Followers

Monday, September 13, 2010

MCA, DAP dan Gerakan Menolak NGO Cina.

Mari kita bayangkan....

Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek membuat sidang akhbar. Dalam sidang akhbar berkenaan beliau selaku Presiden MCA menolak NGO Cina yang chauvanist iaitu Dong Jiao Zhong. Ini kerana NGO berkenaan sangat rasis dan masih ingin mengekal sekolah jenis kebangsaan cina.

Dalam sidang akhbar yang berlainan, Presiden Gerakan juga senada dengan pendirian MCA. Mereka menolak NGO berkenaan kerana menghalang konsep 1Malaysia. Turut dikecam adalah pertubuhan NGO lain seperti Su Qui dan Hua Zhao.

Sementara itu, Lim Kit Siang juga dilaporkan turut mengecam Su Qui, Dong Jiao Zhong dan Hua Zhao. Menurut Setiausaha Agong DAP, pertubuhan NGO Cina berkenaan menggalakkan racisme dan ini tidak boleh dibiarkan kerana bertentangan dengan konsep Middle Malaysia yang dianjurkan oleh DAP.

Oppss.... ini reality checknya:

It won't happen. MCA, DAP and Gerakan will never forsaken their power based. They don't even dare to make a slight remark to undermine those Chinese NGOs because it may alienated chinese voters from them.

Reality check untuk UMNO:

Setiausaha Agong UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan BN dan UMNO menolak Perkasa. Kenyataan ini dibuat selepas Tengku Adnan mempengerusikan mesyuarat bulanan BN baru-baru ini. Beliau berkata:

“Being associated with Perkasa will only weigh the party down. This sentiment was shared by all component parties which are worried about feedback they have been getting from the grassroots,”. Katanya seperti dilaporkan oleh NST.

Sebelum ini, Khairy Jamaludin pernah berkata beliau akan keluar UMNO jika Perkasa mendapat sambutan menggalakkan dari orang Melayu. Anehnya, BN tidak pernah membuat pendirian yang sama terhadap NGO Cina seperti Sui Qui, Dong Jiang Zhao dan Hua Zhao. MCA, DAP dan Gerakan juga tidak mengecam NGO mereka. 

Menidakkan Perkasa akan merugikan politik orang Melayu. Lagipun Perkasa masih lagi NGO dan bukan saingan politik kepada UMNO. Jika ingin mengambil hati komponen BN yang lain, seperti saya nyatakan di atas, MCA dan Gerakan tidak pula mengecam NGO mereka. 
Siapa dungus di sini?

Menurut blogger Another Brick in the wall, semacam ada usaha dari dalam UMNO sendiri yang ingin lihat pengundi Melayu fed up dengan UMNO. Baca sini. Sejak pilihanraya Bukit Gantang, ada peningkatan undi melayu kepada UMNO. Anehnya, fifth colum dalam UMNO sendiri membuat kerja-kerja sabotaj.

Menurut blogger Barking Magpie, adanya beberapa 'little napoleon' dalam pentadbiran Dato' Seri Najib yang memberi imej buruk terhadap pentadbiran beliau. Baca sini. Walaupun dalam posting berkenaan beliau merujuk kepada kes blogger Hasan Skodeng dan kes Namewee, namun saya sendiri merasakan dalam UMNO sendiri ada usaha membantu Anwar dari dalam.  

Isu untuk menjauhi Perkasa ini merupakan bukti. Perkasa tidak rugi apa-apa kerana mereka hanya NGO buat masa ini. Yang rugi adalah UMNO.

Politik kaum Cina lebih advance dari politik melayu. Kenyataan pahit yang kita kena terima.


3 comments:

chenerong ular said...

orang cina memang pandai berpolitik,politik di dalam politik,mereka boleh senada seirama dalam membincangkn hal2 keistemiwaan kaum dia dan kepincangan yang di lakukn oleh kaum lain,mereka sehati sijiwa jika di bandingkan dengan bangsa melayu yang mermpunyai kelainan fahaman politik,orang melayu tidak akan senada didalam membincangkan isu2 hak mereka di sebabkan berlainan fahaman politik,orang melayu sanggup mencaci,menghina sesama melayu demi kelangsungan cita2 politik mereka,tidak sperti kaum cina pandai bermain politik..... harap2 melayu akan sedar dimana kita selepas pru 13 nanti.ingat peratus melayu di muka bumi melayu ini tidak akn sentiasa melebihi mereka,bayangkn 20 tahun lg,apa akan jadi,fikir2kan lah,berlainan pendapat tak mengapa kerna kita berlainan pati,tapi jangan sampai kita lupa kita sama2 melayu dan ISLAM.SAMPAI SATU TAHAP WALAU APA CARA SEKALI PN KITA KENA BERSATU TAK KIRA APA FAHAMAN POLITIK KITA,mcam mereka2 lakukn........

Anonymous said...

kalau betul la apa yg mca,dap dan pendatang2 ni cakap...tolak ngo yg chauvanis.
aku berani potong telinga sebelah..cina tetap cina...kominis tetap kominis...melayu saja yg tak sedar diri...sanggup jadi pecacai...

Mohd said...

PERKASA tidak perlukan UMNO. Tetapi UMNO perlukan PERKASA.
Kenapalah kaum Melayu ni bodoh sangat! Selalu saja mengalah kpd kaum Cina.
Di PRU13 nanti UMNO bersedialah utk kalah kpd kaum Cina yg dibantu ole PAS dan PKR!