Followers

Monday, September 20, 2010

1Malaysia: Muhyidin dan Nazri Tan Sri Aziz.

Tun Dr. Mahathir kata beliau tidak faham 1Malaysia. Tengku Razaleigh Hamzah turut berkata demikian.

Muhyidin Yasin menyatakan dengan tegas setelah didesak oleh Lim Kit Siang bahawa beliau Melayu dulu, baru Malaysian. Nazri Tan Sri Aziz pula menyatakan sebaliknya.

Nazri Tan Sri Aziz telah dikritik oleh Awang Selamat dalam artikel Alahai Nazri. Baca sini. Antara isu yang dibangkitkan adalah tentang sikap permusuhan yang ditunjukan oleh Nazri terhadap Perkasa dan Tun Dr. Mahathir. Nazri juga menuduh Utusan Malaysia mempunyai agenda untuk membawa balik TDM sebagai PM.

Nazri Tan Sri Aziz yang berada di Bucharest, Romania telah menjawab secara terbuka artikel Awang Selamat itu. Baca sini Surat Terbuka ini telah disiarkan oleh Datuk Ti Lian Ker dalam blognya, Thinking A Loud. Dengan ini, Nazri Tan Sri Aziz menjadi orang kedua selepas Khairy dari UMNO melancarkan jihad terhadap Utusan Malaysia.

Tidak seperti Muhyidin yang didesak oleh Lim Kit Siang hingga menyatakan Muhyidin sebagai "Malay first, Malaysian second", Nazri dengan rela hati dan bangga menyatakan beliau "Malaysian first, Malay second."

2 Menteri, 2 kenyataan berbeza terhadap 1konsep 1Malaysia yang sering disalahertikan. Tanyakan juga menteri-menteri Cina seperti Koh Tsu Koon, Wee Ka Siong mereka Malaysian first, Chinese second or vice versa. Tanya juga Chua Soi Lek dan Samy Velu.

No 2 UMNO sudah menyatakan pendirian. Bagaimana no 1 UMNO? Rakyat ingin tahu mahu ikut Nazri atau Muhyidin. Kalau boleh jangan sampai TDM menghuraikan 1Malaysia ikut kefahamannya.

Atau memang konsep 1Malaysia ditakdirkan vague untuk selamanya?




5 comments:

Anonymous said...

nazri aziz, hishamudin,khairy jamaludin=Liabiliti UMNO (untuk perhatian YAB PM)

Anonymous said...

nazri bukan melayu dia melayu liberal macam ISlam hadhari lah katakan bukan Islam tapi Islam hadhari. Nazri ibarat pipit tuli makan berhujan, nak dihalau kain basah. tak dihalau padi abis. faham faham kan lah wahai melayu liberal, Parti UMNO tu kan UNITED MALAY NATIONAL ORGANIZATION ATAU PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU dan bukan nya pertubuhan kebangsaan malaysia bersatu. Kalau tak faham juga letak jawatan dari UMNO dan kerajaan.

Hidup Dato Sri Najib bin Tun Abd Razak

Hidup Tan Sri Muhyidin bin Mohd Yassin

Hidup Tun Dr Mahathir bin Mohammad

Hampeh nazri anak lelaki Tan Sri Aziz Yeop

kelisa_samudera said...

kalo peringkat menteri pun masing2 tak paham 1 malaysia, kat bawah ni lagi la tak paham.

DS najib main pakai cakap aje 1 malaysia tu. dia sendiri pun tak tau apa dia. kalo dia tau dah tentu dia bagitau semua org pasal konsep tu.

zamsalam said...

UMNO MESTI JADI "ULTRA MELAYU"

UMNO jaga Melayu..BN jaga 1Malaysia

1. Pemimpin UMNO harus faham peranan mereka menjaga kepentingan Melayu.

2. Biarkan Pemimpin BN yang bersuara tentang 1Malaysia..

3. Pemimpin UMNO harus BERTAUBAT. 1Malaysia tidak tercapai jika Ekuiti Melayu belum mencapai 80%!!!

zamsalam.sabah.

p/s: ...untuk melayu yang TERUJA denagn 1Malaysia..parti GERAKAN masih lagi menerima pendaftaran ahli..

Anonymous said...

Aku rasa Nazri ni dah fedup dgn Najib dan 1 Malaysia.
Dia pun tak jelas apa yg atau bukan 1 Malaysia.
Aku harap Najib tak syok sendiri.