Followers

Tuesday, September 21, 2010

Pemusnah Sekolah Cina dan Tamil

Konsep 1Malaysia yang diterajui PM Najib sudah menimbulkan berbagai kekeliruan. Ini kerana rakyat menafsirkan konsep ini mengikut acuan masing-masing.PM sendiri bagaikan tidak mempunyai jurucakap yang berkaliber untuk menjuarai - dan menangani - konsep ini kepada rakyat bawahan. Jurucakap yang cuba menjadi jaguh seperti Nazri, KJ dan Tengku Adnan pula lebih membawa malapetaka kepada PM - dan BN - dari membawa faedah.

Saya pernah menulis konsep 1Malaysia perlu bermula dengan 1Sekolah. Tidak ada 1Sekolah, maka tidak akan ada 1Malaysia. Kebudayaan kaum-kaum selain Melayu mesti dihapuskan. Bahasa selain Bahasa Melayu dan Inggeris perlu dihapuskan. Ini negara Malaysia, milik semua kaum tetapi kena mengikut acuan Melayu. Period.

Dalam posting terbaru Jebat Must Die, Will Lim Kit Siang support One School system so that once and for all he is Malaysia and not chinese first?  Jebat mencabar Lim Kit Siang yang kononnya mengaku Malaysian First, chinese second menyokong 1Sekolah. Sudah lebih dari 200 blogger menyokong 1Sekolah dan hapuskan sekolah vernacular.

Kita tahu kebanyakkan poli-tikus Cina tidak akan menyokong 1Sekolah. Tahun lepas, Ketua Pemuda MCA dan Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong membuat laporan polis terhadap blogger Kijang Mas kerana memulakan kempen 1Sekolah. 

Jadi konsep 1Malaysia bagi kaum Cina yang menuntut Melayu berkorban, membuang affirmative action, hak-hak istimewa, tidak boleh cium keris dan sebagainya hanya pengorbanan sehala. Hanya Melayu yang perlu beralah tetapi kaum Cina mahu mengekalkan status quo mereka. 

Kaum Cina menuntut Melayu buang itu dan buang ini sementara mereka kekal dengan sekolah jenis kebangsaan, kebudayaan mereka dan sebagainya. Jika diusik, akan bangkitlah NGO Cina seperti Su Qui dan Dhong Jang Zhio. Akan menikuslah poli-tikus Cina terhadap NGO yang chauvanist. Ini menjadikan politik Malaysia complicated dan sekolah vernacular tidak mampu untuk dihapuskan.

Lebih-lebih lagi sudah menjadi habit orang Melayu menghentam NGO mereka sendiri dan senyap terhadap tuntutan NGO kaum lain. Begitu juga dengan orang politik Melayu yang lebih minat hentam orang sendiri dan jadi talibarut kaum lain. Terbaru seorang tokoh politik dengan bangga mengakui dia tidak bangga jadi orang Melayu. Soalnya bukan perlu bangga atau tidak, perlu diperjuangkan taraf ekonomi bangsa kita. Kita tidak minta dilahirkan sebagai Melayu. Dan memang pencapaian Melayu tidak ada apa yang mahu dibanggakan buat masa ini.

Bertunjangkan parti super racist DAP, kaum Cina berganding bahu dengan NGO mereka bagi memastikan 'hak-hak istimewa kaum Cina' tidak terusik walaupun tidak dijamin oleh perlembagaan. Ini menjadikan mereka lebih kuat kerana mempunyai 'kuasa politik' yang memberi mereka 'bargaining power'. Mana-mana parti Melayu - samada pembangkang atau pemerintah - perlu tunduk kepada tekanan politik 'undi collective' kaum Cina.

