Followers

Sunday, September 19, 2010

Mere Nam Joker(Untuk Joker-Joker UMNO)

Selepas PRU ke 12, semacam ada suatu perubahan pada iklim politik Malaysia. Orang-orang politik - terutama menteri - tidak lagi digeruni tetapi menjadi bahan lawak oleh blogger. Sebelum PRU ke 12, kita boleh lihat poli-tikus ini sangat digeruni dan sering disanjung.

Malangnya bagi sesetengah mereka masih mempunyai pemikiran lama. Mereka masih menganggap rakyat bodoh dan sebagai menteri mereka tahu semua. Mereka masih merasa mereka layak dipuji dan disanjung. Rakyat inginkan result bukan menyanjung mereka dengan hanya memegang jawatan menteri dan buat kenyataan bodoh-bodoh.

Ini menjadikan mereka seperti joker atau jester saja. Nazri Tan Sri Aziz merupakan clown yang melucukan. Mulanya beliau menunjukan keangkuhan dengan melontar kata-kata kesat kepada Tun Dr. Mahathir ketika beliau mempertahankan Pak Lah. Beliau melantik dirinya sebagai 'Sham-murai' Melayu kononnya mempertahankan Shogunnya(mulanya Pak Lah, sekarang Najib).

Terbaru Nazri menjadi Melayu liberal dalam usahanya untuk menjadi jurucakap kepada PM Najib. Usahanya itu membawa kerosakan dari kebaikan kepada UMNO. Beliau juga join force dengan joker-joker lain seperti Khairy Jamaludin, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Khalid Nordin dalam menghentam Perkasa.

Dato' Sakmongkol berkali-kali menulis tentang UMNO yang tidak mempunyai jurucakap atau ambassador idea PM Najib, tidak seperti zaman TDM dimana Tun mempunyai Sanusi Junid, Anwar Ibrahim, Daim Zainudin dan Megat Junid Megat Ayub. Apa yang PM Najib ada hanyalah joker-joker UMNO. Niat mungkin baik tapi hasilnya.....

Clown yang paling melucukan adalah Khairy Jamaludin. Pemuda UMNO menjadi lesu dibawahnya, Exco Pemuda macam tidak wujud - hidup segan mati tak mahu. Dalam isu yang sepatutnya Pemuda bangkit tetapi KJ tidak habis-habis mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati orang Melayu.

Mulanya beliau menyokong Wee Ka Siong, Ketua Pemuda BN dalam isu biasiswa Mara. Apabila Wee mempersoalkan Mara, Wee mempersoalkan perkara asas berkaitan hak-hak istimewa Melayu. Kerajaan sudah memberi 45% kuota biasiswa JPA kepada kaum-kaum lain, mengapa dipersoalkan Mara?

KJ juga mencemburui kemasyuran Perkasa dan memilih untuk bertempur dengan Perkasa. Dalam komen saya dalam satu artikel Dato' Sakmongkol, saya menyatakan mengapa pemimpin UMNO ingin mencari pasal dengan Perkasa kerana dalam PRU nanti, jika Perkasa kekal NGO, penyokong Perkasa hanya ada dua pilihan iaitu samada mengundi BN atau PR. We barked at the wrong tree.

Apabila joker-joker politik UMNO ini seperti Tengku Adnan, KJ, Nazri dan Khalid Nordin mencari musuh 'baru' dengan menembak Perkasa, ini akan membuatkan lebih ramai Melayu menjauhi UMNO. Ada yang menyarankan, biar Perkasa menjauhi UMNO, dan kita lihat kesannya.Najib kena lebih pantas mencantas joker-joker ini. Sudah terbukti mereka lebih sebagai liabiliti dan bukan asset kepada UMNO. Sudahlah UMNO banyak musuh, kesetiaan komponen juga amat goyang.

Mungkin juga kita menganggap joker-joker warisan Pak Lah ini sebagai jester tetapi mereka sebenarnya Kitol. Kitol merupakan 'musang berbulu ayam'. Pura-pura setia kepada Melaka tetapi mereka menjadi fitfh column bersubahat dengan musuh Melaka. UMNO hanya boleh dihancurkan dari dalam.

Mungkin Najib memakai petua dari filem Godfather: "Keep your friends close, keep your enemy closer".

Saya teringat filem Hindustan lakunan Raj Kapoor: Mere Nam Joker.(Nama saya joker)


.

5 comments:

Anonymous said...

Salam STB,

Kehidupan di dunia ini di keliling oleh " Konsep Dualism", Allah dah jadi kan begitu, Lihat ciptaan nya semua dua-dua, umpama nya jantina ada jantan dan betina, gembira dan duka, sehat dan sakit, mati dan hidup. Begitu juga dengan dunia pandangan atau pendapatan ada kekanan dan ada kekiri. Namum begitu saya akui apa yang saudara tulis itu betul dan benar.

Dalam hal ini saya melihat dari sudut lain dengan berlapang dada, apa yang STB label kan sebagai clown dan joker itu , saya mengatakan mereka ingin tahu apa respon massa atau orang ramai. INi saya ibarat kan mereka memalu dram untuk melihat bagaimana tari nya oleh massa, dari sini kita tahu bagaimana colour nya yang timbul. Yang penting apa kah motif dan taktikal kenapa dram dipalu sebegitu. Orang tua-tua kata " Kalau senyap tanda setuju" tapi kita kena perhati juga memek muka dan kedap kedip mata. Itu lah nikmat nya minda manusia alat yang dianugerah Oleh Allah.

Anggap lah perbezaan pendapat sebagai penerobos fikiran untuk berinovasi, dari inovasi akan tercipta kecermerlangan, dari kecermerlangan menjadi terbilang.

Itu lah pendapat saya

TQ

azlishukri said...

salam, syabas blog yang menarik, blog tuan sudah saya paut,terima kasih sudi singgah ke blog saya.

sri tribuana said...

Salam Anon 4:50 dan Saudara Azli Shukri,

Anon 4:50, terima kasih atas pandangan saudara.

Saudara Muhammad Azli Shukri,

Terima kasih sudi menjenguk dan linkkan blog saya ke blog saudara.

one one no belen said...

Salam.Kesian Najib di kelilingi menteri menteri yang bengap tahap gaban

kelisa_samudera said...

dulu, sebelum UMNO ambik utusan melayu dan bharian, semua wartawan punyai kuasa yg besar. diorang boleh marah menteri kalo menteri jawab tak memuaskan hati.

lepas umno kontrol utusan dan bharian, menteri2 jadi sgt berkuasa. wartawan semuanya dah kecut tel*r.

skang, dengan kweujudan 'wartawan' media baru yang tak dikuasai umno, menteri kembali jadi bahan kemarahan wartawan. sama macam dulu. sebenarnya ia perkembangan yg baik. kita dpt tgk mana menteri yg betul2 jadi menteri sebab pemikiran hebat, mana pulak menteri yg jadi menteri sebab kaki jilat.