Followers

Friday, March 27, 2009

Seniman dan kreativiti


Seringkali kita bertanya, di mana datangnya ilham?

Ada seniman mengatakan, "kau sumber ilhamku." Ada senimanan kata, "aku kena tunggu ilham.

Apa itu ilham? Mengapa ada penulis, pelukis, penyajak dan pengarah hilang punca dan kehabisan cerita, menunggu sesuatu yang berat, yang ke'falsafahan' untuk berkarya. Jadi dimana datangnya kreativiti?

Budi Dharma ada menulis dalam 'Sejumlah Esei Sastera" bagaimana yang dikatakan kreativiti itu. Ramai orang hendak menjadi pelukis, penulis dan seniman tetapi mereka mula dari tengah. Mereka tidak menajamkan proses kreativiti itu dan hanya menjadi seniman yang dangkal.

Ketika Leonardo da Vinci masih remaja, beliau sering berkeliaran di kota Florence. Beliau tidak melakukan apa-apa yang menunjukkan beliau pelukis. Beliau suka membeli burung dan melepaskannya.

Pendek kata beliau tidak berpura-pura aneh sebagai seorang seniman. Sekali ada seorang memberi beliau sebongkah kayu. Beliau berlari ke sebuah rumah usang, meneliti setiap serangga seperti ular, kala jengking, lipas dan sebagainya.

Akhirnya beliau mengukir wajah 'Medusa' dalam mitologi Yunani yang berkepalakan ular.

Semua orang tahu medusa dalam mitos greek itu, tetapi Leonardo dapat memberi kesan yang mendalam kepada sesiapa yang melihat 'Medusa'nya. Sesiapa akan merasakan keresahan 'Medusa' Leonardo kerana beliau menyalinkan keresahannya pada karya itu.
Beliau tidak perlu berusaha keras atau pura-pura keras kerana proses kreativiti bagi beliau berlangsung sepanjang hayatnya.

Menulis atau menghasilkan apa-apa karya agung itu mudah. Proses kreativiti itu yang susah dan memerlukan usaha sepanjang hayat.

Kepada sesiapa yang ingin menjadi penulis atau seniman, asahlah dulu ketajaman kreativiti tuan-tuan. Jika tidak, kita hanya akan jadi picisan

No comments: