Followers

Saturday, September 25, 2010

Tun Dr. Mahathir, Nazri Dan Perkasa.

Tun Dr. Mahathir dalam persaraannya masih lagi seorang enigma. Beliau melepaskan semua jawatan politik dan kerajaan tetapi suara-suaranya masih kedengaran dimana-mana. Seperti katanya semasa beliau berkuasa, "ini hanya nasihat, seperti nasihat Residen British dahulu". Itu ungkapan beliau apabila beliau menegur menteri-menterinya. Namun batuknya sahaja sudah menakutkan ramai orang.

Esok TDM akan berucap di Pasir Mas, Kelantan sempena rally yang dianjurkan oleh Perkasa. Kali terakhir beliau ke sana, diikuti dengan insiden sembur spray lada. Baca kupasan ini oleh Another Brick in the Wall disini. Penulis blog itu percaya, peristiwa itu didalangi oleh tokoh tertentu untuk memalukan TDM. Harap ia tidak akan berulang lagi, atau 'in depth languange'nya, PM Najib tidak smart.

TDM yang sudah tua ini masih formidable. Ini komen Tun Dr. Mahathir tentang Nazri Tan Sri Aziz yang memilih jalan untuk betempur dengan Tun.





Walaupun TDM sudah lama bersara, beliau masih mampu insert pengaruhnya dengan caranya. Beliau mengingatkan saya kepada satu paragraph dalam Tao Te Ching yang berbunyi:

"Skilled warriors of old were subtle,
mysteriously powerful.
So deep, they were unknownable." 

6 comments:

Helang Buana said...

Orang lama kena hormati. Pendapat nya berpandangan jauh, tiada kepentingan. Jadi lah orang yang menghargai yang lama kerana dia mahal dari yang baru.

last bloodz said...

jangan cepat melatah..
perkasa 1 altenatif untuk orang melayu bersatu.. disebabkan org melayu banyak berpecah belah cara yg begini lah wajib kita wujudkan bagi menyatu padukan orang2 melayu.. hope semua paham.. SY SAYANG ISLAM.. SY SAYANG MELAYU..

Anonymous said...

Jika Dr M telah tiada, saya tak tahu apa akan jadi pada UMNO hari ini!
Kalau nak banding Najib dgn Dr M,Najib mungkin hanya layak jadi DO sebuah bandar kecil sahaja, Pak Lah lagi teroklah.
Malang bagi UMNO dan orang Melayu kerana gagal melahirkan pemimpin bertaraf global.

sri tribuana said...

Salam Cikgu Pian, saudara lastz blood dan anon 8:17.


Seperti yg saudara lastz blood komen, kita semua ini sayangkan Melayu dan Islam, kita tak mampu berpecah-belah lagi. Mana2 ada sisa melayu spt Perkasa dan Sokongan Tun Dr. Mahathir perlu dihargai, jgn pula kita cari banyak musuh.

kelisa_samudera said...

ntah. tak tau nak cakap. haha. nak kata umno takde masa depan, rasanya macam boleh bertahan lama lagi. nak kata umno akan bertahan selama-lamanya pun tak boleh jugak, org makin lama makin meluat.

Dot said...

salam,

anon 5.17pm,

orang bukan bencikan umno tapi pemimpin2 umno yg selalu membusukkan parti tu! kesian pemimpin2 lama yg dulunya bermati-matian mempertahankan pkmb ini...