Followers

Friday, October 1, 2010

Apa Saja Melayu Buat Semua Rasis.

Saya dah letih menulis tentang perkara ini. Sampai bila Melayu kena beralah? Jika kita berlebih-lebihan menekankan soal ini, mereka kata kita rasis. Jika kita mendiamkan diri dan beralah, kita menjadi bacul ditanah air sendiri.

Selepas DAP minta dua pengetua, seorang dari Kedah dan seorang dari Johor dikenakan tindakan kerana dituduh mengeluarkan kenyataan rasis, terbaru Chua Soi Lek minta kerajaan mengambil tindakan kepada Timbalan Pengarah BTN pula. Kononnya Timbalan Pengarah berkenaan mengeluarkan kenyataan rasis semasa mengadakan kursus tertutup Puteri UMNO.

Apa yang rasisnya? Beliau berkata Melayu perlu bersatu untuk mengekalkan kuasa Melayu. Jadi ini rasis? Kita tidak tahu apa yang kaum Cina atau India nyatakan dalam perjumpaan parti mereka kerana mereka berbahasa Tamil dan Mandarin. Jika dalam perjumpaan mereka, ada perbincangan bagaimana hendak menyatukan orang Cina atau India untuk menjadi dominan di Malaysia, tidak rasis ke mereka ini?

Kad rasis ini sudah dimainkan dengan sewenang-wenang. Mereka berkata-kata tanpa mengambil kira hati dan perasaaan orang Melayu. Mereka langsung tidak mempunyai sensitiviti seolah-olah orang Melayu cuma tunggul - tidak ada perasaan dan kebanggaan diri. 

Semua orang tahu apa itu Biro Tata Negara. Tak perlu menyelinap masuk seperti seorang wartawan Malaysian Insider buat baru-baru ini. Apa yang hendak dibuktikan? Semua kelompok akan bercakap tentang kepentingan kelompoknya. Jebat Must Die menulis dalam posting terbaru tentang sikap racis Dong Zong. Baca sini. 

Bila kaum Cina membuat statement rasis seperti "Worker wanted. Fluent in Mandarin only" tidak rasis? DJ Jamaludin dipecat dari StarFM hanya kerana menyokong 1Sekolah tidak rasis? Mana Lim Kit Siang? Nazri Tan Sri Aziz? Adakah maksud rasis hanya 'menghina kaum Cina' sementara  'Hina orang Melayu sebanyak manapun' merupakan hak asasi orang bukan Melayu?

Saya pernah tulis tentang 'Perkauman Makin Tidak Terkawal' dalam posting baru-baru ini. Jika ahli politik Cina dan India meneruskan permainan ini, tidak mustahil peristiwa 10 remaja Melayu yang membelasah 2 pemuda Cina akan berlaku lagi. 

Perkauman adalah binatang buas, jika terlepas sukar untuk mengawalnya. Oleh kerana yang berkata-kata itu adalah Presiden MCA, saya rasa eloklah dimulakan kempen 'Melayu undi Melayu'.





6 comments:

Anonymous said...

Kebelakangan ini aku terfikir alangkah amannya Malaysia tanpa kaum2 Yahudi Sepet dan Gangster Todi sejak dari 1957 lagi..

kelisa_samudera said...

hahahaha. kita (rakyat biasa) berkokok macam mana pun tapi kalau pemimpin melayu kat atas tu (BN & PR) masih lagi melayan bangsa lain sebab takut hilang undi, tak guna apa satu pun.

ni la namanya ramai tapi tak guna. melayu ramai dalam malaysia, tapi dipimpin oleh org2 yg tak guna.

Anonymous said...

Bayangkan nasib melayu sekiranya bangsa sepet berjaya menguasai pemerintahan negara, dalam melayu dok merintah ni pun nasib melayu jadi macam pendatang di negara sendiri ini kan pula bila si sepet merintah jadi singapura lah jawabnya.

Anonymous said...

STB,

Hanya satu tiada pilihan, 1sekolah dan 1 bahasa pengantar. Ini sahaja.Disamping itu looking inward. Maju diri dalam ekonomi. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

TQ

chenerong ular said...

salam,tak usah kita bandingkan dengan singapura memerintah,ok lagi rasanyanya,saudara kena ingantkan di zaman pemerintahan BINTANG TIGA saelama 14 hari sahaja,IANYA LEBIH GANAS DARI JEPUN,ORANG PUTEH DAN LAIN2,tapi diwaktu itu semangat waja pejuang dan pemimpin bangsa melayu maseh tebal dan kental untuk memerdekakan bangsa dan negara tanah melayu,tiada semangat berpuak2,mengejar harata,kuasa,kedudukan dan pangkat,MELAYU DI WAKTU ITU SEHATI SEJIWA SENADA...... yang penting melayu kena bersatu,UMNO,PAS,PKR,JIKS SEMUA MELAYU MENGUNDI MELAYU KITA MASEH BOLEH LAGI MEMERINTAH MALAYSIA INI,DENGAN PERTOLONGAN ISLAM DAN PERIBUMI SABAH DAN SERAWAK LAGI OK.

cucunenekkebayan said...

"Perkauman adalah binatang buas, jika terlepas sukar untuk mengawalnya. Oleh kerana yang berkata-kata itu adalah Presiden MCA, saya rasa eloklah dimulakan kempen 'Melayu undi Melayu'"

SOKONG.