Saya pernah menulis tentang fifth column. Baca sini.
Boleh kita katakan fifth column ini adalah musuh dalam selimut. Mengikuti beberapa blog, dan berdasarkan pengamatan saya sendiri, saya merasakan memang dalam UMNO ada agenda yang ingin memusnahkan UMNO dari dalam. Ada usaha sedang sabotaj UMNO sekarang ini kerana kecewa tidak dapat jawatan atau takut hilang jawatan. Klik sini.
Begitu juga dengan pendirian beberapa joker-joker dalam UMNO yang bertempur secara terbuka dengan NGO Melayu. Lupakan seorang Ibrahim Ali, tetapi Perkasa merupakan wadah perjuangan Melayu selepas UMNO sendiri tidak berdaya. Tindakan bermusuhan dengan Perkasa kerana persoalan peribadi seperti tak suka Ibrahim Ali atau Mahathir hanya membawa kerosakan kepada UMNO - undi Melayu dalam Perkasa atau yang bersimpati dengannya jangan diperkecilkan.
Mari kita fikir mengapa Anwar tidak mahu menjadi Presiden PKR? Anwar sudah mempunyai pengikutnya yang solid dalam PKR. Anwar sebenarnya tidak keluar dari UMNO. Beliau dipecat. Anwar masih meninggalkan benihnya dalam UMNO walaupun disebalik lakunan cantik poli-tikus yang saling kata mengata, saya yakin Anwar masih mengidam untuk menjadi Presiden UMNO. Anwar masih percaya melalui UMNO beliau boleh mentadbir Malaysia lebih baik lagi.
Ini sebab mengapa Anwar inginkan Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden. Azmin Ali merupakan pengikut Anwar yang setia, juga bekas ahli UMNO yang berkiblat totok kepada Anwar sendiri. Zaid Ibrahim, walaupun bekas ahli UMNO hanya dilihat sebagai political oppotunist dan kesetiannya terhadap Anwar's grand design - iaitu kembali ke UMNO - diragui.
Anwar perlukan privy dalam UMNO untuk menjatuhkan pemimpin yang ada sekarang dan memberi laluan kepadanya untuk menyertai UMNO. Dan fifth colum ini terdiri dari orang-orang yang menjawat jawatan penting dalam UMNO. Bukan hanya sekadar picisan.
Saya rasa Dato Sri Najib juga sudah nampak, tetapi perlu segera melakukan great purgenya. Jika tidak lebih banyak kerosakan yang dilakukan oleh fifth column dalam UMNO ini.
6 comments:
Betul, betul, betul.. Itulh musuh yang paling bahaya sekali yang ada dalam umno. Berwaspadalah wahai UMNO dengan musuh dalam selimut ni, harta dia rebut, UMNO di rosakkan. Lebih kurang macam jin yang digunakan oleh bomoh santaulah. Tak perasan sangat kehadirannya membawa malapetaka kepada MELAYU.
mintak laluan bro,aku ada dengar kbar angin antara fifth column geng aljub adalah orang nombor satu dalam perkhidmatan kerajaan yang dulu bekas ABIM.Musuh dalam lipatan,telunjuk lurus kelingking berkait.....
Salam.Sebenarnya musuh umno adalah pemimpin pemimpin UMNO itu sendiri yang bukan berjuang untuk bangsa dan negara.Tetapi mereka berjuang utk kepentingan diri mereka sendiri dan langsung tidak memikirkan untuk membela bangsa.Ini membuatkan bangsa melayu menolak UMNO
Disemua peringkat UMNO raka kerana pemimpin yang tidak sensitif padasiapa yang meletakan mereka disitu. Nazri,Tengku Adnan dan khalid Nordin adalah model terkini. Ada beratus-ratus penganut seperti itu diBahagian-bahagian dengan berbagai tujuan dan keranah. Dapatkah BN bertahan jika berterusan begini ?
Salam saudara sekelian,
Memang saya dapat rasakan ada usaha dalam UMNO sendiri mahu menjauhkan undi Melayu dari UMNO sendiri. Bukan semua org Anwar keluar parti mengikutnya
haha. saya setuju tentang anwar ni. dia ni bukan peduli kat orang lain. dia ni nak jadi pm aje.
Post a Comment