Saya sebenarnya merujuk kepada satu istilah terkenal parti komunis ketika zaman Revolusi Bolshevik di Rusia.
Seorang pengkaji arkib Soviet Union selepas era kejatuhan komunis menghadapi masalah untuk memahami beberapa dokumen pemimpin revolusi komunis apabila mereka berkomunikasi. Apabila mereka menyatakan akan mengadakan 'peaceful demostration' ia mempunyai beberapa makna tetapi bukan demostrasi aman. Kadang-kadang maknanya sangat bertentangan iaitu rusuhan.
Ini dipanggil 'in-depth language'. Hanya beberapa ahli politik komunis yang sangat memahami makna atau kedalaman makna yang dimaksudkan oleh pemimpin tertinggi mereka. Stalin merupakan salah seorang master of this art. Ini menjadikan Stalin berjaya mengakali Trosky walaupun dari segi intelek, Trosky jauh mengatasi Stalin.
Saya rasa politik memang memerlukan seni 'in-depth' language ini. PM Najib menyatakan UMNO tidak memusuhi Perkasa kerana pertubuhan itu tidak menyaingi UMNO kerana ianya hanya NGO. Menurut PM, Perkasa hanya ingin memastikan hak-hak keistimewaan orang Melayu kekal. Baca sini.
Jadi kenyataan pemimpin tertinggi UMNO dan BN ini sangat bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agongnya. Mengapa jadi demikian? Tidak faham arahan?Arahan tidak jelas? Gagal memahami kehendak pemimpin kerana terlalu ghairah untuk menjadi 'apple polisher'? Lebih sudu dari kuah?
Konsep 1Malaysia Dato Sri Najib memang banyak menimbulkan kekeliruan kerana ianya sendiri 'in-depth language'. Dalam keghairahan sesetengah pemimpin menafsirkan niat Dato Sri Najib, maka ramailah pemimpin yang terperangkap kerana ingin menunjukkan mereka setia 'dibelakang PM', articulate dan memahami kehendak pucuk pimpinan.
Maka keluarlah kenyataan-kenyataan dari Nazri Tan Sri Aziz, Tengku Adnan Tengku Mansor, Khairy Jamaludin dan Khaled Nordin yang menunjukkan mereka 'current' dan global dan liberal. Mungkin PM sendiri tidak mempunyai niat seperti yang mereka pertontonkan. Dato Sri Najib sendiri seorang yang master art of 'in-depth language' dan sering membuatkan orang tertanya-tanya apa yang beliau sebenarnya inginkan.
Di zaman Stalin, kegagalan menafsirkan dengan tepat 'in-depth language' ini akan membawa malapetaka hingga menghadapi firing squad. Ramai tokoh politik telah di'liquidified'kan oleh Stalin dalam 'Great Purge'nya. Mungkin DSN sedang menjalankan 'great purge' dalam UMNO kerana sebahagian mereka yang berkuasa dan memegang jawatan ini merupakan warisan Pak Lah.
Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan. Biarkan.
5 comments:
one of the best post so far.... well done..
Salam STB,
Tidak ramai yang memahami "in-depth languages" atau kedalaman maksud bahasa / perkataan. Makna nya ia nya memerlukan kemahiran untuk memahami maksud nya agar tidak tersasar. Justeru itu harap sangat STB memberi pedoman dan tips untuk kami-kami ini memahami maksud tersirat nya, takut-takut kalu kata benar jadi tidak benar, kata-kata tidak benar jadi benar pula?. haru biru jadi nya. Dunia sekarang ini perlu cakap lurus dan terus serta tidak berbelit-belit, khas nya golongan muda selepas fasa ketiga pembangunan sosio ekonomi Malaysia.
Soal nya bagaimana kita hendak meminimakan "ketirisan" dalam berkomunikasi yang berkesan. Realiti nya ada hambatan dan kekangan diantara penghantar maklumat dengan penerima maklumat?, jadi apa tips STB?.
Anyway your posting is good to ponder and widen the world view. Keep it up.
