Followers

Saturday, September 18, 2010

Brutus UMNO, Brutus PKR dan Brutus Melayu.

Tun Mahathir pernah berucap dalam Perhimpunan Agong UMNO: "Jangan jadi Brutus dalam UMNO."

Anwar Ibrahim dipuncak kuasanya ketika itu. Anwar melalui media massa - dengan 'empat budak Melayu' - sudah menguasai suratkhabar perdana dan imej beliau sedang digilap sebagai penganti Mahathir. Tidak ada siapa yang dapat menangkap siapa Brutus yang TDM maksudkan.

Brutus adalah seorang ahli politik Rom yang disayangi oleh Julius Caesar. Selepas Perang Pharsalus di mana legion Caesar telah menewaskan Pompey, Caesar mengarahkan orang-orangnya mencari Brutus - ketika itu memihak kepada Pompey. 

Setelah mendapati Brutus masih hidup, Caesar sangat gembira. Kemudiannya Caesar memaafkan Brutus, dan memberi jawatan yang penting dalam pemerintahannya. Brutus telah berkonspirasi dengan Cassius dan beberapa orang senator untuk membunuh Caesar pada Ide of March. 

Brutus berucap dalam usahanya untuk merasionalkan perbuatan beliau membunuh Caesar - orang yang menaikkan beliau dalam politik - dengan mengatakan "bukan aku kurang menyayangi Caesar tetapi aku lebih menyayangi Rom."

Ucapan TDM tadi memeranjatkan ramai orang. Tun juga sangat mahir dengan 'in-depth language' dan tidak ada siapa menyangka Brutus yang dimaksudkan oleh Tun merupakan Anwar bin Ibrahim. Ini kerana selama ini Anwar dilihat sebagai Tun's blue eyes boy. Anwar sendiri tanpa segan silu menggunakan nama Tun ketika mengalahkan Tun Ghapar.

Malangnya dalam episod ini, Brutus gagal membunuh Caesarnya kerana beliau terlebih dahulu dipecat.

PKR dibentuk kerana kononnya Anwar telah diperlakukan dengan kejam. Konon lagi PKR merupakan parti alternatif yang telus, tidak kejam dan tidak kotor. Ramai pembenci UMNO terpedaya dan amat percaya PKR adalah parti yang suci dan telus. Kesian mereka. 

Seperti UMNO juga dan mana-mana parti dilahirkan suci. Apabila mendapat kuasa, seperti mana-mana manusia juga mereka akan membuat pencaturan berdasarkan kepentingan peribadi. Let's call a spade a spade.

PKR bukan parti picisan lagi. Era posmen bertanding dan hampir menjadi MB sudah berakhir. Kerana mabuk kuasa, perebutan jawatan dalam PKR menjadi sengit dan seperti UMNO, PKR sedang bunuh membunuh, cantas mencantas dan caci mencaci. PKR juga sebenarnya bengkak dan bernanah hingga ke usus. Baca komen MSO disini.

Zaid Ibrahim dan Azmin Ali sedang berusaha merebut jawatan no 2. Sementara Anwar nampak favour kepada Azmin; Azizah dan Nurul Izah lebih cenderung kepada Zaid Ibrahim. Parti yang kononnya 'government in waiting' ini nasibnya hanya ditentukan oleh anak beranak bin Ibrahim. Jadi nasib Malaysia akan datang juga ditentukan oleh rumahtangga Anwar Ibrahim. Baca Dunia Tiger disini

Nurul Izah berkata, sebagai parti masa depan, beliau tidak mahu ada musang berbulu ayam. Jadi siapa Brutus dalam PKR sekarang? Belum menawan Putrajaya, warna sebenar PKR sudah kelihatan.

Dengan wujudnya PKR, DAP mempunyai advantage. PR kelihatan meneutralkan perjuangan Melayu kerana PAS sebagai parti tidak berasaskan bangsa dan PKR sebagai parti berbilang kaum memberi kelebihan kepada kaum Cina dan India membuat tuntutan yang merugikan Melayu. Kadang-kadang, UMNO terpaksa menari rentak yang sama kerana ingin 'mengurat' undi bukan Melayu. 

Satu hari nanti, Anwar akan berkata: "Bukan saya tidak sayangkan Melayu, tetapi saya terlalu sayangkan Malaysia'. Nah ini Brutus yang kita cari.



