Followers

Thursday, October 14, 2010

Selamatkan Utusan Malaysia.

Dalam dekad di mana blog dan portal online mendapat tempat, nasib kebanyakkan suratkhabar sememang mengalami zaman suram. Akhbar harian merosot penjualannya, bukan hanya di Malaysia malah hampir seluruh dunia. Manusia sudah menemui cara berkomunikasi dengan lebih pantas, tanpa kertas dan tanpa perlu diagih secara fizikal. 

Walaupun merosot, namun peranan akhbar masih berpengaruh dan dianggap lebih credible jika dibanding dengan blog-blog yang cambah seperti cendawan lepas hujan tapi kebanyakkan penulis blog tidak tertakluk kepada etika dan disiplin kewartawanan. STAR, Chin Siew, Berita Harian, NST dan Utusan Malaysia masih dianggap sumber berita yang 'sah' dan credible.

Utusan Malaysia merupakan sebuah institusi akhbar Melayu tertua, dan sangat aktif ketika UMNO menuntut kemerdekaan dahulu. Dalam blog Mesin Taip Buruk, dibawah tajuk Utusan lahir dari airmata orang Melayu!! menceritakan sejarah bermulanya suratkhabar Melayu yang pertama ini. Kata-kata dari Allahyarham Yusof Ishak, pengasas Utusan Melayu "Utusan tidak dilahirkan di atas dulang emas, Utusan dilahirkan dengan airmata." cukup menghibakan.

Utusan Melayu bermula pada tahun 1939, sebelum Perang Dunia Kedua meletus lagi. Tidak dapat dinafikan, pengaruh UMNO memang kuat dalam Utusan Melayu kerana UMNO merupakan pemegang terbesar sharenya. Ini kononnya hujah golongan anti-Melayu bahawa Utusan Malaysia berat sebelah dan tidak mengamalkan kebebasan bersuara.

Baca sini tentang kebebasan wartawan. Semua sudah maklum semua akhbar dimiliki oleh sesuatu golongan. BBC, CNN, AL Jazeera dimiliki. STAR milik MCA dan Harakah milik PAS. Ini merupakan rule of thumb dunia kewartawanan.

Sedih jika kita melihatkan suratkhabar Utusan Malaysia yang semakin layu. Rocky's Bru menyatakan, suratkhabar yang tidak perdana seperti Harian Metro merupakan akhbar Melayu paling tinggi jualannya(Baca sini). Sementara wartawan STAR dan Sin Chew menikmati gaji lumayan dan bonus, rakan sejawat mereka dalam Utusan Malaysia hanya mendapat gaji lebih rendah. 

Mungkinkah ini nasibnya akhbar membela Melayu? 

Saya tahu sentimen tidak percayakan akhbar Utusan Malaysia ini sudah tertanam kerana kononnya pro kerajaan, tetapi mana akhbar yang tidak pro kepada tuannya? Let's call a spade a spade. Namun jasa Utusan Malaysia terhadap kuasa Melayu bukan kepalang. Mungkin bagi sesetengah golongan anti-Melayu atau anti-bangsa atau Melayu liberal perkara sebegini tidak penting, tapi insaflah, kebanyakkan orang Melayu boleh menjadi doktor, lawyer, saudagar besar kerana 'Ketuanan Melayu', jika tidak melayu hanya akan jadi melukut ditepi gantang.

Jika bias merupakan alasan, adakah Malaysian Insider,Malaysian Kini, Harakah, STAR dan sebagainya tidak bias? Jika perkauman juga alasan; adakah Sin Chew tidak perkauman? Saya nampak memang ada trend dikalangan Melayu sendiri yang tidak suka apa-apa yang bersifat Melayu; kononnya liberal dan Islamik. Kita boleh saja menjadi Islam tanpa mengorbankan jatidiri bangsa kita. Kita boleh juga bersikap adil dan kekal dengan Melayu kita.

