Followers

Thursday, March 19, 2009

Kebebasan wartawan.

Napoleon pernah berkata beliau tidak gentar dengan berapa banyak tentera musuh tapi beliau cukup takut dengan 4 suratkhabar jika tidak memihak kepadanya.

Begitulah gambaran betapa penting - dan menakutkan - media massa ini kepada orang-orang politik dan pemimpin.

Ketika saya menulis blog ini, saya sedang menonton Astro Bernama channel 502. Seorang pemanggil menanya kepada panel yang terdiri dari orang kuat persatuan wartawan mengapa wartawan sering memihak kepada kerajaan, tidak telus dan tidak melapurkan perkara sebenar.

Ini menyebabkan golongan muda tidak minat media arus perdana.

Isunya senang sahaja. Pertama perkataan bebas itu tidak wujud sama sekali. Wartawan akan menulis dan melapor mengikut kehendak majikan mereka. Tidak ada badan bebas dunia yang membayar gaji wartawan untuk menulis 'kebenaran'.

Utusan Malaysia milik UMNO, STAR milik MCA, Harakah milik PAS dan berbagai lagi. Semuanya berdasar siapa pemegang saham tertinggi dan sudah tentu acuannya akan mengikut 'boss' mereka. Jika PKR memerintah, mereka mungkin akan mengambil alih pengurusan akhbar-akhbar yang berpengaruh dan melapor mengikut kehendak mereka.

'Bebas' adalah komoditi yang tidak wujud dalam dunia kewartawanan.

Malah masyarakat Barat sendiri yang kononnya liberal, memahami bahawa media massa adalah entiti yang dikawal oleh pemegang sahamnya. CNN, BBC, Al Jazirah dan sebagainya membawa agenda yahudi, arab dan sebagainya.

Mungkin ini adalah jawapan kepada mengapa laman blog mendapat sambutan pada zaman ini. Blogger tidak dibayar gaji dan bebas memberi pandangan tanpa sekatan dan tapisan. Jadi kebebasan yang di impi-impikan sudah mempunyai ruangnnya.

Kebenaran lain pula ceritanya. Penulis blog akan menulis mengikut kecenderungnya. Mereka juga tidak kebal dan boleh didakwa jika melanggar undang-undang dalam penulisan mereka, apa lagi jika mereka tidak terlatih sebagai wartawan professional atau terlatih dari segi undang-undang.

Bersumberkan suratkhabar dan dalam semua hal, kita tidak boleh jadi jumud dan taklid. Semua berita samada dari blogger dan media massa konventional perlu ditapis dengan akal budi pembaca.

Seperti kata Maharaja Rom, Marcus Aurelius, "Opinion is everything."

3 comments:

alfian_firhan said...

If the boss always regulate the news and make the transparency becoming haziness, sack the boss, then..

juan said...

Freedom writers does not exist in this country! Only paid writers..........

sri tribuana said...

Ha ha ha. There is no free lunch!