Lihat bawah:



 Anwar bin Ibrahim- Brutus UMNO, Brutus PKR dan Brutus Melayu.




10 comments:

Ular Menyusur Akar said...

Huh, dahsyat punya ulasan.

agbr47: Nikmat di tarik satu persatu.

Wake UP! said...

Kalau Anwar Ibrahim pernah menjadi Brutus di dalam UMNO, tentu ramai yang mengidolakannya dalam PKR pun menjadi Brutus yang sama.

Criminals, homosexuals and gangsters will defend their own.

Anonymous said...

bukan brutus broo....anwar ni butoh yg sebenarnya. hahaha....

rais

Anonymous said...

Salam Sdr Sri Tri Buana,

Mengikut cerita,tentera Brutus telah dikalahkan oleh tentera Mark Antony, dan Brutus telah mati membunuh diri dengan pedangnya sendiri dua tahun selepas beliau membunuh Julius Caesar.

Iktibarnya ialah, pembelot dan pengkhianat,lambat laung,tetap akan menerima balasan yg sentimpal.Lebih dari itu,nama beliau akan dikenang sepanjang zaman sebagai manusia durjana dan pembelot yg mengkhianati bangsa dan agamanya.Alangkah hina dan jijiknya nama beliau yg akan terpahat kekal dalam sejarah tanah air kita,lebih terok daripada Si Kitol.

Jika Marcus Junius Brutus mati membunuh diri,Brutus Malaysia mati macam mana agaknya.Mungkin ditimpa penyakit AID?

Askar Tua

belalang said...

Brutus Sr dah dinyah keluar.. banyak lagi brutus2 Jr dalam UMNO ni, tumbuh melata mcm pokok kangkong kat pasir tumbuh apatah lagi kat longkang!

sedikit kesilapan Tun M.. tapi tak apa kita masih boleh bantu perbetulkan dengan mencari spartacus the slaughter.

masa di UMNO dia buat team wawasan sekarang dalam PKR dia buat team sondol2an.. biarkannn

dah aku kata kat blog wak jengkol

anwar sayang azmin = +1
ijah suka zaid = -1

so that (+1) + (-1) = 0 (pocettt)

itu juga yg berlaku semasa di UMNO.

dia bukan tak sayang azmin atau zaid dia sayang semuanya sebab mereka lebih jambu dari munawar!

caka-cakap juga..bila nak cari spartacus ni..BERANI?

aku yakin ADA BERANI!!

chenerong ular said...

Kita jangan lupa di sekeliling kita pn di penuhi Brutus2 yang menunggu peluang seperti apa yang berlaku pada CAESAR,awas,. Tapi sayang sekali kerana brutus2 yang ada di sekeliling kita adalah ciptaan pemimpin sendiri..........

Anonymous said...

Anwar bukan Melayu tulen, keturunan dari India....jgn marah jika dia tak berjiwa Melayu....yg patut dipersalahkan adalah UMNO yg menggunakan pelbagai definisi melayu.
Kalau dah tak Melayu mcm mana nak rasa perasaan org Melayu.

sri tribuana said...

Salam saudara sekelian,

Wah banyaknya komen dlm masa singkat. Apa2 pun kita tak boleh sokong sesiapa yang mengorbankan kepentingan Melayu/Islam kerana peribadi.

Anonymous said...

Salam STB,

Brutus... Brutus jua, tapi yang penting dan perlu di awasi ialah Si Kitul, makhluk ini yang menjadi gunting dalam lipatan, pagar yang makan padi. Brutus boleh dengan fizikal dan kekuatan, tapi Si kitul ini tak berupa dan khalimunan, bila dah berlaku baru tahu rupa kerja nya. Itu sebab Ahmad Boestamam mengingatkan " Curiga Asas Waspada".

TQ

kelisa_samudera said...

anwar ni nampak aje bijak berpolitik, tapi sebenarnya dia bodoh jugak. kalo tak kerana kepetahan bercakap, dia ni takde apa2. tak nampak lagi la org yg lebih dahsyat dari dia dalam konteks sanggup gadai agama dan bangsa kerana pangkat selain anwar ni. jahatnya sama macam jahat sultan dulu2 yang berbaik2 dgn british sebab nak kekalkan mahkota. sudahnya mahkota ke mana maruah ke mana.