Dan bermaharajalela sekolah jenis kebangsaan yang mencorak pemikiran mereka mengikut acuan kebudayaan mereka yang 'racist' dan superior. Perlembagaan tidak ada memperuntukkan kerajaan perlu bantu sekolah jenis kebangsaan kerana sekolah ini wujud berdasarkan semangat kebangsaan kaum Cina dan India terhadap negara asal mereka. Perbelanjaan mereka perlu ditanggung oleh kaum mereka sendiri. Seperti halnya yang lain, sebagai entiti politik, mereka akhirnya mampu mendesak dan menekan kerajaan supaya memberi bantuan kepada mereka. 

Mengejutkan, ini pandangan uncle Henry Lee a.k.a Lee Kuan Yew terhadap sekolah jenis kebangsaan:

“Now we have a very polarised Malaysia — Malays, Chinese and Indians in separate schools, living separate lives and not really getting on with one another. You read them. That’s bad for us as close neighbours,”  

Di Malaysia, sejak kemerdekaan hingga kini, tidak ada tokoh politik yang mampu memusnahkan sekolah jenis kebangsaan ini. Tidak walaupun Tun Dr. Mahathir yang diperkatakan berani dan perkasa. Ironinya dalam sejarah, orang yang mampu memusnahkan sama sekali sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil ini adalah Lee Kuan Yew - katak besar dalam kolam kecil. 

Saya akui ianya bukan mudah, walaupun bagi Lee Kuan Yew. Tapi beliau mempunyai strong political will. Itulah sebenarnya pemimpin, lead isntead of being led. Jika tidak menyediakan acuan, walaupun bertaraf PM, kita hanya Tok Empat yang kebetulan jadi PM. Tidak lead tapi hanya menjaga kampung bernama Malaysia supaya jangan huru hara.

Kita perlukan Lee Kuan Yew versi Melayu dan Malaysia. Anyone?
 


13 comments:

jon said...

i believe this whole thing is a waste of time. they are even mor malay and indians enrolling their childrens in chinese add schools and private schools compared with 10 years ago. which is already at 125% ++ capacity. why ?? because its good education! with better teachers. they survive they expend all with minimal support from the government, if any at all. BM is useless in the real world other then in malaysia.

sri tribuana said...

Terima kasih saudara Jon,

Jika benar ramai yg mampu pergi ke sekolah swasta seperti yg saudara dakwa jgn minta 1billion dari kerajaan untuk sekolah jenis kebangsaan cina. Bahasa melayu mungkin useless dalam real world other than Malaysia tapi begitu juga bahasa zimbawe, bahasa finland, bahasa vietnam, bahasa laos, bahasa iran(parsi)dan turki etc etc tapi itu bahasa kebangsaan mereka, mereka kena tahu bertutur sebagai rakyat negara mereka. Sebab itu saya kata kena iktiraf bahasa inggeris juga sebagai bahasa global.

kelisa_samudera said...

setuju dengan jon. sekolah yg dapat minimal support dari kerajaan akan berusaha keras utk improve kualiti diorang. BM is useless in the real world, tapi tugas kita la nak jadikan dia useful. kalo sentiasa mengeluh ttg useless tanpa ada usaha nak jadikan useful, sampai bila2 pun BM akan useless. dan tugas tu bukan terletak pada org melayu saja, tapi pada seluruh rakyat malaysia.

sri tribuana said...

hanya satu yang saya setuju: mutu pendidikan kita memang teruk.

Anonymous said...

