Followers

Tuesday, March 17, 2009

Lembaga Disiplin UMNO

Berita tentang Dato Ali Rustam di dapati bersalah dan hilang hak bertanding baru kedengaran. Saya tidak tahu samada perlu menangis, ketawa, gembira atau sedih.

Saya bukan penyokong mana-mana calon pun. Saya sayangkan UMNO kerana UMNO parti yang memperjuangkan orang Melayu, dan Islam. Saya juga tidak berpeluang untuk melihat fakta kes dengan teliti.

Sementara Dato Ali didapati bersalah, Khairy Jamaludin terlepas atau dalam bahasa Inggerisnya 'off the hook.' Saya tak tahu adakah beliau tetap terlepas jika beliau bukan menantu Dato Sri Abdullah Badawi. Persoalan ini adalah persoalan 'what if'.

Saya bercakap bukan bagi pihak sesiapa, tetapi sebagai orang Melayu yang sayangkan UMNO. Saya tidak mahu Lembaga Disiplin menjadi sang algojo yang menjatuhkan hukuman bunuh kepada sesiapa yang tidak diingini sahaja. Saya mahu mereka menjadi 'buta', sebuta keadilan yang menghukum tanpa memilih bulu.

Jika semangat ini ada, saya jamin UMNO akan terus memerintah. Jika tidak, saya doakan Allah menyelamatkan bumi Melayu ini.

"Keadilan tanpa kekuatan itu sia-sia. Kekuatan tanpa keadilan itu bahaya. Jika kita tidak dapat jadikan keadilan itu kuat; kita jadikan kekuatan itu adil." - Pascal

1 comment:

Apache said...

Lembaga Disiplin harus juga menyiasat punca laporan supaya tidak terjadi kes orang teraniaya apabila yang kalah mengadu tentang kes yang menang kerana dendam dan sakit hati.. Lembaga Disiplin juga bertanggung jawab untuk menjaga imej parti dan bukan sekadar mencari glamor semat-mata..