Followers

Friday, March 13, 2009

Rasuah

Rasuah merupakan perkara yang biasa kedengaran berkaitan dengan kuasa dan jawatan. Dalam pembentangan mini bajet baru-baru ini, Datuk Seri Anwar menghentam pemegang-pemegang jawatan yang kononnya rasuah. Saya katakan konon kerana ketika beliau berkuasa, pernah beliau hilang wang sebanyak RM 4 juta hanya dalam rumah sahaja. Berapa gaji TPM ketika itu?

Menjelang pemilihan UMNO ini, lagi sekali isu rasuah kedengaran. Politik wang sudah sinonim dengan pemilihan parti UMNO. Hanya UMNO sahaja kah pengamal politik wang di Malaysia ini?

Yang paling menarik perhatian saya, tentang perjumpaan yang dibuat oleh Kumpulan Melayu Serdang yang ingin rasuah 'dikhinzirkan' - iaitu istilah yang diharapkan dapat menimbulkan kejijikan orang kepada pengamal rasuah. Khinzir atau babi merupakan haiwan yang sangat jijik bagi masyarakat Melayu Islam. Kesan yang sama diharapkan apabila kita melabel dadah sebagai 'najis' dadah. Penggunanya semakin bertambah.

Dalam usaha menangani isu rasuah, Badan Pencegah Rasuah telah dinaik-tarafkan dengan tergesa-gesanya menjadi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Saya bimbang, jika sesuatu yang terlalu besar impaknya dibuat tidak kemas dan tergesa-gesa akan ada kesan sampingannya. Saya bimbang mereka akan jadi seperti 'witch hunt' di Eropah, atau Spanish Inquisitor di Sepanyol yang sewenang-wenangnya menuduh orang sesat dan pengamal sihir. Akibatnya sangat kejam.

No comments: