Followers

Monday, March 16, 2009

Red Tape

Dalam istilah kerajaan, sering di gunakan perkataan 'red tape.' Di Melayukannya maka menjadilah 'karenah birokrasi.' Banyak istilah kadang-kadang datangnya dari sumber yang tidak disangka-sangka.

Red tape atau karenah birokrasi ini merupakan mimpi ngeri kepada businessmen atau usahawan. Maklumlah, kerja mereka menjadi lambat kerana 'karenah birokrasi' yang selalu berpangsikan 'chain of command'nya.

Bermula istilah red tape ini juga amat lucu. Raja England, King Henry VIII yang dipaksa kahwin dengan balu abangnya, Catherine of Aragon sebagai syarat untuk baginda naik takhta. Baginda jatuh cinta dengan seorang gadis: Anne Boleyn.

Sebagai seorang Catholic, baginda tidak boleh menceraikan isterinya. Baginda mengarahkan cardinalnya Thomas Wolsey untuk mendapat kelulusan Vatican bagi menceraikan isterinya. Setiap kali 'petition' ini di hantar, ia akan di ikat dengan pita merah(red tape).

Rome tidak menjawab permintaan baginda. Selama bertahun-tahun, Rome mendiamkan diri. Petition demi petition dihantar memperbaharui permohonan cerai itu. Sudah tentu ianya akan diikat dengan pita merah.

Baginda sudah hilang sabar dengan Vatican, mengambil keputusan untuk melantik dirinya sendiri sebagai Ketua Gereja England dan melantik Thomas Cranmer sebagai Arcbishop of Canterbury. Thomas Cranmer memang terkenal anti-gereja, mengisytiharkan perkahwinan antara Catherine dan Henry VIII sebagai tidak sah. Beliau juga mengahwinkan Anne Boleyn dengan Henry VIII.

Banyak yang menarik tentang Henry VIII termasuklah baginda menjatuhkan hukuman pancung terhadap Anne Boleyn, kerana gagal mendapat anak lelaki, dan untuk membolehkan baginda kahwin lain. Baginda mempunyai enam isteri dalam usaha untuk mencari pewaris lelaki takhta England dan memancung seorang lagi isteri baginda kerana berzina.

Hanya dua perkara atau peninggalan baginda yang mengkagumkan. Satunya pita merah atau red tape kekal sebagai lambang kelecehan birokrasi bertindak. Kedua, melalui perkahwinan baginda dengan Anne Boleyn, England mendapat ratu, bukan raja iaitu Ratu Elizabeth yang terkenal itu.

No comments: