Followers

Friday, March 20, 2009

Nusantara


Sebelum kedatangan penjajah Barat, Kepulauan Melayu ini dikenali juga dengan nama Nusantara. Dari Semenanjung Tanah Melayu(dikenali juga semenanjung emas), hingga ke Sumatera, Pulau Jawa, Sulewasi, hingga ke Filipina dikenali Nusantara.

Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 telah membelah nusantara ini menjadi entiti politik yang berbeza. Ada yang mempunyai pengaruh Inggeris, Belanda dan Filipina mempunyai pengaruh Sepanyol.

Nusantara ini dikenali dengan mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa 'lingua franca.' Orang Jawa, orang Bugis, orang Ambon, orang Minang dan berbagai suku etnik akan bertutur menggunakan bahasa Melayu dengan etnik yang tidak faham bahasa kedaerahan mereka.

Mereka juga mempunyai adam resam yang hampir sama, rupa bentuk yang hampir sama dan kebudayaan yang sama. Keris sebagai senjata pendek orang-orang Melayu hanya digunakan oleh orang-orang di kepulauan Melayu. Siam yang hampir dengan Semenanjung Tanah Melayu tidak menggunakan keris.

Keris bukan sahaja senjata, tapi khazanah yang sinonim dengan Melayu itu sendiri. Ianya simbol kemelayuan, sacred dan mistik seperti pedang kepada samurai Jepun. Apabila JWW Birch hendak mengeluarkan larangan memakai keris kepada orang Melayu, ada yang menasihati beliau, orang Melayu tanpa keris pada ketika itu umpama mereka bertelanjang.

Nusantara atau kepulauan Melayu ini merupakan bumi semulajadi orang Melayu, dan orang Melayu merupakan penduduk asal yang mendirikan kerajaan dan sistem politik. Jadi mobiliti antara mereka seperti orang Jawa berhijrah ke semenanjung, atau orang Ambun ke pulau Jawa dan sebagainya adalah perpindahan antara bangsa Melayu itu sendiri.

Mahu saya ingatkan di sini, sebelum adanya perjanjian Inggeris-Belanda 1824, tidak ada istilah Indonesia atau Malaya. Istilah ini wujud ciptaan penjajah untuk mensempadankan 'sphere of influence' mereka.

Bila ada kaum mengatakan Melayu merupakan pendatang kerana Melayu dari Indonesia, saya akan ketawa terbahak-bahak kerana jelas mereka kena mengkaji sejarah dahulu sebelum berhujah.

Saya juga ingin ketawa bila Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Pertama Singapura dalam Singapore Story mengatakan, secara semulajadi orang Melayu 'insecure' dengan orang Jawa kerana mereka menganggap kebudayaan Jawa lebih 'superior' dari Melayu.

Tidakkah Raja-raja Sriwijaya yang memporak-perandakan perkahwinan Airlangga, raja Jawa yang akhirnya ditakdir dapat menyatukan Jawa. Malahan pada ketika itu, pulau Jawa sendiri merupakan 'anak didik' Sriwijaya. Dan Raja Sriwijaya adalah Melayu.

3 comments:

YANG GAMBI said...

MELAYU, terjemahan dari bahasa Jawa bermaksud LARI, ini bererti orang Melayu bermaksud orang lari. Itulah bermula sebutan Melayu di Tanah Melayu,semasa Dato' Onn Jaafar menubuhkan UMNO, beliau meeletakkan semua etnik di Tanah Melayu seperti Jawa, Banjar, Bugis, Boyan, Aceh, Majapahit, Melayu dan peribumi dengan satu perkataann iaitu Melayu, kalau tidak manakan bisa ujud Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO. Sebab itu kita berjaya menentang penjajah dengan satu sebutan iaitu Melayu, tanpa menghiraukan suku atau etnik. Ini berbeza dengan Indonesia, masih tidak dapat menjadikan satu bangsa dan membiarkan masing-masing dengan suku mereka yang melebihi 199 suku dan etnik. Indonesia mempunyai lebih 220 juta penduduk, kaum Cina tidak lebih 20 juta orang, tetapi kaum manakah yang menguasai ekonomi Indonesia kalau bukan kaum Cina, kaum Jawa menguasai politik negara, yang lain-lain pandai-pandailah bawak diri, siapa kuat dia berkuasa, yang kaya bertambah kaya, yang susah makin padamlah deme.

sri tribuana said...

Melayu bukan maknanya orang lari Melayu bereti bangsa pelayar. Mana ada org nak nama bangsanya sendiri pengecut. Fikirla lojik. Layur adalah layar, me layu maksudnya berlayar. Masa dahulu nahu 'me' adalah 'ber' seperti bukit mertajam sepatutnya bukit bertajam.

Teori melayu sebagai renegade adalah salah. Sebelum Dato' Onn pun mmh bangsa ini dikenali Melayu kerana mereka berlayar sampai ke Madagascar

sri tribuana said...

Sebaliknya orang luar salah faham. Mereka panggil Melayu org 'Jawi' iaitu salah faham mereka kepada Jawa. Seperti salah faham org terhadap Monggol dan Tartar.