Tanah Melayu adalah tanah air kepada bangsa Melayu. Malaysia merupakan negara kepada Melayu, kaum Cina, India dan lain-lain. Ada beza antara tanah air dan negara. Ramai yang masih tidak faham konsep ini sangat berlainan.
Sementara Malaysia adalah baru dari persetujuan gabungan entiti politik dari beberapa buah negeri yang merdeka untuk membentuk persekutuan, tanah air pula merupakan kawasan yang mana secara semulajadinya menjadi tempat tinggal, membina sistem politik dan kuasa de jure dan de facto sesuatu kaum. Di Malaysia ini, Tanah Melayu merupakan tanah air orang Melayu, induk dalam satu kedaerahan lebih besar dalam Kepulauan Melayu. Jika Melayu berhijrah keluar dari Kepulauan Melayu, maka Melayu adalah pendatang. Melayu seperti di Cape Town tidak akan marah jika orang Afrika Selatan kata mereka pendatang.
Jika orang faham konsep tanah air ini adalah tanah air Melayu, orang yang mendatang walau beberapa keturunan pun tidak perlu cuba membuat tuntutan yang bukan-bukan. Jika peribahasa Melayu berkata 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum', orang Inggeris juga berkata 'When you in Rome, you are Roman.' Dua perpatah berkenaan menampakkan secara universal sesiapa yang mendatang kena mengikut resam orang yang terdahulu mendirikan kerajaan dan adat resam mereka.
Sejarah membuktikan, negara boleh mula dan boleh berakhir. Burma menjadi Mymar, Siam menjadi Thailand, beberapa negara Soviet boleh berpecah menjadi Rusia, Uzbeskistan, Armenia, Azaibaijan dan sebagainya, tidak mustahil satu hari nanti mungkin Malaysia boleh bertukar menjadi negara lain, bergantung kepada keadaan politik semasa itu. Namun tanah air ini tetap kekal milik Melayu walaupun jika Malaysia sudah tidak wujud lagi satu masa nanti.
Equality atau persamaan sama rata sama rasa dijamin dalam perlembagaan berkaitan dari segi kebebasan bersuara, berpolitik, mendapat hak yang sama dari segi undang-undang dan sebagainya. Sebagai negara maju dan demokrasi, tidak wajar Malaysia menghukum rakyatnya mengikut etnik. Namun Ketuanan Melayu tidak boleh dikompromi kerana itu merupakan tunjang kepada pembentukkan Malaysia.
Sultan-sultan Melayu yang memerintah negeri masing-masing merupakan sultan berdaulat. Dalam kes Maharaja Abu Bakar yang telah disaman oleh seorang rakyat British kerana engkar janji untuk berkahwin dengannya, mahkamah England memutuskan Sultan Abu Bakar tidak boleh didakwa kerana baginda raja yang berdaulat dari negeri merdeka.
Sultan-sultan bersetuju menyerahkan kekuasaan mereka untuk bersatu dengan beberapa buah negeri untuk membentuk persekutuan yang dinamakan Malaysia. Seorang Yang Di Pertuan Agong akan dilantik dikalangan sultan-sultan secara bergilir-gilir untuk menjadi Yang Di Pertuan Agong. Ini bermakna tidak dapat dinafikan kuasa Melayu adalah dominan kerana Malaysia adalah tanah air orang Melayu sebelum merdeka, dan secara consensus raja-raja setuju membenarkan foreigns subject menjadi rakyat baginda.
Mengapa sejarah ini dilupakan dengan senang? Biar Malaysia menjadi negara berteraskan Melayu, siapa yang ingin berniaga dan hidup makmur boleh saja mencapainya tanpa mengira kaum asalkan faham ini.
Kepada kaum yang masih bersetiakan tanah air asal mereka, kamu tidak berhak bercakap tentang nasib orang Melayu. Baca sini.
Kepada kaum yang masih bersetiakan tanah air asal mereka, kamu tidak berhak bercakap tentang nasib orang Melayu. Baca sini.
5 comments:
Melayu sejati tak lupa. Najib saja yg dah lupa atau buat-buat lupa.
Alhamdullilah,masih ada Melayu yg prihatin terhadap nasib dan masa depan bangsanya.
Alangkah baiknya jika Najib mempunyai fahaman saperti tuan,sudah pasti beliau bisa bertegas dlm isu-isu antara kaum.
Apa pun dlm PAU saya harap ada yg akan mencadangkan Najib supaya menguji slogan 1 Malaysia dgn bertanding pada PRU 13 dimana-mana saja kawasan majoriti Cina yg beliau pilih.
Salam bro, benar sangat tu... bukan setakat tidak dapat membezakan antara tanah air dengan negara sahaja, malah ada yang langsung tidak tahu membezakan kerajaan dengan pemerintah (goverment) sebenarnya..... kerajaan adalah negara yang mempunyai Raja, pemerintah adalah pemerintah yang dipilih oleh rakyat untuk mentadbir negara.... inilah yg selalu orang lupa, rakyat memilih pemerintah, oleh kerana rakyat tidak boleh mentadbir, maka dipilih seorang wakil dari kalangan mereka yg dipanggil Wakil Rakyat bagi mewakili suara-suara mereka.... banyak Wakil-Wakil Rakyat terlupa siapa diri mereka..... kekadang ada diantaranya menganggap mereka vvip yg tidak boleh bergaul dengan masyarakat yg telah memilih mereka.... susah bertemu, sombong, bongkak, tinggi diri, menggunakan kuasa untuk menyusahkan rakyat yang memilih mereka..... maaf kalau koi tersalah membuat tafsiran...
Salam semua,
Bro Yang Gambi,
Kwn setuju sgt dgn pendpt aok, sekarang ni byk sgt rakyat berjiwa raja.
Kaum bukan Bumiputera yang masih berpaksikan kepada tanahair mereka China dan India dengan berpegang teguh kepada sekolah jenis kebangsaan mereka adalah bukan warganegara yang setia.
Post a Comment