Now this is juz my 2 cents...first of all let me state that i am not a chinese and my views are generally unbiased....If a chinese person says i want to send my son to a chinese vernacular school because i want him/her to learn mandarin..i'd say: walao eh...hang ni dah xberapa betul kot ni....why? its ur mother tounge..teach him/her urself..speak it at home...sending ur child to a chinese school and coming back to an english speaking household will not make ur child good at it..hence its pointless...and again yes i find knowing malay very important and i do speak it quite well..xlah sampai boleh jadi prof untuk DBP tapi bolehlah...but here is the prob..since the abolishment of teaching science and Maths in english which will start in 2012 i dun see any advantge that a SRK can offer anyone other than proficiency in Malay?..where as Chinese schools have a better track record on paper..the english and malay may be a bit iffy...however the results in other subjects especially maths(essential subject here) always fare better then SRK's..even the non chinese fare better than their SRK counterparts(they wont do well in the begining..but if they stay on and have encouragement from parents and teacher they become once they get a grip of the language)why? because chinese school teacher have an invested interest in making sure these kids do well..school does well= more enrollment..more enrollment= more funds..so they teach these kids diligently..they are pushed and pushed..extra classes...homework homework homework....SRK's on the other hand buat sambil lewa aje...cikgu-cikgu semua cukup bulan ambik gaji...so yes the education system sucks cause one robs our children of a bit of their childhood and another a bit of their future..i place more importance on their future..so i have to go for the lesser evil ...so until someone can tell me that they can make SRK's the competitive breeding ground that SRJKC's are..abolishing vernacular schools are not a great idea and also...xsalah kalau ade orang tu nak belajar bahasa lain selain melayu and inggeris it should be promoted really...even singapore is reattaching importance to mandarin due to china's sudden economic rise...

Anonymous said...

and as to kelisa who said that its the responsibility of all malaysians to improve the standing of BM..Ni kawan..kalau orang luar nampak malaysia ni macam orang kampung yang cakap bahasa global pun xberapa leh...u think they will consider our language as an important object? build our country up first then we can start on making BM important again..cam dulu-dulu zaman melaka tu...but when i look at the state we are in now..all i and say is "Cobaaaaan"

Cuma pandangan saya..Dun need to crucify me if u disagree.

sri tribuana said...

Anon 1:27

menarik komen saudara, ada point yg elok kita ponder

Anonymous said...

Rata - rata komen yang diberikan kebanyakkan bercampuk aduk BM + English.

Anonymous said...

Thanks for the compliment...
oh and another thing..i do believe that kalaulah sekolah-sekolah SRJK were not allowed to be even established selepas merdeka out unity would be in much better shape..cause then we had a leader that had all races inspired (aka siapa lah lagi kalau bukan Tunku Abdul Rahman) Now politics have already wedged a gap between the races..making it very difficult..not impossible but difficult...however i disagree kalau ada orang kata yang bangsa lain tidak boleh mempelajari bahasa ibunda..however it should be offered as a optional course at school...so if people want it they can choose it(i am sure some parents of any race wouldn't mind an extra language if their child in interested)..but in my ideal world..i would say that even though they are there to be taken they should not be involved in major national exams..only school level..no A , B , C or D..all u get is a proficiency certificate..ini keraa saya tak mahu pula muncul fenomena ibu -bapa yang kemaruk dengan berapa banyak A yang anak dia dapat..sat lagi buta-buta anak mereka dipaksa oleh keluarga ambik sebagai subjek so boleh tambahkan jumlah A dalam Ujian...let the learning of other languages be an issue of of interest as it should be and lets put BM and English back on the pedestal reserved for the national language and the one for the world's Lingua Franca

Anonymous said...

siapa kata sekolah cina bagus,,semuanya bohong,anak saya sekolah cina,racist bukn main lagi sekolah cina.indah khabar dari rupa,guru malas dan tak masuk kelas,sama saja semua.bila nak exam baru sibuk tuition.konsep hafal.100 peratus hafal bukan memahami.itulah sekolah cina.

sebab itu bila exam ramai lulus tinggi kerana konsep hafal yang melampaui batas,saya sokong kerajaan tak mengiktiraf sijil sekolah cina sebab mereka bukan pandai sebanarnya tapi penuh penipuan.konsep menghafal bukan memahami.

Anonymous said...

Kalau bab Menghafal yang hang x puas hati tu..SRK pun sama...kebanyakan Graduan-Graduan IPTA dan IPTS pun kerja menghafal je kan?

