Pemuda UMNO bukan lagi sayap yang digeruni. Tidak seperti era belum dan baru-baru merdeka, Pemuda UMNO merupakan pressure group yang sangat digeruni. Mereka bagaikan 'kerajaan dalam kerajaan.' Mereke bukan comformist, bukan pak turut atau yes man.
Bahkan jika Perdana Menteri atau Presiden parti sendiri alpa untuk mempertahankan kepentingan Melayu ketika itu, Pemuda akan bangkit membakar semangat generasi muda Melayu agar hak Melayu dikembalikan.
Mereka tidak peduli samada mereka akan kena tindakan ISA(pembangkang jgn salah faham, org UMNO juga ada di 'ISA'kan). Demi Melayu, mereka tidak peduli semua itu.
Telusurilah jejak dan tapak pemimpin Pemuda seperi Syed Jaafar Albar, Datuk Harun Idris dan ramai lagi. Jaafar Albar mendapat julukan 'Singa UMNO'. Bagi orang Melayu, Jaafar Albar dan Harun Idris adalah wira mereka.
Tapi lihatlah Pemuda hari ini. Pemimpinnya sangat lesu. Dalam The Star, seorang pemimpin MCA meluahkan kelegaannya bila keris Pancar Warisan tidak dihunus dan dicium. Mereka menganggap itu merupakan kejayaan.
Jika mereka terasa, mengapa tidak terasa bila Yang Di Pertuan Agong mencium keris ketika pertabalan baginda?
Kononnya, cium keris mengancam kestabilan dan mengundang rasa tidak selamat kaum keturunan pendatang. Bukankah UMNO itu yang mengajak mereka berkongsi kuasa dan tidak menindas mereka selama ini. Tidak sama sekali.
Dalam filem Hati Malaya, Tunku Abdul Rahman ada menekankan, pemimpin MCA dan MIC perlu faham, jika ingin berada dalam Perikatan, kepentingan Melayu perlu diutamakan dan baru boleh berunding.
Soal mereka ingin protes soal lain, tapi soal tunduk kepada permintaan mereka yang memilukan. Mungkin ada akan berhujah, zaman moden ini UMNO perlu liberal. Adalah tugas UMNO mengembalikan keyakinan orang Melayu bahawa UMNO merupakan pelindung mereka - samada mereka ahli UMNO atau tidak.
Pemimpin yang mencium keris dan meminta maaf sudah menjadi Naib Presiden UMNO. Pemuda pula di ketuai oleh pemimpin yang diragui perjuangannya. Benarkah kepentingan Melayu dibenak Ketua Pemuda yang baru ini?
Jika penyerahan kuasa benar-benar berlaku, berakhirlah empayar Tingkat 4. 'Kekebalan' dan sanction yang dinikmati oleh Khairy selama ini sudah tiada. Bersainglah beliau sebagai orang biasa sahaja.
Pemuda juga sudah hilang kredibilitinya kerana 304 perwakilan menyebabkan kemenangan seorang perasuah yang sudah didapati bersalah.
Bagaimana Pemuda ini ingin mengaum sedangkan integrity mereka akan dipersoalkan. Pemimpin yang hendak menjadi singa untuk memperjuangkan kepentingan Melayu bukan sahaja perlu bersih, malah kelihatan bersih.
Bersihkah Khairy dengan isu ECM Libra, tingkat 4 dan macam-macam lagi?
Sementara Majlis Tertinggi mempunyai berbagai rencah dan bumbunya -beberapa menteri yang terkeluar, Ketua Mat Rempit boleh menang tapi kita berpuashati dengan pemilihan MKT.
Cuma Pemuda yang membimbangkan. Mereka bukan hanya hilang taring kerana menjadi pak turut, comformist dan gagal menjadi golongan pendesak, malah mereka tidak disegani kerana masalah moral mereka yang sekarang menghadapi cabaran dilabelkan 'corrupted.'
Hanya satu cara untuk memulihkan imej mereka. Datuk Seri Najib tidak perlu melantik Ketua Pemuda dalam kabinet - lambang penolakkan Presiden UMNO kepada pemimpin yang corrupted.
No comments:
Post a Comment