Saya dah bukan menantu PM. :(
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO telah membuat ucapan dasar beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Sebelum ini, bahkan sekarang Ketua Pergerakan UMNO Pemuda merupakan jawatan sangat penting, setaraf dengan Naib-naib Presiden dan mewakili sayap yang radikal. Penyandangnya sebenarnya mencorak samada Pemuda UMNO perlu menjadi radikal atau lembik.
Sebenarnya kita tidak perlu beretorik tentang kepentingan Melayu. Kepentingan Melayu memang agenda UMNO. Pemimpin atasan mereka mungkin akan mendakwa mereka memperjuangkan semua kaum - dan Melayu merupakan keutamaan mereka.
Ketua Pemuda tidak perlu mengikuti retorik ini. Mereka perlu commit dengan perjuangan Melayu, malah sebagai sayap tidak salah mereka menjadi radikal dan fanatik. Semua orang faham Pemuda berdarah panas seperti bangsa Turki. Itu sebab gelaran 'The Young Turk' adalah gerakan yang tepat kepada pemimpin 'the angry young men'. Pemuda belum perlu menjadi 'negarawan'. Imej mereka sepatutnya 'ultra Malay' seperti Tun Mahathir sebelum beliau menjadi negarawan.
Untuk ikuti ucapan penuh Khairy Jamaludin baca sini.
Pertama sekali saya hairan dengan penggunaan perkataan maqasid dan manhaj. Maqasid bermaksud tujuan atau matlamat, sementara manhaj bermaksud pendekatan. Mungkin KJ juga sudah berjangkit penyakit pemimpin PAS yang rasa lebih mulia dan Islamik jika menggunakan bahasa Arab. Ini juga retorik. 'Ana'. 'Anta'.
KJ telah menekankan peranan pentingnya pengundi muda kepada mana-mana parti dalam PRU ke 13 nanti dan beliau juga melaporkan sudah mendapat ramai ahli UMNO dikalangan orang muda, Katanya sudah seramai 41,663 ahli Pemuda telah berjaya beliau tarik menyertai UMNO. Tahniah.
Kemudian beliau mendakwa bahawa undi Melayu telah meningkat sejak PRK Bagan Pinang, Manek Urai dan Hulu Selangor. Kebanyakkannya dari undi saluran muda. Sudah tentu secara tidak langsung beliau mengambil kredit sebagai Ketua Pemuda walaupun sebenarnya beliau tidak dibenarkan turun berkempen.
Seterusnya beliau menekankan peranan Lab Pemuda yang banyak membantu PM dalam merancang bajet baru-baru ini. Antara yang didengari oleh PM adalah hal perumahan, pinjaman PTPTN, gaji minima dan pinjaman perniagaan. Syabas lagi kerana ini satu usaha yang baik.
Dan ini ungkapannya yang paling menarik perhatian saya:
"Berikanlah juga kami peluang dan kepercayaan; upayakanlah kami untuk memegang dan menggalas tanggungjawab yang lebih berat lagi kerana saya percaya Pemuda hari ini bukan Pemuda yang mengejar jawatan, gila kuasa, tamak projek tetapi kami pendokong harapan, pembela nusa, pencetus semangat, satria setia."
Ini merupakan ungkapan yang paling beretorik. Ramai yang menafsirkannya beliau menginginkan jawatan kabinet demi membela masa depan Pemuda UMNO dan anak-anak muda Malaysia. Beliau juga turut mengkritik DEB yang menurutnya tidak dapat membantu Melayu sepenuhnya kecuali golongan elit. Tapi selama ini, sistem yang beliau kritik ini yang banyak membantu beliau hingga menjadi penganggur terkaya dan hingga menjadi Ketua Pemuda.
Dan beliau menurunkan 10 ciri-ciri Pemuda negatif yang perlu ditolak.
1. Elitis dan egois.
2. Suka melihat orang lain dihentam.
3. Syok sendiri.
4. Budaya 'check-in' dan 'check-out' serta 'punch card' - hanya tunjuk muka bila pemimpin ada.
5. Suka 'enter frame' atau mengambil kredit atas usaha orang.
6. Budaya politik sate - kipas dan cucuk pemimpin.
7. Balin batu sembunyi tangan.
8. Budaya yes man/yes bos
9. Talam dua muka.
10. Opportunist.
Alhamdulillah akhirnya Khairy Jamaludin sudah menemui dirinya sendiri selepas hidup lebih setahun sebagai bukan menantu PM. Beliau menemui cermin dirinya dan mengajak semua Pemuda membuang penyakit yang pernah dialaminya. Dalam laporan mStar Online beliau berkata beliau ikhlas.
Ikhlas memang susah hendak dibuktikan. Ia seperti mencari kucing hitam dalam bilik gelap, dan kucing itu tidak berada dalam bilik berkenaan pun.
Apa-apa pun, beliau berkata, zaman ini bukan dengan cara retorik, demonstrasi, report polis dan guna kuasa bagi memikat pengundi muda. Pengundi muda, menurutnya hanya boleh dimenangi dengan hujah intelek. Jika kita ingat sebelum PRU ke 12, semasa beliau masih Naib Presiden dan menantu PM, beliau melakukan segala itu kecuali intelek.
Khairy menolak retorik dengan retoriknya sendiri.
4 comments:
100 % setuju bro...beliau adalah perosak kepada UMNO yang ditinggalkan oleh bapak mertua. Satu lagi ciri pemimpin pemuda yang lupa disebut adalah perasuah politik.
Aku dah muak dengan golongan anti kj yang memperjuangkan agenda mamak. tempayan golongn nti kj akan ditutup sekiranya disudukan projek dan habuan.
perkara penting antirasuah yg ramai golongan ikhlas dlm perjuangan nak dengaq tak disebutpun.....hampeh.... tak sapa nak caya.... perbuatan lebih jelas dan nyata drp kata2.... hang kata tak nak gula2kan golongan muda yg intelek ni, sdgkan hang yg budus..............
KJ SATAY........
Cucuk, bakar, kipas !!!!!!!!!
Post a Comment