Keputusan SPM dan STPM baru keluar. Seperti tahun-tahun dahulu, pelajar-pelajar yang cemerlang akan menjadi 'instant celebrity.' Media akan mewara-warakan kehebatan mereka. Makin susah pelajar cemerlang itu, semakin mereka di 'highlight'kan.
Mana-mana ibubapa yang anak mereka kurang cemerlang, atau tidak cemerlang langsung akan berasa malu. Ibubapa -sebahagiannya - menganggap pencapaian akedemik anak-anak mereka bagaikan medan tempur untuk memperagakan ego masing-masing. Perasaan anak-anak tidak diambil kira sangat.
Sebenarnya, akademik sahaja tidak menjamin masa depan, walaupun diakui ianya amat penting. Banyak self-made man macam Bill Gates, Rockefeller, Boon Siew dan Lim Goh Tong tidak memiliki akademik yang tinggi. Dalam ukuran mana-mana standard pun, mereka orang-orang yang berjaya.
Mengenali watak anak-anak bukan mudah. Ada anak yang gifted dalam bidang tertentu, tapi ibubapa pula menentukan pilihan yang mana pelajar itu gagal berkembang kerana kurang minat.
Ada bezanya antara genius, gifted, dan prodigy. Yang sering menarik perhatian saya adalah 'late developer.'
Genius adalah tokoh dalam bidang tertentu, yang mana keunggulannya tidak dapat ditandingi dalam bidangnya. Seperi Pele bagi bolasepak, Jimi Hendrix bagi muzik dan sebagainya. Mereka adalah orang-orang yang digambarkan melepasi 'uncharted territory' dalam bidang mereka.
Sementara gifted pula, orang-orang yang mempunyai bakat yang besar dalam bidang mereka, tanpa atau kurang asuhan pun mereka tetap cemerlang. Contohnya Paul Morphy dalam catur. Beliau tidak mendapat pelajaran formal dalam catur, tetapi beliau sentiasa tahu gerakan yang perlu dilakukan dalam apa-apa keadaan hingga diberi julukan 'Master of Combination.'
Sementara prodigy pula merupakan kanak-kanak yang matang sebelum usianya. Mozart mula bermain muzik ketika beliau berumur 5 tahun, mengarang muzik kita berumur 7 tahun. Prodigy tidak menjamin akan berkembang dengan baik. Di Malaysia ini, kita ada kanak-kanak yang boleh membaca ketika berusia 3 tahun, tapi akibat kurang asuhan yang baik, beliau gagal ke mana-mana.
Banyak juga tokoh-tokoh sejarah terdiri dari 'late developer'. Winston Churchill contohnya, tidak cemerlang langsung dalam pelajaran. Beliau dianggap bodoh oleh guru-gurunya malah bapanya sendiri. Beliau pernah menghantar kertas kosong dalam peperiksaan kerana gagal menjawab. 'Budak bodoh' ini akhirnya berkembang menjadi seorang negarawan yang baik, pemidato yang cemerlang, pelukis dan ahli politik yang berjaya.
Albert Eintstein sering gagal dalam matematik. Beliau tidak cemerlang dalam akedemik. Akhirnya beliau hanya menjadi pembantu makmal sahaja. Ditolak dari menyertai universiti kerana tidak layak. Beliau adalah tokoh fizik moden yang mengubah dunia fizik sejak Newton dengan teori relativitinnya.
Moral di sini adalah, jangan merendah-rendahkan anak-anak kita jika mereka tidak cemerlang dalam pelajaran. Mungkin mereka antara anak-anak yang tidak kita fahami dan boleh berkembang menjadi 'late developer.'
No comments:
Post a Comment