Tengku Razaleigh bukan ahli politik picisan. Beliau tokoh politik sezaman dengan Tun Mahathir. Ketika itu UMNO masih keramat, semasa UMNO masih digeruni, semasa UMNO masih tunjang Melayu, semasa UMNO ketika itu boleh membuatkan NGO seperti Perkasa nampak picisan. Beliau merupakan UMNO's old guard, dan ketokohan serta kewibawaan beliau jauh lebih hebat jika dibanding dengan sesetengah menteri yang memegang jawatan sekarang ini.
Mungkin ramai generasi muda hari ini kurang mengenali Tengku Razaleigh, apa lagi selepas tokoh ini meninggalkan UMNO selepas perebutan jawatan Presiden UMNO antara beliau dengan Tun Mahathir pada tahun 1987. Beliau menubuhkan Parti Melayu Semangat 46. Pada 1996, beliau kembali ke UMNO.
Selama lebih kurang 10 tahun beliau menjadi lawan kepada UMNO Baru, sudah tentu ketokohan Tengku Razaleigh ini digelapkan. Segala jasa-jasa beliau dalam UMNO asal telah hapus sama sekali oleh UMNO Baru. Antara orang kuat UMNO Baru ketika itu adalah A.I - Anwar Ibrahim. Ini hakikat sejarah dan saya kena menulis berdasarkan fakta.
Walaubagaimanapun, saya terbaca dalam sebuah blog mahasiswa UM, Pencak Bicara MHM tentang Tengku Razaliegh. Baca sini. Banyak fakta yang menarik, dan juga sulit telah diluahkan oleh anak muda yang bernama Hasbie Muda tentang Tengku Razaleigh. Antaranya, kemenangan tipis 43 undi Tun Mahathir dan peristiwa 'black out.' Pembaca boleh baca sendiri diblog itu.
Ketika Tengku Razaleigh terkeluar dari arus perdana ini, sangat menguja jika ada anak-anak muda masih menghormati beliau dan juga menganggap beliau sebagai negarawan tanpa beliau pernah menjawat jawatan Perdana Menteri.
Perjalanan politik Tengku Razaleigh hampir sama dengan perjalanan politik Winston Churchill. Satu ketika, Churchill terkeluar dari arus perdana semasa pentadbiran Neville Chambelain. Semua pemerhati politik menyifatkan ketika itu 'Churchill is finish.' Hanya meletusnya Perang Dunia Kedua menyelamatkan Churchill dan menjadikan beliau negarawan British yang paling terkenal.
Baru-baru ini, Tengku Razaleigh disebut-sebut sebagai Pengarah Pilihanraya untuk DUN Galas. Dalam facebooknya, beliau menafikan beliau menerima jawatan itu dan beliau tidak juga menyatakan beliau menolak. Mungkin 'yet to be comfirmed.'
Ada juga cadangan hendak meletakkan Tengku Razaleigh sebagai calon ADUN Galas. Dato' Sakmongkol berpendapat, tokoh sehebat Tengku Razaleigh sepatutnya digunakan dengan lebih bermanafaat diperingkat federal. Baca sini dan sini.
Saya setuju dengan pandangan beliau. Seorang tokoh seperti Tengku Razaleigh ini sebenarnya tidak digunakan sepenuhnya. Beliau sebagai seorang pakar ekonomi, tokoh yang mewujudkan Petronas, Pernas dan Bank Bumiputera tidak diconsult dalam hal berkaitan dengan MEB kerana mungkin takut dengan bayang-bayang sendiri.
Tengku Razaleigh satu-satunya tokoh yang hampir menewaskan Tun Mahathir, boleh meraih undi yang banyak dan Tun hanya menang sekadar 43 undi. Bahkan Anwar Ibrahim sendiri gagal untuk menjentik bulu roma Tun. Walaupun beberapa tindakkan 'politik' Tengku Razaleigh agak clumsy seperti isu royalti minyak Kelantan, namun beliau satu-satunya tokoh dalam UMNO yang boleh 'command respect' non-partisan tanpa mengira bangsa dan agama.
Perlu diingat, UMNO dan BN tidak boleh menang dengan hanya mempunyai ahli UMNO yang ramai. Pilihanraya dimenangi dengan sokongan silent majoriti yang kebanyakannya tidak berparti. Dalam blog Bicara Nobisha, Norizan Sharif membuat kaji selidik tentang pandangan orang ramai terhadap parti-parti di Malaysia. Seramai 51.6% bersetuju pemimpin tanpa mengira parti gagal berperanan seperti yang diharapkan rakyat. 24% setuju Pakaran Rakyat memenuhi janji mereka sementara 35.9% bersetuju UMNO telah berubah menjadi lebih baik selepas PRU ke 12.
Secara ringkas jika dicerakinkan, silent majority sebenarnya belum tetap pendirian parti mana yang layak memerintah. Ini kerana jika UMNO dikatakan bobrok, parti alternatif nampaknya lebih bobrok dengan perebutan kuasa dan 'harta rampasan perang.' Ini memberi kelebihan kepada Tengku Razaleigh sebagai tokoh yang boleh diterima oleh non partisan, malah oleh golongan muda yang melihat tokoh ini sebagai negarawan tidak mempunyai agenda lain selain mahu melihat negaranya, Malaysia kembali dihormati.
Tengku Razaleigh sudah sememangnya kaya sebelum menyertai politik. Beliau juga tidak mempunyai anak menantu dan tidak ada kroni. Beliau sudah bebas dari masalah kroni dan korupsi yang menjadi penyakit kepada pemerintah dan pembangkang.
Jika benar UMNO ingin meletakan Tengku Razaleigh sebagai calon DUN Galas adalah tindakan paling tidak berhemah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO. Ianya terbalik dari apa yang dikatakan oleh Frederick Niestche dalam bukunya yang terkenal: 'Human, All to human.':
" If someone want to be a hero, a snake must be a dragon; otherwise he lacks a proper enemy."
3 comments:
Tak hilang bisa ular menyusuri akar.
setuju tapi kurang tepat.. kekadang dalam politik itu lah realitinya.. bak kata orang tua tua kalau takut pada ombak jangan berumah ditepi pantai. Justeru itu, soal ular atau naga tidak penting (dlm politik adalah perkara biasa kekadang atas kekadang bawah). Tapi Kuli masih betul berminat dlm politik, inilah masanya beliau memikul tangungjawab dan membawa kembali DUN Galas kepada UMNO/BN. Menang atau kalah dalam percaturan politik adalah lumrah.
Salam semua,
Tengku Razaleigh setuju menerima jawatang Pengarah Pilihanraya dan itu bagus, ular menyusup akar takkan hilang bisanya. Cuma bagi saya menjadi calon yg tak sesuai, menjadi Pengarah Pilihanraya tindakan kenegaraan yg tinggi ditunjukkan oleh beliau sebagai ahli politik yg tidak selfish.
Post a Comment