwar aje yg jadi faktor PKR masih ada. kita perlukan pembangkang lain selain dari PKR yg tak boleh dipercayai tu.