Kualiti graduan sekarang hang ada nampak x...kucar-kacir semua..graduan melayu ke india atau cina ke same aje

sijil-sijil diape pun xmau diiktiraf ke..masalahnya sistem bukan sekolah sekurang-kurangnya SRJK ade juga nak bagi student dia preform..yang SRK Ujian ke x..lantak pi aje...

Yang kalau cikgu yang mengajar pun kurang memahami apetah lagi pelajar..ni lah yang orang putih kata a Vicious cycle..in our case a vicious cycle of ignorance...dan pernah saya kata SRJK baik sangat? saya kata antara kedua opsyen yang wujud akibat pembubaran PPSMI..SRJK a bit better sebab masih lagi ade sifat kompetetif..salah ke?

Anon:4.27 salah ke i taip BI campur BM? i x nampak masalahnya? Bm kena check ejaan sendiri Com i xde Spell check BM..dan i kalau taip cepat cepat memang dalam bahasa apa pun i guna mestti hancur ejaanya...so kalau tersinggung i minta maaf lah

Anonymous said...

Salam 1Malaysia 1Sekolah, saya pun amat bersetuju dengan kempen 1Sekolah dan siapa yang kata sekolah SRK tidak bagus? semuanya hanya persepsi belaka, anak saya bersekolah di SRK dan menunjukkan prestasi yang baik. Tiada masalah. Kenapa perlu memburuk-burukkan SRK?
Sahabat-sahabat saya ramai yang berjaya menjadi doktor, jurutera, peguam, akauntan, ahli perniagaan dll adalah produk SRK. Isunya mengapa anak-anak kita perlu diasingkan semenjak di bangku sekolah kalau benar-benar mahu mewujudkan perpaduan dalam konsep 1Malaysia.
Kalau setakat mahu belajar bahasa mandarin atau tamil menjadi isu, maka boleh difikirkan bagaimana bahasa tersebut boleh diajar dengan lebih berkesan di SRK. Sama halnya dalam isu bahasa inggeris dan matematik, perlu diolah bagaimana prestasi pelajar boleh dipertingkatkan dalam kedua subjek ini. Yang pentingnya 1Sekolah.
Melayu, Cina, India, Iban dll belajar dan mengajar di 1Sekolah. Hasrat PM mewujudkan konsep 1Malaysia hanya akan berjaya sekiranya anak-anak kita belajar di 1Sekolah. Berani ke PM Najib buat perubahan besar-besaran? atau hanya sekadar slogan politik semata...

dzimba said...

amat bersetuju.. 1 sekolah untuk semua baru 1 malaysia akan berjaya. Dah banyak melayu mengalah tapi cina tetap sama.

Mutu pendidikan sek keb sudah cukuo bagus untuk menimba ilmu dalam pelbagai bidang, justeru itu sek jenis keb cina dsbnya adalah tidak perlu. Ianya mungkin perlu hanya kerana sikap racist cina sahaja atau sikap kiasu dan egoistic. Tidak ada bukti yang kukuh secara akademik yang mengesahkan bahawa sek jenis cina melahirkan pelajar yang terbilang.

Kaum cina bukan cerdik dan hebat, cuma di malysia kontek kita puji mereka kerana mereka gigih dlm perniagaan justeru itu mereka berjaya menguasai ekonomi. Melayu kalau ingin berjaya tiada jalan lain kecuali ikut sunnah nabi iaitu berniaga, bukannya sibuk cari kerja untuk makan gaji dan buang sikap bahawa soal ekonomi terpesong dari agama dan hanya untuk dunia semata mata.. ekonomi adalah jihad dan untuk dunia dan syhurga.

KIta tidak mahu lahirkan ulamak yang buta ekonomi spt Nik Aziz, dan kita tidak mahu lahirkan ahli perniagaan atau ekonomi yang buta agama dan kita tidak mahu lahirkan ahli politik atau pemimpin yang buta segala galanya spt nazri botak dan KJ

sekian secara ringkas dan salam idulfitri.