TK
Sri TriBuana Selamat Aidul Fitri,
1. Salah satu alat komunikasi sesama manusia adalah bahasa. Manusia dapat hidup bersama-sama kerana bahasa yang sama. Dapat berkelompok dan bersukuan juga kerana bahasa yang digunakan. Manusia dapat bekerja kerana bahasa yang membantu menyelaraskan nya.
2. Sayangnya, bahasa tidak selalu dapat mengungkap sebaiknya apa yang hendak disampaikan oleh seseorang kepada orang lain, kerana bahasa bagaimanapun juga sangatlah terbatas. Pada kenyataannya, kesalahfahaman kerana bahasa selalu saja boleh terjadi, ketersinggungan kerana bahasa juga selalu dijumpai.Ketika hal itu terjadi, maka akan menjadi ingatan yang tidak mudah untuk dihapuskan, sebagaimana bekas-bekas paku yang terpaku di dinding rumah dan pagar. Sekalipun pakunya sudah dicabut, tetapi lubang-lubang bekas paku itu tetap masih ada dan kelihatan. Lubang bekas paku itu sukar untuk dihilangkan.
3. Demikian juga bahasa. Kalau salah mengucapkan atau salah menangkap boleh menyakiti hati seseorang. Meski ada permintaan maaf dari yang salah ucap, tetapi kesan nya akan tetap tinggal dalam hati orang yang merasa disakiti.
4. Justeru itu, komunikasi yang relasional sangat penting untuk dikembangkan. Komunikasi yang relasional bukan hanya sekadar pertukaran maklumat antara si-pemberi dan si-penerima.
5. Hindarilah komunikasi yang terjadi kerana kepentingan, yang sesaat. Ketika kepentingan itu selesai, komunikasi itu pun selesai.
6. Komunikasi model ini bukan tidak bermakna, tetapi komunikasi yang demikian tidak menyentuh pelakunya. Mereka memang terhubung, tetapi tidak menyatu. Ada interaksi, tetapi bukan hubungan.
7. Komunikasi yang relasional adalah komunikasi yang setara, yang di dalamnya “aku” dan “engkau” menjadi "kita". Di situlah dua peribadi melebur menjadi satu dan menyatu, tanpa kehilangan keunikan masing-masing pelakunya.Komunikasi yang relasional berarti setiap pelakunya tidak pernah merasa lebih tinggi atau lebih rendah dari yang lainnya. Dengan demikian, perbezaan pendapat amat dihargai dan diberi tempat sebagai sesuatu yang berharga.
8. Dalam komunikasi yang relasional, persamaan dan titik temu diterima dengan kegembiraan dan rasa syukur, karena dari sanalah kemudian tercipta perjumpaan yang sesungguhnya dari setiap pelakunya. Komunikasi yang relasional adalah komunikasi yang di dalamnya “I am ok” dan “You are ok”.Kesalahfahaman makna bahasa/perkataan terhindar. Komunikasi menjadi murni dan perpaduan disimenkan.
Kuang Bukit.
STB,
Tumpang lalu ,kenapa blog MelayuRaya Daily ( Blog Dato' Azizan ) tak boleh di akses?, sudah tutup ke? atau rusak?.
TQ
Salam semua,
Anon 3:05,
Thanks
Anon 7:38
Seperti kata dalam filem P.Ramlee 'Ragam P.Ramlee' kita bercakap berlainan bahasa, anakanda bercakap bahasa muda, bunda bercakap bahasa tua. Di sini saya bercakap bahasa politik. Conceal your intention merupakan salah satu law of power. Saya suka saja melihat pencacai-pencacai politik melompat membodek dan kononnya vocal bagi pihak boss mereka. Ntah iyer ke tidak bossnya hendak mcm tu kita pun tak tahu.
As rakyat or voter cukup senang, vote mana2 parti yg masih menjaga kepentingan Melayu/Islam.
Saudara Kuang Bukit,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Terlalu panjang komen saudara. Secara umumnya saya setuju.
Anon 12:57,
Maaf saya tak pasti ttg Melayu Raya Daily
Post a Comment