Entah mengapa sejak akhir-akhir ini saya sering teringatkan Ireland. Orang-orangnya, ketenangannya, keindahan dan cuacanya. Mungkin saya akan 'kembali' ke negara kelahiran anak saya.
Ketika di Ireland, hari-hari terakhir kami sekeluarga di Galway kami melawat museum Galway. Dalam memorial Perang Dunia, saya terharu melihat kisah seorang pemuda Irish yang berumur 22 tahun dihukum tembak oleh askar British kerana mengetuai mutiny ketika beliau bertugas di Punjab, India.
Private James Daly, berkhidmat dengan tentera British mengepalai beberapa orang Irish untuk memprotes tindakan tentera British yang bertempur dengan orang Irish dalam War of Independance di Ireland tahun 1919 yang menuntut kemerdekaan. James Daly dan rakan-rakannya tidak menyerang tentera British, cuma enggan menurut arahan dalam protes mereka untuk membebaskan dua orang rakan mereka yang di tahan oleh British.
Dua orang rakan mereka, juga orang Irish yang menyertai tentera British dan salah seorang darinya bernama James Hawke telah ditahan oleh British kerana mutiny dan melanggar perintah. Saya kurang pasti nasib kedua mereka tetapi James Daly telah dijatuhi hukuman tembak kerana mengepalai mutiny. Pada subuh 2hb November 1920, Private James Daly telah dihukum tembak.
Beliau menulis kepada ibunya: "It is all for Ireland. I m not afraid to die."
Beliau merupakan orang terakhir dalam sejarah tentera British yang mengalirkan darah kerana kesalahan tentera. Tidak ada lagi hukum tembak selepas kematian beliau. Walaupun tentera British cuba menyembunyikan mutiny dan kematian Daly, namun James Daly tetap menjadi martyr kepada negaranya.
Private James Daly, darah terakhir Ireland.
Dalam lawatan yang sama, saya sempat mengambil gambar kata menarik dalam bahasa gaelic yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris berbunyi:
Dalam sejarah orang yang benar-benar berjuang tidak dapat apa-apa, selalunya opportunist yang beruntung.
Untuk mengenang perjuangan Private Jame Daly, suka saya menurunkan lagu youtube di bawah ini yang bertajuk 'Go on home British soldier.'
Benar sekali ungkapan :
"Ni hiad nar fir mhor a bhaineas an fomhar i gconai"
dan
"A man is free to act, but must act to be free."
No comments:
Post a Comment