Mula-mula Utusan Melayu menjadi Utusan Malaysia. Selepas itu Utusan Melayu bertukar dari tulisan jawi kepada tulisan rumi. Kemudiannya tulisan jawi sudah pupus. Dan sekarang mungkin Utusan Malaysia sendiri akan berkubur seperti nasib tulisan jawi jika kita tidak bantu akhbar Melayu ini.

Mari sertai kempen 'Sokong Utusan Malaysia'.

10 comments:

Anonymous said...

tapi yg hairan kenapa sekarang susah betul nak dapatkan utusan malaysia

Anonymous said...

Salam.Ada banyak faktor juga membuatkan org ramai tidak suka membaca surat khabar.Selalunya surat khabar ni terlalu pro kepada samaada kerajaan jika ianya milik kerajaan atau pembangkang jika ianya milik pembangkang.Rakyau cuma inginkan berita yang benar bukan propoganda semata mata

Anonymous said...

Ye le, kata tak popular,.. tapi kat tempat aku kenapa laris macam goreng pisang. Kalau lambat sikit kena pusing cari kalau2 ada lagi kat kedai lain. Aku rasa mungkin ada orang sorok tak nak jual kot. Barang ada tapi simpan tak jual. Bila orang datang tengok Utusan tak ada terpaksalah beli yang lain. Aku rasa la, mugkin ada konpirasi kot. End of the day, return balik kat Utusan. Wahai orang Utusan, Cuba turun check...

pencinta kebenaran said...

anon..mana x nya..yg jual paper2 kt kdai especially kt kl tu org india or cina..tau2 je lah kan

Anak Muda Benci UMNO (AMBU) said...

Naik loya tekak aku bila tatap Utusan Meloya. Berita berat sebelah situ.... kalau nak laku mesti berita tak berat sebelah bro!...

Wake UP! said...

Biasalah bagi AMBU. Lembu macam dia suka baca Harakah penuh fitnah saja.

Orang tak berotak biasalah suka baca artikel tak berfakta dan dongengan.

Anonymous said...

Kepada AMBU...

Kenapa loya kalau tatap berita yang tidak ada fitnah menfitnah. Inilah dunia akhir zaman, yang fitnah di sanjung yang benar di tolak. Tahukah di Neraka nanti paling ramai orang yang suka menabur fitnah and orang yang suka mendengar/membaca fitnah. Memang berita benar yang tak difitnahkan tidak menarik dihati mu. Begitulah dengan Al-Quran. Bagi mereka yang faham, sedap di baca dan tenteram jiwa bila membacanya. AMBU dah berapa kali khatam dalam setahun.
Aku amat berharap agar Utusan dapat selitkan kembali ruangan Jawi semuga dapat dibaca dan dipertahankan tulisan jawi. Kesian ada anak AMBU tak reti jawi....

dzimba said...

zaman sekarang ramai yang suka tengok berita yang sensasi daripada yang berilmu atau berisi. Utusan malaysia ceritanya bermaklumat dan ada unsur unsur mengampu tapi waktu yang sama nak kena juga ada unsur unsur yang provokatif baru la syokkk sikit.

Satu hal lagi dalam dunia sekarang tidak boleh lari dari soal ekonomi.. ini kerana para pembaca skrg ni membaca suratkhabar sambil intai intai peluang pekerjaan,,, jadi iklan jawatan kosong dll kena banyak sesuai dgn polariti masyarakat skrg yang jumlah mereka adalah golongan remaja.

namun begitu syabas kepada utusan malaysia 'biar putih tulang jgn putih mata". kerana kadang kadang dalam sesuatu keadaan prinsip mesti dijaga.

Kalau mahu laris senang aja.. banyakan gambar sensasi, iklan rumah urut???, jawatan kosong, berita berita hiburan..insyallah melonjak

akupedulikhape said...

ambu...harakah berat dua2 belah kah??ape punya statement daaa...

Mook said...

kalo perjuangan atok nenek dulu pun org bole persoalkan, inikan pulak akhbar. org skrg sume suke free. freedom, free thing, freethink free talk free money free stuff etc etc. thts why our nation now ruin litle by litle, esp our teenagers.

tmbh lg, komersialisme adalah kegemaran ramai, berbanding mutu.