Sejarah selalunya ditulis oleh orang yang menang. Apa lagi sejarah politik. Sejarahwan yang sebenar akan menulis menurut fakta. Di Malaysia, selalunya sejarah jarang ditulis berdasarkan fakta kerana 'sejarah' ditulis bertujuan propaganda - paling tidak semi-propaganda.
Pertama suka saya menerangkan saya tidak pernah menjadi ahli Semangat 46. Parti pertama yang saya sertai hingga kini adalah UMNO. Semangat 46 mendakwa mereka sebenarnya UMNO Lama yang terbunuh pada tahun 1987. Dalam usaha mereka merebut nama keramat 'UMNO' itu, Tun Dr. Mahathir yang memang terkenal lebih tangkas dan siaga lebih dahulu beroleh faedah mendaftarkan UMNO Baru.
Cerita disebalik penubuhan Semangat 46 sering mengelirukan, apa lagi pada ketika itu perang propaganda kedua pihak untuk mendapat sokongan Melayu bagi me'legitimate'kan parti mereka menyebabkan cerita ini ditambah dan menjadi makin tidak benar. Rahnsianya begini.
Selepas UMNO diharamkan, Tengku Razaleigh mendapati mereka sukar untuk menyertai UMNO Baru. UMNO Baru yang diterajui oleh Tun dan jawatankuasa protem agak sukar untuk menerima kembali Tengku Razaleigh dan pengikutnya. Sebagai calon Presiden yang tewas 43 undi sahaja, pengikut Tengku Razaleigh bukan sedikit di bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan.
Orang yang mencadangkan Tengku Razaleigh agar menubuhkan sebuah parti yang berasaskan perlembagaan UMNO 1946 tidak lain tidak bukan adalah Almarhum YM Tunku Abdul Rahman sendiri. Mengikut sumber yang rapat dengan Tengku Razaleigh, Tunku Abdul Rahman sangat bimbang melihat perpecahan UMNO yang belum pernah berlaku sedemikian besar sebelum ini.
Buat julung-julung kali selepas merdeka orang Melayu dalam UMNO sudah berpecah sebegitu hebatnya. Almarhum Tunku bimbang, penyokong Tengku Razaleigh yang tidak diterima UMNO ini nanti akan menyertai parti-parti lain terutama PAS. Demi menjaga Melayu yang tidak diterima oleh UMNO Baru, Tengku Razaleigh telah menubuhkan sebuah parti Melayu Semangat 46 bertujuan memelihara pengikutnya.
Demi penyatuan Melayu, Tengku Razaleigh menunjukkan semangat kenegaraan yang tinggi apabila membubarkan parti Melayu Semangat 46 pada tahun 1996 dan kembali menyertai UMNO(Baru). Beliau berbuat demikian kerana selama ini beliau tidak diterima oleh UMNO(Baru) dan membubarkan partinya serta membawa pengikutnya kembali menyertai UMNO(Baru) tanpa ada apa-apa agenda.
Sirih telah pulang ke gagang, dan kebenaran perlu dinyatakan tanpa mempunyai apa-apa maksud dan tujuan.
2 comments:
Inilah sikap orang Kelantan kalau tuan nak tahu...
Kadang mereka merasakan diri mereka terlalu hebat sehinggakan sanggup berpecah dari berdamai.
Akhirnya, bila sudah rugi baru sibuk bersatu semula.
Nasib baik Kuli sempat bersatu. Namun, Taming Sari yakin, bukan semua pengikut Ku Li kembali pada UMNO. Ada yang masuk PAS.
Kisah Semangat 46 dan Pengharaman UMNO serta UMNO memberi pengajaran kepada kita semua.
Add blog teman dalam blog tuan,
http://blogtamingsari.blogspot.com/
T.kasih
Bukan orang Kelantan sahaja bro orang negeri lain pun sama... dangkal betul pemikiran bro...
Post a Comment