"His love is real, but he is not."
Jika ada orang yang belum menonton filem A.I iaitu arahan Steven Spielberg, saya syorkan elok ditonton filem berkenaan. Filem ini berdasarkan filem masadepan yang mana manusia sudah boleh memprogramkan robot-robot mengikut keinginan mereka. Salah satu program yang dilancarkan adalah memprogram robot untuk menyayangi.
Sepasang suami isteri telah mengambil anak angkat dikalangan robot. Ia dinamakan David, berumur 11 tahun, berat 60pound dan tinggi 4kaki 6 inci. Danny diprogram untuk menyayangi ibunya. David sungguh real hingga seseorang tidak akan menyangka dia hanya robot. Dia adalah manusia, mempunyai perasaan cuma tidak berdarah daging sahaja.
Kasih sayang David dan 'ibu'nya berakhir apabila ibunya terpaksa membuang David kerana sebagai robot, David hampir mengakibatkan kecederaan anak kandungnya yang sakit. Bermula perjalanan David untuk mencari sesuatu yang disayanginya: iaitu 'ibu'nya. David memang diprogramkan untuk menyayangi dan tidak ada apa yang boleh menghalangnya untuk mencari 'ibu'nya.
David menjadi beku selama beribu tahun dizaman Air Batu pada masa akan datang. David di'hidup'kan semula oleh makhluk asing yang mula menghuni bumi apabila spesies manusia sudah pupus akibat zaman Air Batu. Setelah dihidupkan semula, David yang tidak tahu dia di zaman mana meneruskan pencarian mencari 'ibu'nya yang tercinta.
Dengan teknologi makhluk asing, mereka membina semula memori David dan juga melalui peninggalan DNA ibunya, alien telah construct semula imej ibunya. Untuk sehari, David dapat memenuhi impiannya untuk bersama 'ibu'nya sebelum David sendiri dilupuskan. Ini kisah cinta Artificial Intelligent.
Mari kita tengok A.I yang bermakna Anwar Ibrahim. Setelah dipecat, Anwar telah menubuhkan PKR. Kecintaan PKR kepada Anwar memang tidak ada tolok bandingnya. Kecintaan Anwar terhadap PKR hanya seperti menyintai robot sahaja - hanya alat untuk beliau berkuasa.
Sementara Anwar yang dikagumi PKR menanamkan kebencian kepada UMNO dan menguar-uarkan bahawa PKR parti yang demokratik dan telus. Anwar sudah mencipta Artificial Intelligent dalam PKR bahawa mereka parti yang yang telus dan demokratik. Pengikut PKR benar-benar ingin pemilihan yang adil dan tansparent. Nampaknya 'cinta' mereka real, tetapi Anwar Ibrahim tidak.
Seperti mana-mana parti, sebagai leader Anwar tidak boleh membiarkan penyokong-penyokongnya mempunyai citarasa sendiri tanpa dipandunya. Anwar inginkan Azmin, dan beberapa tokoh kesayangannya. Namun ahli parti diperingkat grass root sudah mempunyai idea dan pendirian sendiri. Sivarasa dan Elizabeth Wong telah tewas dipemilihan cabang PKR.
Begitu juga dengan YB Mike dari Kapar dan Kamarul Baharin telah tewas. Mereka merupakan orang kuat Azmin Ali. Nampak sekarang grass root PKR menyonsong arus dan mengengkari kehendak Paramount Leader mereka iaitu Anwar Ibrahim sendiri. Ada ura-ura pemilihan parti ini akan dibatalkan. Baca laporan Unspinner disini.
PKR yang telah merosot pengaruhnya akibat hijrah beramai-ramai YB-YBnya sudah diragui boleh memimpin Malaysia jika PR menang PRU ke 13 nanti. DAP sendiri mengakui PAS lebih kemas organisasi dan Haji Hadi layak jadi PM jika mereka menang.
Rakyat atas pagar perlu lihat bagaimana parti yang hendak menyaingi UMNO ini mentadbirkan pemilihan mereka apabila sampai ada insiden bertumbuk dan lempar kerusi. Dilaporkan Xavier telah tewas dan dalam kekecohan beliau telah ditumbuk. Baca laporan Parpu Kari disini. Inikah 'government in waiting' yang diharap menjadi alternative kepada BN?
A.I versi Malaysia iaitu Anwar Ibrahim tidak walk the talk. Sementara ramai yang menyertai PKR berharapkan parti utopia yang tidak corrupted, tidak mementingkan kroni, anak beranak, pemilihan yang adil dan telus, semua tidak wujud dalam PKR. Buntut belanga sama hitam dengan kuali. Politic is politic.
Anwar Ibrahim emulated Neo in Matrix. Anwar Ibrahim is real but his love is not.
2 comments:
PKR =Parti kukubesi Rakyat
ulasan anda terhadap A.I. sangat tepat. hahahaha. tidakkah melayu belajar untuk melihat ke belakang? ketika anwar mengkhianati rakan2 ABIMnya untuk memasuki umno semata2 dijanjikan TPM?
bila dibuang oleh UMNO, dia menumpang kasih pada org malaysia dengan mempergunakan PKR.
Post a Comment