Followers

Tuesday, March 10, 2009

Tanam pokok dan Revolusi Perancis.

Pakatan Rakyat telah menanam pokok ditempat mereka mengadakan Persidangan 'Dewan Undangan Negeri' baru-baru ini. Mereka menyamakan peristiwa itu sebagai ala 'Revolusi Perancis'. Revolusi Perancis merupakan sejarah hitam Perancis yang mana telah menggulingkan Raja Perancis hingga baginda menemui ajalnya di guoletin.

Kepada sesiapa yang tidak dangkal fahaman sejarahnya, bermulanya revolusi berdarah itu kerana rakyat makin hilang kepercayaan kepada institusi raja yang korupsi, bermewah-mewah dan rakyat jadi susah kerana raja mereka boros.

Malaysia sebuah negara yang mempunyai sembilan raja. Sultan-sultan di negeri-negeri Melayu ini merupakan institusi yang telah berakar umbi dalam jiwa orang-orang Melayu sejak berabad-abad. Bila Malaysia menjadi sebuah negara merdeka, Raja-raja Melayu dan Yang Di Pertuan Agong telah menjadi institusi berpelembagaan.

Dengan kata lain, raja-raja telah menjadi hanya simbol dan tidak berpolitik. Tujuannya supaya, institusi ini akan menjadi tunggak penyatuaan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira parti.

Segala urusan politik, pentadbiran dan tugasan harian(day-to-day affairs) akan dijalankan oleh Perdana Menteri atau Menteri Besar. Ini bertujuan supaya, jika ada kekhilafan pencaturan politik orang-orang politik, institusi Raja-raja akan terpelihara dari kesilapan( contohnya Jepun).

Tanpa kita membaca terlalu detail peruntukkan perlembagaan, Raja-raja mempunyai kuasa untuk melantik Perdana Menteri atau Menteri Besar baginda bagi menjalankan urusan pentadbiran.

Tindakan Sultan Perak untuk melantik seorang Menteri Besar baru merupakan tindakan baginda yang paling bijaksana untuk mengelakkan pilihanraya kerana akan makan belanja yang besar dan perbelanjaan dari duit rakyat. Baginda bersetuju berbuat demikian kerana parti yang lama sudah tidak majoriti dan melantik Menteri Besar dari parti yang baru menjadi majoriti. Apa-apa manouvre politik tidak ada kena mengena dengan baginda.

Sebagai seorang Melayu, bekas Menteri Besar Perak perlu secara gentleman meletakkan jawatannya. Memang ada 'grey area' yang boleh dibahaskan tetapi secara ethicnya, beliau perlu mengakui kehendak istana.

Di sini nampak sangat bukan perjuangan rakyat yang diperjuangkan, tetapi seperti mana-mana parti pun, kuasa adalah matlamat mereka. Jika mereka memang menang majoriti yang besar seperti Selangor umpamanya atau Kelantan yang pernah majoriti dua kerusi tetapi ADUN mereka setia, tidak ada yang perlu dipersoalkan.

Mereka bukan hanya enggan menyerahkan kuasa, malah dengan kurang ajar mencabar institusi beraja dengan menyamakan semangat Revolusi Perancis.

Pemimpin macam inikah yang rakyat perlukan? Bukan perjuangan rakyat tetapi perjuangan mengekalkan kuasa. Sudah jelas mereka sanggup buat apa saja dalam usaha propaganda mereka untuk mendapat kuasa, membonekakan seorang Menteri Besar Melayu hanya untuk memerintah.

Seperti kata Nabil Raja Lawak: "Lu fikirla sendiri."

2 comments:

Anonymous said...

tapi yg melompat parti tu ADUN..bukan rakyat..kan?

Anonymous said...

Seperti yang saya kata,apa-apa manouvre politik orang politik tidak ada kena mengena dengan Sultan. Sultan bertindak berdasarkan keadaan.