Followers

Thursday, October 28, 2010

Janji Manis-Manis Festo Mu

Saya nak tergelak pun ada, nak termuntah pun ada baca kenyataan 'pakar ekonomi' PAS. Husam Musa berjanji PR jadi kerajaan cukai Hapus .

Beliau berjanji, jika rakyat memberi mandat kepada PR, cukai pendapatan akan dihapuskan sepenggal. Come on, if you claim your are government in waiting, please don't insult our intelligent, ma. Bukan semua penggundi atas pagar boleh digula-gulakan dengan janji tak masuk akal. *Sigh*

Saya nak tergelak baca komen-komen dalam Neutral Daily, ada yang komen jaga kambing pun rugi, ada hati nak jaga kerajaan pusat. PAS selalu kritik kerajaan, tapi lupa mereka juga sudah rugikan Kohilal. Bagi ahli PAS tak apalah sebab rugi di dunia, saham di akhirat. Tapi undi atas pagar yang penting, bukan ahli PAS sahaja.

Kalau tak kutip cukai pendapatan nak korek mana duit? Kalau tak ada duit, nak buat pembangunan macam mana? Cukai yang di kutip bukan hak kerajaan, semua duit rakyat. Kerajaan cuma pemegang amanah saja.Kami sebagai rakyat akan bagi mandat kepada pihak yang bijak menguruskan duit pembayar cukai.

Ini ada cerita menarik. Oleh kerana PAS kononnya Islamik, ada cerita tentang khalifah Islam apabila seorang kawannya melawat beliau, khalfah bertanya hal peribadi ke hal negara. Apabila dijawab hal negara khalifah berkenaan memadam lilin kerajaan dan menyalakan lilin peribadinya.

Masalah sekarang baik BN atau PR lupa bahawa mereka hanya trustee kepada duit pembayar cukai. Kerajaan tak ada duit, semua duit itu duit rakyat. Mereka hanya di amanahkan menguruskan sahaja. Ada kritikan bagaimana kerajaan BN menggunakan duit pembayar cukai dengan sewenang-wenang. Baca posting terbaru Outsyed The Box dibawah tajuk: Private Money,Taxpayer's Money, Government's Own Money & Stuff. Saya setuju dengan kritikan Syed Akhbar dalam artikelnya.

Walaupun kerajaan BN ditegur tetapi pakar ekonomi PAS ini lebih dungu. Kalau cukai tak dikutip, macam mana hendak menggerakkan birokrasi kerajaan?Kalau BN tak tau mana duit sendiri dan duit rakyat, PAS langsung tak mahu ambil tau. 

Malaysia akan lebih cepat bankrap dibawah PAS lah kalau macam itu.

Update

Sila baca rancangan Transformasi Ekonomi versi PAS Kelantan. Warning: jangan serius sangat ketika membacanyaKlik sini.





7 comments:

Anonymous said...

bersyukurkah kamu, duit kerajaan itu dipegang oleh orang yg menjadikan malaysia pusat hiburan?

sri tribuana said...

sebagai rakyat kami akan amanahkan pada siapa yg bijak menguruskan taxpayer's money, kali diaorg tak amanah, tanggungla kat akhirat. At least tak de la bankrap lagi mcm parti yg tak pandai menguruskan kambing pun.

Kama At-Tarawis said...

Spot on, STB!

cucunenekkebayan said...

hahaha. jaga kambing pun rugi!
rasuah seks itu sedekah, Allah mencarut dalam quran, skandal di Lojing, x jd buat kerajaan Islam sebab Karpal Sing taknak join satu kapal ke bulan dan macam2 lagi.

TAPI MASIH RAMAI YANG PERCAYA....

Anonymous said...

anon 12.11. habis duit buat sekolah,mesjid, hospital, jalanraya, subsisi gula,gaji pegawai kerajaan termasuk Menteri Besar Kelantan tu pakai duit apa, duit siapa? Nak harap kau dengan mak bapak kau bayar ke? Pusat hiburan mana yang kerajaan bina? Genting Highland, Lumba Kuda? Kalau tempat rekreasi seperti padan permainan, taman tru kau kata pusat hiburan, kalau kau tak suka kau pegi duduk dalam hutan jer la. tu pun belum tau pasal sekarang hutan kat Kelantan habis si Husam dah belasah.

oRang kAmpong said...

Wan,Obama xberani bagi free tax kat rakyat Ameariikano.sakit Husam ni agaknya.org lain x klu nak ngakei pun carilah benda lain.gormen nak cari duit mane.nak harap cukai kayu balak.puak2 cina tu mampus tak mboh ngira pakai meter padu.dia org pakai sipir dia gak.itek + ayam blh pakai.maksudnya inchi nngan kaki tak perlu convert dulu blh campur dan darab terus.aok xpercaya tanyalah Ranjer atau Incharge Jabatan Hutan.belum benda2 lain lg.kwn sekolah daklah tinggi sgt.sekolah arab 19 senawi pastu nak masok u masa peksa kawan jatuh besikal jd xluluslah.abok pun tarak kah kah.melawak sikit nganaok wan.

dzimba said...

Hakikatnya ramai rakyat di malaysia ni tidak faham ekonomi dan soal soal kewangan, justeru PAS dan PKR dan abangnya DAP selalu menggunakan isu isu sedemikian untuk memutarbelit dan menakutkan rakyat dan berharap mendapat sokongan rakyat yang menggunakan emosi untuk memberi undi. Adalah menjadikan tugas para pemimpin UMNO/BN untuk menjelaskan isu isu seperti ini. Masallahnya dikalangan UMNO/BN pun ramai yang buta ekonomi/ kewangan.. terutama diperingkat bahagian... (Sri tribuana) tahu sama tahu..:)